Tuesday, September 22, 2015

FAM pasrah apa jua hukuman FIFA

FAM pasrah apa jua hukuman FIFA

Selepas membalas surat tunjuk sebab yang dituntut oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini pasrah menunggu apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka.

Image result for FIFA

Malah, sekali pun terlepas daripada hukuman berat FIFA, FAM masih berdepan kemungkinan menerima tindakan daripada Pesuruhjaya Sukan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, selepas membalas surat FIFA, mereka akan menjawab pula surat tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya Sukan selewat-lewatnya hari ini.

Katanya, FAM kemudian hanya menunggu apakah tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh kedua-dua pihak berkenaan ekoran kekecohan yang ditimbulkan penyokong dalam perlawanan melibatkan skuad kebangsaan baru-baru ini.

FAM sebelum ini diberi masa 14 hari untuk membalas surat tunjuk sebab kepada FIFA dan Pesuruhjaya Sukan selepas menerima surat daripada kedua-dua pihak tersebut pada 9 September.

Itu bermakna, mereka hanya mempunyai tempoh sehingga hari ini untuk memberi hujah mengenai apa yang berlaku dalam insiden 8 September lalu.

Dalam perlawanan tersebut, penyokong Harimau Malaya bertindak liar membakar suar, mercun serta membaling kerusi ketika Malaysia menentang Arab Saudi pada kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam.

Insiden tersebut berlaku ketika tempoh permainan berbaki dua minit dan selepas gagal mengawal keadaan pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man terpaksa menghentikan perlawanan tersebut ketika pasukan negara sedang ketinggalan 1-2.

“Kami sudah balas surat tunjuk sebab yang diminta oleh FIFA pada 18 September lalu (Jumaat). Saya tidak pasti, berapa lama FAM perlu tunggu untuk menerima jawapan balas daripada badan dunia itu.

“Surat kepada Pesuruhjaya Sukan pula akan dihantar selewat-lewatnya esok (hari ini),” kata Afandi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan FAM kepada Utusan Malaysia, semalam.

Mengulas mengenai jawapan yang diberikan kepada FIFA, Afandi berkata, FAM lebih laporan FAM lebih kepada menjelaskan situasi yang berlaku semasa hari kejadian, malah badan induk dunia itu turut meminta bahan bukti tambahan sebaik sahaja menerima surat tunjuk sebab daripada FAM.

“Kami telah menjawab apa yang dimahukan FIFA malah pada hari yang sama (Jumaat) selepas menghantar surat tersebut mereka turut meminta bukti terhadap beberapa perkara dan kami telah menyerahkannya.

“Laporan tersebut lebih berkisar mengenai SOP (prosedur operasi standard) keselamatan seperti yang dimahukan kerana sebagai tuan rumah tanggungjawab itu memang ada,” katanya.

FAM sebelum ini sudah membayangkan kemungkinan berdepan hukuman berat akibat kegagalan mengawal penyokong mereka dalam insiden memalukan itu.

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola sepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan pernah meramalkan, antara hukuman mungkin dikenakan FIFA adalah memberi kemenangan kepada pasukan pelawat (3-0), denda AS$400,00 (RM1.71 juta) dan perlu beraksi dalam dua atau tiga perlawanan kelayakan tanpa penonton.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Khairy tidak menolak kemungkinan terpaksa mengambil langkah ‘lebih drastik’ ke atas FAM, termasuk menggantung badan induk bola sepak negara itu dengan menggunakan Akta Pembangunan Sukan 1997.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    Friday, September 18, 2015

    Hala Tuju Bola Sepak Malaysia: Apa kata mereka.


    Lama aku tak menaip dalam nie. Sibuk memanjang. Aku pun tak tahu apa yang aku sibukkan sangat. Nak cakap gaji sampai juta-juta yng sebabkan aku sibuk memanjang, tak ada la pulak.. Hahhahaa.. Belasah ja la labu..

    Apapun, aku nak sangat ulas mengenai perkembangan muktahir kali ini berkenaan bola sepak Malaysia tercinta. Apa yang pasti, mereka yang cintakan bola sepak Malaysia dah kena reman dah, dan sudah dibebaskan dengan ikat jamin. Menarik bukan. Mereka yang sayangkan bola sepak Malaysia diperlakukan sedemikan rupa. Aku pun tak faham sebenarnya.

    Ok.. Back to reality world. Sebenarnya, dimanakah tahap bola sepak kita sekarang ini? Aku sebenarnya bingung jugak melihat pasukan Malaysia yang bertanding, seolah-olah sekadar melengkapkan jadual. Macam tak ke mana pun tahap bola sepak Malaysia. Nak salahkan siapa? Pemain? Jurulatih (dah resign dah pun)? Ataupun persatuan itu sendiri.

    Sebenarnya banyak persoalan yang aku ingin utarakan, tapi masalahnya, siapa yang akan menjawab persoalan-persoalan ini?

    Apa yang pasti, barisan kepimpinan FAM cakap mereka akan terus memperjuangkan bola sepak Malaysia, tah iya, entah tidak, aku pun tak tahu. Ultras pula dilihat sudah meluahkan kekecewaan mereka pada perlawanan di Shah Alam tempoh hari. Menteri pula, aku tengok, macam opportunities pulak. Standard la, dah dia memang ahli politik.

    Jadi aku nak buat apa? So, soalan-soalan yang terpendam ini, aku simpan dulu untuk malam ini. Akan aku cuba luahkan nanti di forum "Hala Tuju Bola Sepak Malaysia: Apa kata Mereka" di Shah Alam malam ini..

    Ternanti-nanti jugak apa yang dikatakan oleh ahli panel, Rambo (Ultras Malaya), B. Sathianathan, Rizal Hashim dan juga Asmawi Bakiri. Nak dengar sendiri, apa yang mereka nak cakap.

    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Monday, September 7, 2015

      Tengku Abdullah letak jawatan Presiden FAM..























      Terkini dah terhangat dipasaran. Masih panas bak pisang goreng yang baru lepas digoreng. Akhirnya Tengku Abdullah memetak jawatan dari kerusi Presiden FAM.. 

      Maklumat terkini menyusul nanti..

      Labels: ,

      Friday, August 21, 2015

      Presiden MOM (Majlis Olimpik Malaysia), Tunku Imran sudah goyang der...


      Korang cuba baca artikel kat bawah nie... Aku baca tadi pun, panas ja. Tah apa-apa tah. Ayat mamat nie seolah-olah mengugut kalau korang tak pilih aku, sukan Malaysia akan berada dalam keadaan bahaya. Dah goyang ler tew.. Ayat pun macam Jibby jer.. Zahanam tul..

      Aku lebih berpendirian terbuka. Kalau kau rasa kau layak kerana merit, maka tak perlulah buat statement bangang macam nie. Kalau ada orang bertanding, maknanya apa? Maknanya orang pun dah bosan dengan ko punya birokrasi dan kepimpinan. Tambahan pula ko buat statement macam nie, seolah-olah ko pun tak yakin dengan prestasi ko sendiri. Malah ugut pulak seolah-olah kat Malaysia nie tak ada orang yang lebih layak daripada ko..

      Dah 17 tahun kot ko kat situ... agak-agak la....

      Malaysia berdepan risiko hilang keanggotaan dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) jika Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar gagal mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan barisan kepimpinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Sabtu ini.

      "Seandainya saya kalah jawatan presiden, Malaysia akan hilang wakil dalam IOC. Sebagai individu, saya tiada masalah tetapi bagi Malaysia dan pengaruhnya di dunia, ia tidak baik," kata Tunku Imran kepada Bernama pada Khamis.

      "IOC mempunyai 115 anggota dan 15 anggota adalah daripada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) di mana MOM adalah salah satu daripadanya," katanya.

      Dalam hal ini, katanya, usaha untuk meningkatkan nama Malaysia di persada dunia bukan suatu tugas yang mudah.

      Menurut peraturan IOC, keanggotaan IOC adalah berdasarkan pemilihan.

      Keanggotaan diperuntukkan khusus untuk atlet dan pemimpin sukan Persekutuan Antarabangsa (IF) dan NOC.

      Sejak 12 Dis 1999, jumlah keahlian IOC dihadkan kepada 115 anggota dengan maksimum 70 individu sebagai anggota, 15 atlet aktif, 15 wakil IF dan 15 wakil NOC.

      Tunku Imran dilantik sebagai anggota IOC pada sesi IOC ke-118 pada Februari 2006 di Turin, Itali.

      Beliau juga memegang jawatan dalam Suruhanjaya IOC dalam portfolio Sukan dan Undang-Undang (2002-2014), Sukan Untuk Semua (2006-2015) serta Sukan dan Masyarakat Aktif (2015-sehingga usia 70 tahun).

      Had umur sebagai anggota IOC adalah 70 tahun. Tunku Imran kini berusia 67 tahun.

      Terdahulu, ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara 'The Nation' terbitan Bernama TV, Tunku Imran menasihatkan kesemua perwakilan membuat keputusan tepat pada pemilihan MOM nanti.

      "Saya sentiasa meningatkan diri bahawa saya tidak akan bertanding sebarang jawatan apabila menjangkaui usia 70 tahun. Ini adalah salah satu alasan saya dan ini adalah penggal terakhir saya," katanya.

      Selepas 17 tahun, Tunku Imran, yang menyandang jawatan presiden MOM sejak 1998, akan dicabar buat pertama kali pada pemilihan untuk penggal 2015-2017.

      Ahli kerabat diraja Negeri Sembilan itu akan dicabar oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

      -- BERNAMA


      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Thursday, August 20, 2015

        Cheng Hoe cari idea kukuhkan benteng Kedah.



        Kemenangan 3-2 ke atas Sabah melegakan penyokong Kedah yang amat mengharapkan agar pasukan itu mampu untuk menjuarai Liga Perdana musim ini, seterusnya layak ke Liga Super musim depan, tetapi tidak bagi Tan Cheng Hoe.

        Jurulatih skuad Lang Merah itu kini berusaha mencari penyelesaian kepada masalah skuadnya dan formula itu perlu ditemuinya sebelum perlawanan terakhir liga menentang DRB-Hicom setelah pasukannya bolos enam gol dalam tiga perlawanan terakhir.

        Mengakui gol-gol yang dilepaskan kebanyakannya disebabkan kelekaan sendiri, Cheng Hoe mahu barisan pertahanan yang diketuai Khairul Helmi Johari dan Bang Seung Hwan agar lebih ampuh terhadap asakan lawan.

        “Apa pun perlawanan malam ini (kelmarin) bukan mudah kerana saya sudah menjangkakan pemain kita yang rata-ratanya mentah dari segi pengalaman, akan gemuruh beraksi dalam perlawanan penting disaksikan begitu ramai penonton yang meletakkan harapan amat tinggi.

        “Ditambah dengan ketiadaan pemain import, Liridon Krasniqi yang digantung perlawanan, pemain jelas gugup sehinggakan kami ketinggalan dua kali. Namun kami bersyukur kerana dapat kembali fokus untuk mencari gol kemenangan,” katanya.

        Dalam perlawanan itu, puluhan ribu penonton yang membanjiri Stadium Darul Aman nyata tidak berpuas hati dengan permainan ditampilkan Lang Merah pada separuh masa pertama sehingga menyebabkan Cheng Hoe dan anak buahnya dimaki ketika berjalan ke bilik persalinan dalam keadaan ketinggalan 1-2.

        -UTUSAN

        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels: