Thursday, May 28, 2015

Poster game fifa dgn xbox terkini...



Hahhhaahaha.. Baik nya troll.

Ini semua rentetan  pejabat FIFA diserbu oleh FBI disebabkan massalah rasuah dalam skala yang besar. Berkemungkinan, beberapa individu berpengaruh dari FIFA akan diextradasi ke US untuk menanghadapi perbicaraan di US..

Di Malaysia, tak dak kot rasuah-rasuah dalam FAM rasanya... Semua suci kan...

Hahhahahah

Labels:

JDT belasah Ayeyawady United 5-0 untuk layak ke suku akhir piala AFC


Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mengalahkan kelab Myanmar, Ayeyawady United 5-0 di dalam saingan pusingan kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini, Rabu malam.

Beraksi di hadapan 16,850 penyokong, JDT menurunkan kedua pemain import iaitu Jorge Rolando Pereyra Diaz dan Luciano Gabriel Figueroa untuk menguatkan jentera serangan bersama pemain lain.

Strategi nyata berkesan apabila seawal minit kedua, kapten pasukan Harimau Selatan itu, Safiq Rahim berjaya meledakkan gol pertama menerusi rembatan kencang selepas menyambut hantaran Figueroa.

Ayeyawady cuba merapatkan jurang pada minit ke-14 namun hantaran silang pemain tengahnya, Sim Woon Sub gagal dimanfaatkan Naumov Riste dan bola tersasar ke tepi tiang gol.

Pada minit ke-20 pula, pemain tengah JDT, Mohd Nazrin Mohd Nawi cuba untuk menambahkan jaringan namun rembatannya juga sekadar tersasar tiang gol.

Pada babak kedua, JDT tidak memerlukan masa yang lama untuk menjaringkan gol kedua, hasil rembatan kencang Figueroa yang gagal ditepis penjaga gol Ayeyawady, Vanlai Hruai pada minit ke-42.

Keputusan membuatkan kelab Myanmar itu lebih tertekan, sebelum mereka dikejutkan lagi dengan dua jaringan daripada Diaz pada minit ke-60 dan 73.

Di saat perlawanan memasuki masa tambahan pada minit ke-90, Figueroa sempat menghadiahkan gol kelima buat JDT dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

-- BERNAMA

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    Tuesday, May 26, 2015

    Sebarkan #saynotocircusgame ke media sosial...


    Kawan-kawan, rakan-rakan, adik kakak, mari kita meriahkan lagi kempen #saynotocircusgame dalam media sosial. Tak kisah la korang pakai apapun, Facebook ker, Twitter ker, instagram ker asalkan mesej yang korang lontarkan tie sampai kat kawan-kawan mahupun keluarga korang. 

    Kita pastikan suara peminat-peminat bola sepak malaysia nie suara keramat. Tanpa kita, mana mungkin bola sepak Malaysia boleh maju...

    #saynotocircusgame

    Labels:

    Boikot perlawanan sarkas esok...


    Mari kita boikot perlawanan sarkas yang tidak memberi apa-apa makna pun kepada perkembangan bola sepak tanah air. Sudah la sampai injured player kemudian ada yang kena gugur. Ini semata-mata untuk memenuhi kehendak FAM...

    Korang baca poster yang Ultras Malaya keluarkan kat bawah nie yer...

    Labels:

    Sukan SEA: Kim Swee gugur Rozaimi dan Ferris


    Rozaimi Abdul Rahman dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir tiada dalam senarai akhir pilihan jurulatih bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi saingan Sukan SEA di Singapura, bulan depan. Kim Swee berkata keputusan menggugurkan dua penyerang berkenaan adalah pilihan paling sukar sepanjang kerjayanya membimbing skuad negara itu.

    "Selepas mengambil kira beberapa perkara, saya terpaksa menggugurkan Rozaimi dan Ferris Danial. Saya menilai prestasi semasa semua pemain. Pada hari pertama semua pemain melapor diri, saya sudah beritahu prestasi dan kecergasan pemain paling penting.

    "Saya tidak boleh puaskan hati semua orang, sebagai pemain bola sepak, mereka tahu prestasi semasa adalah perkara paling penting," katanya pada sidang media mengumumkan senarai 20 pemain B-23 negara ke Sukan SEA Singapura, di sebuah hotel, di sini malam ini.

    Berikutan pengguguran kedua-dua pemain berkenaan, Kim Swee berkata beliau mempunyai Syahrul Azwari Ibrahim dan Saiful Ridzuwan Selamat yang boleh beraksi di bahagian tengah dan serangan skuad B-23 negara. Kim Swee turut melantik pemain pertahanan, Mohamad Fandi Othman sebagai ketua pasukan manakala dua pemain tengah, Gary Steven Robbat dan Mohamad Amer Saidin sebagai pembantu kapten.

    "Fandi sudah tiga kali beraksi di Sukan SEA, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam kejohanan ini dan juga Sukan Asia," katanya.

    Ketika ditemui pemberita, Mohamad Fandi berkata sebagai pemain senior dan mempunyai pengalaman beraksi di Sukan SEA, beliau optimis pasukan negara mampu mengulangi kejayaan meraih pingat emas yang dimenangi di Indonesia pada 2011.

    "Bagi saya tidak kira siapa ketua, kami sepasukan mempunyai satu misi yang sama dengan membawa pulang pingat emas yang dimenangi sebelum ini. Perlawanan pertama menentang Timor Leste adalah penting...kami akan pastikan meraih tiga mata pertama pada perlawanan itu," kata Mohamad Fandi.

    Malaysia berdepan laluan sukar dalam acara bola sepak pada temasya dwitahunan itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste. Skuad muda negara akan membuka kempen menentang Timor Leste pada 30 Mei; Vietnam (2 Jun); Thailand (4 Jun); Brunei (8 Jun) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan berdepan Laos pada 11 Jun.

    Kesemua perlawanan Kumpulan B berlangsung di Stadium Bishan manakala aksi Kumpulan A yang membabitkan tuan rumah Singapura, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Kemboja di Stadium Jalan Besar.

    Senarai 20 pemain skuad negara: Mohd Farhan Abu Bakar, Mohamad Firdaus Muhamad, Shahrul Mohd Saad, Muhamad Syazwan Tajudin, Mohamad Fandi Othman, Nazirul Naim Che Hashim, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Adam Nor Azlin, Mohamad Amer Saidin, Matthew Thomas Davies, Saarvindran Devanndran, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Saiful Ridzuwan Selamat, Gary Steven Robbat, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari, Syahrul Azwari Ibrahim, Muhammad Faizat Mohamad Ghazli, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, Muhamad Syafiq Ahmad dan Kumaahran Sathasivam.

    (sumber)

    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Dollah gugurkan Ramadhan, Baddrol dan Afiq dari perlawanan sarkas.


      Ramadhan Hamid (Harimau Muda B), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Afiq Azmi (Selangor) digugurkan oleh abam Dollah untuk perlawanan menentang Spurs esok. Ini kata Abam Dollah berikutan pengguguran mereka,

      "Baddrol mengalami kecederaan, jadi dia terpaksa diketepikan. Ramadhan pula digugurkan kerana kita hanya senaraikan dua penjaga gol manakala Afiq saya terpaksa gugurkan kerana daripada lima pemain import yang saya panggil, tiga adalah pemain di bahagian serangan.

      "Jadi saya terpaksa korbankan Afiq hanya untuk perlawanan ini. Nama dia tetap terjamin dalam skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan bertemu Hong Kong, 6 Jun ini serta dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste dan Palestin selepas itu," kata Dollah. (sumber)

      Apa pandangan anda? Tak pasal-pasal Baddrol injured. Pastu sebab nak menang punya pasal, Afiq digugurkan sebab nak pakai pemain import. Korang tengok politik diorang. Macam gampang kan. Dulu cakap untuk mendedahan kepada pemain Malaysia, tapi sekarang? Memang menyusahkan orang. Yang aku tak puas hati, Baddrol injured. Tak pasal-pasal injured. So, siapa yang akan menanggung, Kedah jugak kan.

      Cilakak....

      Apapun, aku dengar kalau menang lawan Spurs nanti, ranking Malaysia leh melonjak ke tangga ke 100 kan... hahahahhaha.. Lupa, ranking Malaysia tak penting...

      Wakakkakaka..



      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Xavi Hernandez meninggalkan Barcelona dengan penuh kegemilangan.



        Xavi Hernandez meninggalkan Barcelona dengan penuh kegemilangan. 25 tahun bersama Barcelona sejak beliau berusia 11 tahun sehingga sekarang. Kalau nak cerita kesemua kejuaraan, jenuh aku nak menaip. Itu tak termasuk lagi dengan anugerah individu lagi. Tapi aku buat rumusan kejayaan Xavi sepanjang kariernya bersama Barcelona dan Sepanyol.

        Kejayaan bersama Barcelona:
        1. Kejuaraan La Liga: 8 kejuaraan
        2. Copa del Rey: 2 kejuaraan
        3. Supercopa de Espana: 6 kejuaraan
        4. UEFA Campions League: 3 Kejuaraan
        5. UEFA Super Cup: 2 kejuaraan
        6. FIFA Club World Cup: 2 kejuaraan


        Kejayaan bersama Sepanyol
        1. FIFA World Cup: 1 kejuaraan
        2. UEFA European Football Championships: 2 kejuaraan
        3. FIFA World Youth Champions: 1 kejuraan

        Gila kentang power Xavi Hernandez... Soon, see u at Qatar plak.. Sebab dia akan bermain kat sanan plak.. Masih tidak bersara lagi tue..

        Hahhahaha..













        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels:

          Real Madrid pecat Ancelotti


          Pengakhiran yang sudah dijangka. Walaupun ditempat kedua dalam La Liga dan semifinalist Liga Juara-Juara, namun tidak dapat menyelamatkan Carlos Ancelotti di Real Madrid. Adakah ini petanda yang mengatakan Jurgen Klopp akan ke Real Madrid???

          Huhuhuhu

          Labels:

          Monday, May 25, 2015

          Kemenangan Lions XII bukti bola sepak Malaysia masih dibelakang

          kemenangan-lions-xii-tamparan-hebat-buat-fam---tmj
          Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat kemenangan Lions XII jadi bukti mutu bola sepak Malaysia masih dibelakang.
          TMJ menyampaikan pendapatnya menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

          Lions XII melakar sejarah baru apabila buat pertama kalinya Piala FA berhijrah ke seberang sejak perlawanan itu diadakan buat julung kalinya pada tahun 1990.

          TMJ turut berpendapat Lions XII telah menundukan Kelantan yang dianggap sebagai salah satu pasukan terbaik di Malaysia disamping memiliki 4 pemain import.

          Sememangnya kejayaan Lions XII harus dijadikan pengajaran kerana skuad mereka hanya dibarisi anak jati Singapura.

          Sumber: www.stadiumastro.com

          Labels:

          Tonggak import Pahang dilarang memasuki Indonesia

          import-pahang-tidak-dibenarkan-memasuki-indonesia
          Tonggak import Pahang, Dickson Nwakaeme, Damion Stewart dan Zesh Rahman menerima perkhabaran buruk apabila mereka tidak dibenarkan memasuki Indonesia ekoran masalah visa sekaligus menjejaskan aksi Piala AFC mereka menentang Persipura Jayapura yang dijadualkan esok.
          Mengikut maklumat yang boleh didapati di akhbar Utusan, insiden tersebut dikatakan berkaitan dengan isu kerajaan Indonesia menggantung segala aktiviti yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).

          Pihak imigresen Indonesia telah mengarahkan agar tiga pemain itu dihantar pulang.

          Walaubagaimanapun, Pahang telah mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air, Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Fahrizal Hasan berkata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan menyiasat kejadiaan tersebut.

          Fahrizal turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dilaman twitter dengan mengatakan PSSI tidak mengotakan janji mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) telah memohon visa dua minggu lebih awal.

          Sumber: www.stadiumastro.com

          Borussia Dortmund ucapkan selamat tinggal kepada Jurgen Klopp...



          7 musim bersama Borussia Dortmund, 2 kejuaraan Bundesliga, 1 Kejuaraan Piala Jerman dan 1 finalist Liga Juara-Juara 2013. Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Hebat dan aku mengharapkan mamat nie ke EPL untuk membawa Liverpool pula.

          Hahhahahaha..


          Kalau korang ingat kan, semasa pertengahan musim, Dortmund berada dalam zon menyingkiran dan keadaan mereka sangat tidak stabil. Tapi, sekarang ini, daripada zon penyingkiran, kini mereka layak untuk ke Liga Eropah (bukan Champions League la) untuk musim hadapan.

          Respek to Jurgen Klop.. Finger cross, Jurgen Klopp to Liverpool next season... huhuhuhuhu


          Tifo dia besar gila.....








          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Perlawanan terakhir Steven Gerrard yang mengecewakan..




            Kesian jugak aku kat mamat nie semalam. Aku ingat, game semalam, disebabkan game terakhir Steven Gerrard yang terakhir, akan menghiburkan dan sekaligus menjadi perlawanan yang akan diingati sebagai perlawanan terakhir Gerrard. Sememangnya, perlawanan semalam akan diingati, tapi bukan disebabkan ia best, tetapi sebab memalukan dan mengecewakan.


            Stoke City belasah Liverpool dengan jaringan 6 gol. Gila ka pa. Aku pun tak paham kenapa boleh jadi macam tue. Tak pasal-pasal, berikutan dengan kekalahan semalam, Liverpool jatuh ketangga ke 6 liga apabil Spurs menang semalam.

            Memang Gerrard betl-betul tak ada nasib dengan Liverpool. Musim terakhir, perlawanan terakhir, tetapi dimalukan dengan kekalahan jaringan terbesar. Kalau tak salah aku, jaringan 6 gol itu kekalahan terbesar yang pernah Gerrard alamai sepanjang beliau bermain untuk Liverpool. Sad, but true.



            Namun, mungkin la, sedikit mungkin kesedihan itu terubat dengan jaringan oleh beliau sendiri pada hujung perlawanan. Namun, ia tidak dapat mengubah perlawanan.



            Apapun, thanks Steven Gerrard for all the memories.
            (tiba-tiba teringat gol beliau ketika di Istanbul, 10 tahun yang lalu)

            huuhuhu

            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Berakhirnya EPL, La Liga, Bundesliga musim 2014/2015.


              Lama dah aku tak menaip secara jujur dan bukan kerana paksaan. hahahhaha... Entahlah, mood untuk aku update kat Stylo Sport nie macam berkurang sangat. Nak kata sibuk tue, memang la sibuk, tapi tima ada masa, aku tak pulak update story dalam Stylo Sport nie.

              Huhuhuh

              Banyak cerita yang boleh aku kongsikan, tapi aku pun tak tahu apa masalahnya. Adakah ia berkaitan dengan Liverpool? ahahahhaha... Aku pun tak sure. Yang aku pasti, semalam kena belasah sampai 6 gol. Aku target 8 gol, tapi 6 jer. hahahaha

              Selepas nie dah tak ada dah cerita berkaitan dengan liga-liga antarabangsa disebabkan semalam merupakan perlawanan terakhir untuk kebanyakan liga-liga utama di eropah. Berikut adalah juara-juara liga-liga utama di eropah.

              EPL: Chelsea
              La Liga: Barcelona
              Bundesliga: Bayern Munich
              Eredivisie: PSV
              Belgium Pro League: Gent
               

              EPL: Chelsea laaaaa... hhuhuhu

              La Liga: Barcelona..

              Bundesliga: Bayern Munich

              Eredivisie: PSV Eindhoven

              Belgium Pro League: Gent


              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels:

                Friday, May 22, 2015

                3 atlet Sukan Sea 2015 kantoi doping..


                Haih... Tak dan apa-apa lagi dah kantoi doping. apa nak jadi la dengan atlet Malaysia nie. Tapi aku rasakan, mesti kes ada wife VVIP tertentu yang bagi ubat nie... Rasanya la kan... hahahaha..

                Baca kat bawah nie..
                Three national athletes that were set to head off for the Singapore SEA Games could potentially face exclusion if their doping test turns out to be positive.
                The Malaysian Youth and Sports ministry ordered a doping test on all SEA Games athletes to ensure zero usage of banned substances, and while most of them have been cleared with negative results, three unnamed athletes are still being monitored closely.
                Chief of the Anti Doping Agency of Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar claims that the results for the three athlete’s doping test will be revealed within the next few days as the urine sample has been sent to a laboratory in India.
                “For now, 90 percent of the athletes are confirmed negative in the doping tests. But three athletes are currently being monitored until the results are revealed,” said Nishel as quoted from Harian Metro. 
                “The motive of the doping test is not to find faults in athletes but it is inclined to protect the athletes so they would not take forbidden substances in the future.”
                “For example, Asian Games wushu athlete, Tai Cheau Xuen took the substance not because she wanted to cheat and improve her performance but it was because the said forbidden substance contained slimming medicines or supplements like traditional herbs. These are the ones that ADAMAS would like to help so that the incident would not repeat itself,” he added.
                Last year, as many as 15 doping cases were discovered and 13 of them were handled by ADAMAS whereas the other two concerned Cheau Xuen and Lee Chong Wei.
                sumber.

                Hahahhaha.... Yes. Majulah sukan untuk negara yer...

                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                  Piala FA: 'Ibarat Malaysia menentang Singapura'

                  Piala FA: 'Ibarat Malaysia menentang Singapura'

                  Kelantan vs Lions XII

                  DEMI maruah negara, Kapten The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi tidak rela Piala FA bertukar tangan kepada Lions XII apabila kedua-dua pasukan itu membuat perhitungan mutlak pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.



                  Mohd Badhri atau dikenali panggilan Piya berkata, maruah bola sepak negara kini dipikul berat Kelantan namun pasukannya sudah bersedia untuk memastikan trofi kejuaraan itu tidak menyeberangi tambak pada musim ini.

                  “Pertemuan Kelantan dengan Lions XII ibarat Malaysia menentang Singapura. Saya sedar tanggungjawab ini cukup berat, lebih-lebih lagi harapan tinggi seluruh peminat bola sepak negara yang mahukan Kelantan menewaskan pasukan itu.

                  “Cukuplah hanya sekali mereka merangkul kejuaraan Liga Super pada tahun 2013, kali ini kami tak mahu Piala FA pula dibawa pulang ke Singapura. Apa cara sekali pun, kami tetap mahukan piala ini terus kekal di bumi Malaysia.

                  Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima penghargaan daripada syarikat GLE Centre Enterprise, pengeluar kopi pracampuran Super Jantan yang merupakan penaja peribadinya, di Kota Bharu, semalam.

                  Meskipun mengakui tugas rumit untuk menghalang Lions XII melakar sejarah baharu menjulang trofi berkenaan, namun jeneral padang berusia 33 tahun itu menegaskan, dia dan rakan sepasukannya sedikit pun tidak tertekan berdepan skuad bimbingan Fandi Ahmad itu.

                  “Anda kena tahu, Stadium Nasional itu tidak asing lagi buat Kelantan sejak tujuh tahun lalu. Jadi kami bawa semangat Pahlawan Merah untuk memastikan Lions XII tersungkur malam esok,” katanya.

                  Sementara itu, perancang tengah Kelantan itu menggesa rakannya di benteng pertahanan merantai pergerakan penyerang sensasi Lions XII, Mohd Khairul Amri Mohd Kamal yang disifatkannya sebagai nadi kekuatan pasukan berstatus kelab itu. 

                  “Saya akui, Mohd Khairul Amri memang berada pada prestasi terbaik ketika ini. Kelibat dia cukup berbahaya dan kami tidak boleh beri ruang walaupun seinci kepada penyerang itu untuk menjaringkan gol,” katanya.




                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                    Labels:

                    Thursday, May 21, 2015

                    Sathia tidak puas hati cara ATM

                    Sathia tidak puas hati cara ATM


                    “Tiada istilah rehat dalam kontrak dan saya tidak berpuas hati dengan cara ATM menyampaikan perkara itu.”

                    B. Sathianathan

                    Demikian luahan bekas ketua jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan yang mahu status dia ‘direhatkan’ dari tugas ketua jurulatih segera diberi kata putus.

                    Bekas jurulatih Harimau Malaya itu juga menyifatkan ‘penyingkirannya’ daripada jawatan itu dibuat secara tidak tertib ke­rana Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT), Mej. Jen. Datuk Mazelan Kasap memaklumkan kepada­nya di depan pemain-pemain dan pegawai pasukan yang lain.

                    “(Makluman) keluar daripada mulut timbalan presiden sendiri, di depan semua pegawai dan pemain-pemain dan selepas tujuh hari baru saya diberi surat dan mereka (PBAT) mengucapkan terima kasih kerana menaik­kan nama ATM dan sebagainya serta mereka minta saya turut mengikuti latihan dan beri nasihat jika perlu.

                    “Tiada dalam kontrak saya sebagai pengawas atau perlu beri nasihat kepada pemain dan jika saya lakukan, adakah mereka (pemain) akan menghormati saya lagi.

                    “Ketika mereka menawarkan saya untuk membimbing pasukan ini, mereka datang dengan cara yang baik dan mengikut prosedur jadi jika mereka tidak mahukan khidmat saya apa salahnya ikut perkara yang sama.

                    “Jika jurulatih atau pasukan tidak capai KPI, pertama pe­ngurusan perlu tulis surat kepada jurulatih mengapa tidak berpuas hati dan beri masa untuk memperbaiki prestasi, kedua, selepas terima surat, jurulatih perlu ambil tindakan gugur pemain dan sebagainya.

                    “Selepas itu barulah tamatkan kontrak, bukan seperti ini. Kini boleh dikatakan saya digantung tidak bertali. Ada dalam kala­ngan pemain sudah saya didik sejak saya mengendali pasukan ini pada 2011 jadi jika mereka tidak mahukan saya, lepaskan dengan cara baik, bukan seperti ini,” tegasnya kepada pemberita di Wisma FAM, di sini semalam.

                    Sathianathan direhatkan oleh pe­ngurusan pasukan pada 14 April lalu selepas sesi latihan pasukan dan mengikut kontrak, jurulatih berusia 57 itu masih perlu bersama ATM hingga November ini.

                    Dalam perkembangan lain, Sathianathan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) berkata, pihak­nya mahu satu kontrak berasi­ngan antara jurulatih tempatan dan pemain diwujudkan bagi mengelakkan istilah ‘direhatkan’ diguna sewenang-wenangnya oleh persatuan bola sepak di negara ini.

                    “Cadangan itu telah disuarakan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dan diharap mendapat persetujuan daripada pengurusan atasan badan induk bola sepak itu,” katanya.

                    Selain itu, katanya, persatuan juga dapat membantu khusus­nya dalam peluang menjalani latihan di luar negara bagi mendapatkan lesen kejurulatihan dan persatuan juga akan mewujudkan satu laman web bagi memudahkan penyampaian maklumat dan jurulatih yang berminat boleh mendaftar menerusi akaun Facebook Football Coaches Association Malaysia.

                    http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sathia-tidak-puas-hati-cara-atm-1.94053#sthash.B5fli9et.dpuf

                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                      Labels:

                      Wednesday, May 20, 2015

                      Pembukaan OneSilat di Putrajaya

                      OneSilat

                      Anda pernah dengar OneSilat? Ia adalah acara baru seperti MMA yang bakal menemui penonton Malaysia pada Sabtu, 23/5/2015 ini di Putrajaya bersempena dengan Festival Belia Putrajaya.

                      OneSilat

                      Pengenalan OneSilat

                      OneSilatOneSilat adalah kejohanan pertempuran global dan profesional berakar dalam seni mempertahankan diri yang kaya dengan kebudayaan Asia silat. Yang berasal dari Asia Tenggara, silat adalah seni bela diri yang boleh membawa maut yang diamalkan oleh berjuta-juta orang di rantau ini dan di seluruh dunia. Gaya berjuang adalah pelbagai dalam silat, dan teknik termasuk serangan tangan, tendangan, manipulasi bersama, membaling serta penggunaan senjata tradisional.

                      OneSilat adalah platform pertama di dunia bagi pengamal silat di seluruh dunia untuk berlawan secara profesional. Pertarungan OneSilat adalah berdasarkan kepada peraturan unik OneSilat, tanpa henti, hubungan penuh dan terdiri daripada tiga pusingan 3 minit, dan menetapkan latar belakang tinggi-oktana dengan lampu dan muzik, berjanji untuk memberikan penonton pengalaman adrenalin penuh tidak pernah dilihat sebelum ini dalam dunia silat.

                      Masa perlawanan


                      • Perlawanan di jalankan dalam 3 pusingan, dengan setiap pusingan selama 3 minit, dengan selang 1 minit di antara pusingan.
                      • Bagi "Title Match" di jalankan dalam 3 pusingan, dengan setiap pusingan yang berlangsung selama 5 minit, dengan selang 1 minit di antara pusingan.
                      • Bagi Kejohanan Dunia di jalankan dalam 5 pusingan, dengan setiap pusingan yang berlangsung selama 5 minit, dengan selang 1 minit di antara pusingan.
                      Sebelum permulaan setiap perjuangan, setiap pejuang harus melaksanakan 8-langkah gerakan pencak silat gaya mereka sendiri.

                      Kategori pertandingan

                      OneSilat Weight Limit

                      Pesilat


                      Festival Belia Putrajaya

                      Jom kita turun ke Festival Belia Putrajaya dan saksikan pertandingan ini buat julung kalinya pada 22 - 24 Mei 2015

                      http://onesilat.com/index.asp


                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                        Labels: