Ola Bola - mengimbau kehebatan pasukan Mokhtar Dahari
Ola Bola - filem bola adaptasi dari pasukan negara ke Olimpik
Imbau sejarah Mokhtar Dahari, semua bangsa bersatu
Sebagai peminat bola, rasanya kita patut tengok filem ni. Ola Bola, filem bola sentuhan terkini.
Aku rasa filem macam ni memang sangat-sangat rare. Memang susah nak dapat filem macam ni. Asek-asek, cinta, rempit, hantu. Tu je la modal filem Malaysia. Filem yang menyatukan rakyat Malaysia sangat kurang.
Filem ni akan keluar pada 28 Januari 2016. Sama-samalah kita tonton
p/s: kalau sesiapa ada share link untuk tengok online nanti share-share la ye :p
Disebalik pemergian Schweinsteiger ke Manchester United, Pep Guardiola tidak menunggu lama untuk mendapatkan penggantinya, yang merupakan attacking midfielder versatile dari Shakhtar Donetsk, Douglas Costa dengan nilai 30 million Euro.
Walaupun kedatangan Arturo Vidal dilihat lebih bernilai, namun bagi admin Douglas Costa merupakan 'The Next Big Thing'. Dengan usia yang baru menjangkau 25 tahun, Douglas Costa merupakan pemain yang serba boleh, dan boleh bermain di pelbagai posisi serangan sama ada kanan, kiri atau di bahagian tengah.
Pembelian ini juga dikatakan bertujuan untuk memberi saingan kepada Mario Goëtze, Arjen Robben dan Franck Ribery. Ini menunjukkan bahawa 1st Eleven Bayern masih lagi dalam tanda tanya.
Dengan speed, pace, dan off the ball yang menarik, admin merasakan bahawa persaingan di bahagian serangan Bayern akan menjadi lebih terbuka dan lebih mencabar.
Jika anda masih ragu-ragu dengan kebolehan Douglas Costa, saya mengajak anda untuk menyaksikan highlights Audi Cup antara Bayern dan Real Madrid. Boleh dikatakan game tersebut adalah 'The Douglas Costa's Show'. Dalam YouTube pun ada. Check it out man!!!
P/s: memang fight dan perform team Bayern. Huhu
-bergkamp- Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Tak tau lah apehal dengan pemain Chile ni, Gonzalo Jara. Macam lahanat. Saja je nak bagi red card dekat Cavani. Tengoklah tangan dia. Dia p cucok nya pungkok Cavani. Cavani bengang, tampaq muka dia, teruih kena kad merah sebab ref nampak Cavani tampaq Jara.
Ini semua rentetan pejabat FIFA diserbu oleh FBI disebabkan massalah rasuah dalam skala yang besar. Berkemungkinan, beberapa individu berpengaruh dari FIFA akan diextradasi ke US untuk menanghadapi perbicaraan di US..
Di Malaysia, tak dak kot rasuah-rasuah dalam FAM rasanya... Semua suci kan...
Anak kepada pemain Manchester United telah menunjukkan kecomelannya di dalam padang dengan bermain bola. Bukan sahaja bermain bola, malah dia juga turut menandatangani jersi peminat di luar stadium (agaknya, apa yang dia tulis ek)
Desas desus yang mengatakan De Gea akan ke Real Madrid semakin kencang dengan aksi hambar penjaga gol Real Madrid, Navas yang kurang meyakinkan.
Dengan melihat aksi Navas semasa menentang Espanyol, pengurusan Real Madrid sememangnya akan mencari pengganti Navas yang lebih meyakinkan di hadapan pintu gol
Siot ja korang nie. Aku sibuk erh, ada audit bagai, dok settle keja tak abih lagi, pastu cakap aku tak update sebab Liverpool kalah.. hahahhahah... Walaupun Liverpool kalah, aku tetap update jugak la weh. (kalau rajin)
Hahahhahaha..
Apapun, sehari dua nie memang memanjang ja cerita pasal Liverpool. Tukar manager la, 10 orang player nak keluar Liverpool la, Gerrard menangis sebab tak dapat medal tahun nie la.
Itu biasa. Aku dah lali dah. Aku dah redho dah betapa lemaunya Liverpool tahun ni berbanding tahun lepas. Terkesan daripada Luis Suarez meninggalkan Liverpool, sehingga saat ini, masih belum dapat 'recover' sepenuhnya.
Ok. Aku ada beberapa isu nak cakap nie, tapi tak pasti, sempat atau tidak aku nak update untuk harinie. Tapi, bukan nak kata la, cita pasal bola nie, byk sngt info au nk load, sampai tak terkeluar dari otak nie. Tapi apapn, aku mesti cerita punya, terbaik untuk Stylo Sport.
Chow dulu.. Nanti aku story lain. Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Walaupun sudah gendut, Ronaldo masih mempunyai bisa sebagai seorang penyerang yang di segani suatu masa dulu. Permainan yang bersahaja antara Zidane dan Ronaldo.
Perlawanan amal antara pasukan pilihan Zidane menenteng pasukan pilihan St Etienne All Stars yang meyaksikan pasukan pilihan Zidane tewas 7-9.
Pasukan pilihan Zidane di barisi Barthez, Abidal, Zambrotta, Frank De Boer, Karembeu, Zidane, Poborsky, Seedorf, Djorkaeff, Ronaldo, Trezeguet, Van der Sar, Cafu, Okocha, Ronald De Boer, Smicer dan Saha.
Manakala pasukan pilihan St Etienne All Stars di barisi Janot, Zouma, Tavlaridis, Kvarme, Brison, Sable, Batlles, Moravcik, Mollo, Pedron, Alex, Perez, Feindouno, Potillon, Aubameyang, Gradel, N’Guemo, Moulin, Rocheteau, Paganelli, Tabanou, Clerc, Corgnet dan Christophe Galtier.
Gol-gol dijaringkan oleh David Trezequet (4), Ronaldo (32, 42, 51), Clarence Seedorf (33), Youri Djorkaeff (45), Jay-Jay Okocha (69 ) dan dari Saint Etienne All Stars Alex (7), Battleship (20, 76), Mollo (39, 66), Feindouno (64), Aubameyang (70, 84, 89)