Thursday, August 6, 2015

Douglas Costa, 'The Next Big Thing'




Disebalik pemergian Schweinsteiger ke Manchester United, Pep Guardiola tidak menunggu lama untuk mendapatkan penggantinya, yang merupakan attacking midfielder versatile dari Shakhtar Donetsk, Douglas Costa dengan nilai 30 million Euro.

Walaupun kedatangan Arturo Vidal dilihat lebih bernilai, namun bagi admin Douglas Costa merupakan 'The Next Big Thing'. Dengan usia yang baru menjangkau 25 tahun, Douglas Costa merupakan pemain yang serba boleh, dan boleh bermain di pelbagai posisi serangan sama ada kanan, kiri atau di bahagian tengah.



Pembelian ini juga dikatakan bertujuan untuk memberi saingan kepada Mario Goëtze, Arjen Robben dan Franck Ribery. Ini menunjukkan bahawa 1st Eleven Bayern masih lagi dalam tanda tanya.

Dengan speed, pace, dan off the ball yang menarik, admin merasakan bahawa persaingan di bahagian serangan Bayern akan menjadi lebih terbuka dan lebih mencabar.






Jika anda masih ragu-ragu dengan kebolehan Douglas Costa, saya mengajak anda untuk menyaksikan highlights Audi Cup antara Bayern dan Real Madrid. Boleh dikatakan game tersebut adalah 'The Douglas Costa's Show'. Dalam YouTube pun ada. Check it out man!!!

P/s: memang fight dan perform team Bayern. Huhu

-bergkamp-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels: , , ,

    Monday, May 25, 2015

    Borussia Dortmund ucapkan selamat tinggal kepada Jurgen Klopp...



    7 musim bersama Borussia Dortmund, 2 kejuaraan Bundesliga, 1 Kejuaraan Piala Jerman dan 1 finalist Liga Juara-Juara 2013. Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Hebat dan aku mengharapkan mamat nie ke EPL untuk membawa Liverpool pula.

    Hahhahahaha..


    Kalau korang ingat kan, semasa pertengahan musim, Dortmund berada dalam zon menyingkiran dan keadaan mereka sangat tidak stabil. Tapi, sekarang ini, daripada zon penyingkiran, kini mereka layak untuk ke Liga Eropah (bukan Champions League la) untuk musim hadapan.

    Respek to Jurgen Klop.. Finger cross, Jurgen Klopp to Liverpool next season... huhuhuhuhu


    Tifo dia besar gila.....








    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Monday, April 27, 2015

      Bayern Munich juara Bundesliga 2015.


      Dengan hanya berbaki lima lagi perlawanan, Bayern Munih telahpun mengesahkan kedudukannya mereka selaku juara liga Jerman atau Bundesliga setelah menang keatas Herta Berlin dengan jaringan 1 gol semalam.

      Walaupun hanya berbaki lima perlawanan, kedudukan Bayern Munih dipersada liga tidak akan diganggu setelah Bayern memperoleh 76 mata berbanding persaing kedua liga, Wolfsburgdengan 61 mata.


      Wolfsburg sepatutnya mengalahkan Gladbach bagi memastikan Bayern menunggu minggu hadapan untuk ditabalkan sebagai juara, namun Wolfsburg tewas sekaligus menesahkan kedudukan Bayern Munich selaku juara liga Jerman.


      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Thursday, February 5, 2015

        Borussia Dortmund kalah lagi, peminat berang..


        Kelihatan, penjaga gol dan pertahanan Borussia menenangkan penyokong-penyokong mereka setelah Borussia Dortmund tewas 0-1 kepada Augsburg dan menyebabkan kini kelab terbabit berada dalam tempat terakhir dalam liga Jerman.



        Borussia yang merupakan naib juara liga Jeman musim lalu dilihat tidak mempamerkan aksi yang tidak mantap malah kalah kepada kelab Augsburg walaupun lawannya hanya beraksi dengan 10 pemain. Borussia kelihatan tidak mempamerkan aksi yang menarik dihadapan 80,000 peminat mereka dilaman sendiri.



        Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, peminat-peminat kelihatan melemparkan kata-kata kesat dan mem'boo' pasukan kesayangan mereka setelah kecewa dengan persembahan yang dipamerkan sepanjang pelawanan tersebut.


        Rentetan dengan kejadian tersebut, penjaga gol Borussia bertindak memanjat pagar  atau "tembok Kuning" untuk menenangkan penyokong-penyokong mereka. Turut bertindak menenangkan penyokong Borussia adalah pertahanan sensasi yang kini menjadi rebutan beberapa kelab ternama EPL, Mat Hummels. Namun, pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klop meninggalkan padang tanpa sebarang ulasan.

        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels: