Stylo Sport
Informasi Sukan Terkini
Monday, September 7, 2015
31 tahun FAM masih tidur.
1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.
2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.
3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.
4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.
5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.
6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.
7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.
8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.
9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.
10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.
11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.
12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.
13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.
14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.
15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.
16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.
17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.
18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.
19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.
20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.
21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.
22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.
23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.
24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.
25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.
26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.
27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.
28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk 'Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club'.
29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.
30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.
31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.
copy paste dari FB UM '07
copy paste dari FB UM '07
Labels: FAM
Monday, August 17, 2015
Exco Pertahan Keputusan FAS Enggan Lepas Tiga Pemain Selangor.
Exco kerajaan Selangor Amirudin Shaari hari ini mempertahankan tindakan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang enggan melepaskan tiga pemainnya pada aksi persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC bulan lepas.
Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri berkata keputusan itu tepat berikutan faktor jadual Liga Super yang telah beberapa kali berubah dalam tahun ini menyebabkan pemain keletihan.
"Saya ingin jelaskan tiada pertelingkahan antara FAS dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)...hanya sedikit perbezaan berhubung perkara ini. Cuma jadual perlawanan yang padat menyebabkan pemain keletihan selain berdepan risiko kecederaan.
"Perlawanan menentang Liverpool FC juga tidak memberi impak kepada skuad Harimau Malaya kerana ia bukan perlawanan yang membawa mata kepada ranking Malaysia dalam kedudukan ranking FIFA," katanya yang juga pengurus pasukan Bola Sepak Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Amirudin berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang ingin tahu sebab utama FAS enggan melepaskan pemain Selangor kepada pasukan kebangsaan dalam persediaan menentang Liverpool FC.
Amirudin sebelum ini dilaporkan bertegas untuk tidak melepaskan Mohd Afiq Azmi, Ahmad Hazwan Bakri dan pemain import dari Australia, Robert Cornwaithe untuk sesi latihan pusat bagi aksi persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.
Skuad Pilihan Malaysia seri 1-1 menentang Liverpool FC pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Julai lepas.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan berkata Jawatankuasa Status FAM akan menentukan nasib tiga pemain itu yang dikatakan enggan dilepaskan oleh FAS untuk aksi persahabatan menentang Liverpool FC.
Sebagai rekod, pada 2008 Selangor pernah dikenakan tindakan pemotongan tiga mata dan didenda RM20,000 oleh FAM berikutan empat pemain mereka meninggalkan klinik bola sepak Ian Rush.
-- BERNAMA
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Wednesday, August 5, 2015
TMJ gesa persatuan, kelab dan pasukan tuntut hak penyiaran sebelum liga diswastakan.
WALAUPUN menyambut baik cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menswastakan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan, namun Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa semua persatuan, kelab dan pasukan agar terlebih dulu membuat tuntutan terhadap hak penyiaran masing-masing.
Tegas Penaung DiRaja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu, jumlah bayaran yang bakal diperoleh semua persatuan agak sedikit berbanding yang sepatutnya.
Katanya, semua pasukan layak menerima bayaran minimum 70 peratus atau lebih ideal sebanyak 80 peratus daripada hasil penyiaran.
“Sebelum kita boleh teruskan dengan usaha menswastakan liga, semua pasukan yang bertanding perlu memperjuangkan hak penyiaran masing-masing.
“Persatuan, kelab dan semua pasukan bertanding sepatutnya menerima minimum sebanyak 70 peratus atau lebih ideal sebanyak 80 peratus daripada hasil penyiaran. FAM selaku badan pentadbir sepatutnya menerima 20 peratus.
“Masalah utama dalam bola sepak Malaysia adalah kebanyakan Presiden persatuan dan kelab tidak mengetahui hak mereka.
“Semua pasukan sepatutnya memperjuangkan hak penyiaran terlebih dulu sebelum dikaburi oleh cadangan FAM untuk menswastakan liga,” katanya menerusi entri terbaharu Facebook Johor Southern Tigers, semalam.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, usaha untuk menswastakan Liga M adalah cadangan yang baik, namun beliau mempersoalkan keupayaan pasukan yang kurang mempunyai sumber kewangan kecuali pasukan kaya.
“Penaung DiRaja PBNJ bersetuju bahawa ia merupakan satu cadangan yang baik, tetapi ia tentu sukar bagi semua pasukan, kecuali pasukan seperti Felda United, Pahang dan Terengganu.
“Untuk mana-mana penaja atau pelabur, mereka tentu mahu mendapat keuntungan daripada pelaburan dan tajaan mereka, tetapi berapalah sangat keuntungan yang boleh diraih daripada menaja pasukan Malaysia berbanding kelab-kelab Eropah?,” ujarnya.
Beliau turut menasihati FAM agar membantu semua pasukan yang bertanding secara adil dan bukan melebihkan sesetengah pasukan, malah menegaskan terdapat dua perkara yang boleh membunuh bola sepak Malaysia iaitu pilih kasih dan korupsi.
“Usahakan selangkah demi selangkah. FAM mestilah adil dalam membantu semua pasukan yang bertanding di Malaysia dan bukannya melebihkan sesetengah pasukan sahaja.
“FAM perlu faham bahawa dua perkara membunuh bola sepak Malaysia iaitu, pilih kasih dan korupsi,” katanya lagi.
sumber: UTUSAN
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Thursday, July 30, 2015
Cadangan Naturalisasi Pemain Perlu Diperhalusi Sebelum Dilaksana - Tengku Abdullah
Kajian teliti perlu dilakukan sebelum cadangan mengambil pemain naturalisasi untuk skuad negara dilaksanakan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Menurutnya pengambilan pemain naturalisasi tidak boleh dilaksanakan sekelip mata kerana memerlukan perancangan teliti supaya ia mampu memberi kesan yang signifikan kepada kualiti bola sepak negara.
"Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana hal naturalisasi ini memang sudah lama kita perkatakan dan kalau benar kita hendak buat cadangan ini, ia perlu perancangan yang baik.
"Kita mesti sasarkan satu impian bersama iaitu sejauh mana pencapaian yang mampu diraih dalam jangka masa panjang dan jangka pendek," katanya.
Tengku Abdullah berkata demikian selepas melawat mangsa kebakaran, Yaakob Hashim di Felda Mempaga 3 di sini, Rabu.
Menurutnya pelaksanaan pemain naturalisasi itu juga harus mematuhi kriteria tertentu termasuk pemain berkenaan perlu bermain dalam liga tempatan lebih lima tahun dan tidak pernah mewakili pasukan negara lain.
Isu pemain naturalisasi timbul baru-baru ini setelah skuad negara berjaya mempamerkan aksi cemerlang semasa pertemuan dengan gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool hasil bantuan lima pemain import dalam Liga Super dan Liga Perdana.
Bagaimanapun, katanya, pada masa sama keutamaan harus diberikan kepada pembangunan bola sepak tempatan yang masih belum menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
"Program pembangunan bola sepak negara perlu dilakukan secara menyeluruh melibatkan peringkat sekolah dan juga kampung, tidak terhad di peringkat tertentu sahaja.
"Selain itu, pemain negara perlu keluar dari zon selasa dan mempunyai semangat yang tinggi dalam meningkatkan mutu bola sepak negara ke tahap yang lebih tinggi.
"Kalau hendak beraksi di peringkat itu kena ada kemahiran tinggi dan semangat yang kental, bukan sahaja kita hendak menjadi juara Liga Super, hendak jadi juara Piala Malaysia dan juara Sukan SEA, malah lebih daripada itu," katanya.
Sementara itu, Tengku Abdullah meminta pemilik rumah, bangunan kedai dan pejabat kerajaan yang lama serta usang di negeri ini terutama di kawasan luar bandar supaya melihat semula pendawaian di premis masing-masing untuk mengelak kejadian litar pintas.
Tengku Abdullah berkata, pendawaian lama perlu diganti untuk menghindar kebakaran yang berpunca daripada litar pintas.
-- BERNAMA
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Monday, July 27, 2015
Naturalisasi, FAM berpandangan terbuka.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersikap terbuka mengenai cadangan penggunaan pemain naturalisasi demi meningkatkan prestasi skuad Harimau Malaya.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu menyokong cadangan berkenaan namun perlu mengambil kira pandangan daripada kerajaan kerana ia melibatkan kewarganegaraan seseorang individu.
Beliau yang ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, di sini, bagaimanapun berkata FAM pada masa ini, masih mementingkan pemain yang mempunyai pertalian darah dengan negara ini.
Antaranya pemain Kelantan, Brendan Gan yang mempunyai pertalian darah dengan negara ini kerana bapanya merupakan warga tempatan walaupun beliau dilahirkan di Australia.
"Kalau kerajaan benarkan perkara ini (pemain naturalisasi) sebagai salah satu pilihan untuk menaikkan mutu bola sepak negara, bagus juga namun ia bukan pilihan secara keseluruhannya kerana pembangunan di peringkat akar umbi masih jadi keutamaan kita (FAM)," tegas Hamidin.
Pandangan berbeza disuarakan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menegaskan bahawa mereka masih percaya dengan kemampuan pemain tempatan untuk mewakili skuad Harimau Malaya.
"Kita masih yakin dan percaya dengan pemain tempatan dan tidak pernah kita bincang sebelum ini soal ambil pemain luar untuk mendapat kerakyatan negara kita," katanya.
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh sebelum ini dilaporkan bahawa beliau bersikap terbuka mengenai pengambilan pemain naturalisasi sekiranya ia dapat meningkatkan prestasi skuad Harimau Malaya.
Beliau dipetik membuat kenyataan sedemikian, selepas lima pemain import yang mewakili skuad Pilihan Malaysia mempamerkan aksi cemerlang selepas mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool FC 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.
Pada perlawanan berkenaan, skuad Pilihan Malaysia memperoleh jaringan menerusi pemain import PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-12 sebelum Jordon Ibe menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-28.
-- BERNAMA
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Friday, June 26, 2015
Khairy Jamaluddin- Sistem FAM sekarang hanya untuk jaguh kampung
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bimbang standard Liga Malaysia akan membantutkan pembangunan pemain berbakat yang dilahirkan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).
Khairy Jamaluddin
Menurut Khairy, beliau bimbang sistem Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal mencungkil potensi sebenar produk PPBN.
Justeru, beliau melihat menghantar pemain-pemain beraksi dalam liga bola sepak di luar negara antara pendekatan terbaik yang boleh menjamin kesinambungan karier mereka.
“Pemain PPBN berbeza dengan pemain tempatan yang ada sekarang. Mereka ini mempunyai daya tahan yang tinggi. Apabila pergi ke luar negara mereka bukan seperti beberapa pemain tempatan kini yang dua tiga bulan ke luar negara kemudian sudah balik.
“Sistem FAM sedia ada pemainnya ‘jaguh kampung’ tetapi PPBN kita nak wujudkan pemain yang lebih baik daripada sekarang.
“Harapan saya, pemain PPBN bukan untuk masuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Kelantan dan Selangor, tetapi mereka mesti main dengan kelab di luar negara,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Persekutuan Malaysia (FMSDC) di sini semalam.
Kata Khairy, beliau telah berbincang dengan Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim untuk cuba menempatkan pemain-pemain yang melepasi usia 17 tahun untuk beraksi dalam liga di Eropah, Korea Selatan atau Jepun.
Beliau menambah, fokus PPBN amat berbeza dengan sistem FAM terutama dalam aspek latihan, pemain PPBN tidak manja malah mereka tidak dilatih untuk duduk dalam keadaan zon selesa maka semangat dan jiwa pemain lebih kuat.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy menegaskan, beliau tidak bersetuju pengadil perlawanan bola sepak Liga Malaysia diletakkan di bawah sebuah badan bebas.
Jika isu pengadilan berat sebelah menjadi alasan untuk diwujudkan badan bebas itu, ia tidak perlu kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai peraturan dan undang-undang sendiri dalam mengambil tindakan terhadap pengadil yang terlibat.
“Sewaktu saya menjadi Timbalan Presiden FAM, tidak pernah ada arahan daripada sesiapa yang mahu pengadil bertindak berat sebelah kepada mana-mana pasukan, malah FAM tegas dalam soal itu. Jika ada pengadil membuat keputusan yang salah, FAM pasti mengenakan tindakan terhadap mereka,” katanya.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Tuesday, May 26, 2015
Boikot perlawanan sarkas esok...
Mari kita boikot perlawanan sarkas yang tidak memberi apa-apa makna pun kepada perkembangan bola sepak tanah air. Sudah la sampai injured player kemudian ada yang kena gugur. Ini semata-mata untuk memenuhi kehendak FAM...
Korang baca poster yang Ultras Malaya keluarkan kat bawah nie yer...
Labels: FAM
Dollah gugurkan Ramadhan, Baddrol dan Afiq dari perlawanan sarkas.
Ramadhan Hamid (Harimau Muda B), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Afiq Azmi (Selangor) digugurkan oleh abam Dollah untuk perlawanan menentang Spurs esok. Ini kata Abam Dollah berikutan pengguguran mereka,
"Baddrol mengalami kecederaan, jadi dia terpaksa diketepikan. Ramadhan pula digugurkan kerana kita hanya senaraikan dua penjaga gol manakala Afiq saya terpaksa gugurkan kerana daripada lima pemain import yang saya panggil, tiga adalah pemain di bahagian serangan.
"Jadi saya terpaksa korbankan Afiq hanya untuk perlawanan ini. Nama dia tetap terjamin dalam skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan bertemu Hong Kong, 6 Jun ini serta dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste dan Palestin selepas itu," kata Dollah. (sumber)
Apa pandangan anda? Tak pasal-pasal Baddrol injured. Pastu sebab nak menang punya pasal, Afiq digugurkan sebab nak pakai pemain import. Korang tengok politik diorang. Macam gampang kan. Dulu cakap untuk mendedahan kepada pemain Malaysia, tapi sekarang? Memang menyusahkan orang. Yang aku tak puas hati, Baddrol injured. Tak pasal-pasal injured. So, siapa yang akan menanggung, Kedah jugak kan.
Cilakak....
Apapun, aku dengar kalau menang lawan Spurs nanti, ranking Malaysia leh melonjak ke tangga ke 100 kan... hahahahhaha.. Lupa, ranking Malaysia tak penting...
Wakakkakaka..
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Tuesday, May 19, 2015
Bagaimana nak boikot perlawanan sarkas - Ultras Malaya
Kami dah banyak bercerita tentang kenapa kita, sebagai penyokong bola
sepak Malaysia, perlu boikot perlawanan-perlawanan sarkas melibatkan
Tottenham dan Liverpool. Tetapi apa yang kami belum jelaskan sebenarnya
adalah cara nak boikot perlawanan ini sendiri. Ada beberapa lapisan
dalam usaha memboikot itu sendiri, yang mungkin tidak begitu jelas
kepada kita.
Boikot perlawanan
– Ini adalah langkah yang paling jelas. Jangan beli tiket, jangan
pergi ke stadium. Perlawanan ini semata-mata diadakan untuk mengayakan
FAM, pihak penganjur dan kroni mereka, jadi jangan biarkan FAM dan
penganjur untung melalui sarkis ini. Apa gunanya? Malaysia tak mungkin
menang, dan takkan anda harap pasukan-pasukan pelawat ni akan berikan
usaha mereka yang terbaik, seperti yang anda lihat mereka lakukan dalam
EPL di kaca tv?
– Berkemungkinannya, tiket perlawanan tidak akan laku, atau tak
terjual sama sekali. Jika ini terjadi, pihak-pihak tertentu akan mula
memberikan tiket secara percuma. Mereka hanya mahu anda berada di
stadium semasa perlawanan. Jika anda dapat tiket percuma ini, jangan
termakan umpan untuk pergi ke perlawanan! Mungkin anda akan tanya,
“Apahal? Bukannya aku beli pun, dan buat FAM dan penganjurnya kaya.”
Salah satu sebabnya ialah walaupun anda mungkin telah mendapat tiket itu
secara percuma, ia mungkin telah dibayar oleh beberapa pihak lain;
penaja korporat, kroni, lain-lain. FAM dan penganjurnya masih akan
mendapat keuntungan kewangan melalui tiket yang anda dapat secara
percuma.
Kedua dan yang paling penting, apabila anda tidak pergi ke perlawanan
dan stadium kosong, ia akan menunjukkan kepada penganjur dan FAM bahawa
perlawanan sarkas tidak mempunyai tempat dalam bola sepak Malaysia.
Mereka tidak akan mempunyai pilihan selain berhenti menganjurkannya, dan
mula menganjurkan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas ‘A’.
Selain itu, stadium yang kosong semasa perlawanan sarkas juga akan
menunjukkan kepada kelab-kelab Eropah yang berminat, bahawa penyokong
bola sepak Malaysia tidak berminat untuk melihat mereka melawan pasukan
kebangsaan Malaysia, jadi mereka harus berfikir dua kali kalau mereka
mahu berkunjung ke sini pada masa akan datang.
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda mendapat tiket percuma,
adalah untuk mengambil tiket percuma ini sebanyak yang mungkin. Hah,
biar betul? Ya, anda tak tersalah baca. Dapatkan sebanyak mungkin, dan
kemudian KOYAKKANNYA supaya orang lain tidak boleh mendapatkannya dan
pergi ke stadium. Dan jangan cuba-cuba jual pada orang lain!

Om nom nom.
– Okay, kita dah berada di rumah, dengan tiket dikoyak dalam tong
sampah, agak sakit hati kerana tak dapat pergi menonton
Liverpool/Tottenham. Sekurang-kurangnya kita masih dapat tonton
perlawanan di TV, betul tak?
SALAH.
Jangan tonton perlawanan siaran langsung juga. Kenapa? Mari kami
terangkan secara ringkas. Pada dasarnya, siaran langsung perlawanan bola
sepak di tv berfungsi dengan cara, stesen-stesen tv membayar penganjur
perlawanan sejumlah wang bagi mendapat kebenaran menayangkan perlawanan.
Bagi perlawanan sarkas, stesen tv Malaysia kemungkinan besar akan
membayar FAM dan penganjur sejumlah wang yang lumayan untuk menyiarkan
perlawanan ini di tv. Ingat, kita tidak mahu FAM dan penganjur untuk
mendapat keuntungan daripada perlawanan ini, dan bagi perlawanan ini
menarik minat. Oleh itu, apabila perlawanan ini ditunjukkan di tv,
jangan saksikannya. Ini juga terpakai kepada ‘live-streaming’ di
Internet. Apabila tidak ramai orang menonton perlawanan di tv, stesen tv
tidak boleh membuat keuntungan daripadanya. Lain kali apabila ada lagi
perlawanan sarkas (mintak simpang), mereka akan berfikir dua kali untuk
menyiarkannya, dan tidak akan membayar FAM dan penganjur sejumlah wang
yang besar untuk menyiarkannya. Oleh itu, apabila perlawanan sarkas
ditayangkan di tv, tonton saja rancangan lain. BoBoiBoy contohnya.
#sokongkartuntempatan
Atau baca buku sekali-sekala apa salahnya?
Boikot media
Dalam pada itu, menjelang perlawanan sarkas ini, kerja promosi banyak
dijalankan di media-media tempatan. Kita perlu boikot promosi ini juga.
Tetapi untuk berbuat demikian, kita perlu faham bahawa ada dua pihak
yang memperolehi keuntungan daripada promosi ini. Pertamanya, promosi
ini memberi keuntungan kepada penganjur perlawanan dan FAM. Apabila
orang ramai terlihat promosi ini dan membeli tiket, penganjur dan FAM
mendapat keuntungan. Tetapi promosi di media juga menguntungkan media
itu sendiri. Apabila pembaca/penonton melihat tajuk-tajuk utama
(berkenaan apa-apa jua topik) dan membuat keputusan untuk membeli surat
khabar, menonton berita, atau klik pautan dalam talian, media akan
mendapat keuntungan.
– Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah untuk tidak membeli surat
khabar, menonton berita, atau klik pautan ke berita-berita berkenaan
perlawanan sarkas, supaya pendapatan tidak boleh dihasilkan daripada
berita sebegini. Sebaliknya, hanya baca berita yang berkaitan dengan
kempen #saynotocircusgames. Ini mungkin memerlukan kemahiran membaca,
untuk membuat kesimpulan kandungan dari tajuk-tajuk utama. Kita tidak
ada apa-apa masalah dengan media tempatan, tetapi kita perlu mengajar
mereka untuk memberi liputan terhadap isu-isu yang penting kepada kita,
dan bola sepak tempatan.
– Kedua, sifat media sosial menjadikannya sangat mudah untuk
berita-berita hari ini menjadi viral. Walaupun kita tidak Share atau
retweet links, pengguna Facebook/Twitter/Myspace lain masih boleh
melihatnya. Sebagai contoh, apabila anda menulis komen pada pautan
promosi untuk perlawanan ini di Facebook, linknya boleh dilihat oleh
rakan-rakan Facebook anda. Jadi, walaupun anda hanya menulis komen
#FAMBangsat atau #saynotocircusgames, ia masih akan menyebarkan link itu
kepada pengguna-pengguna lain. Jadi kawan-kawan anda yang tidak begitu
meminati bola sepak dan tidak tahu tentang perlawanan sarkas sama
sekali, boleh terlihat link promosi ini disebabkan oleh komen anda, dan
membuat keputusan “OMG Liverpool dan Spurs! Sudah pasti saya akan beli
tiket dan pergi! “Apabila ini berlaku, apa gunanya kempen ini mempunyai
anda sebagai penyokong, apabila anda telah mempromosikan perlawanan ini
kepada orang lain secara tidak sengaja? Jadi, dalam perkara ini, sikap
berdiam diri itu adalah lebih baik. Pergilah komen di link isu
politik/agama atau perkara-perkara lain.

Keyboard warrior sedia lapor diri, tuan!
Ini hanyalah beberapa cara kita boleh memboikot perlawanan sarkas. Ia
bukan hanya melibatkan pembelian tiket. Anda ada apa-apa cadangan lain?
Sila baca dan viralkan rencana ini. Perlawanan Tottenham akan
berlangsung dalam masa kurang daripada dua minggu, mari kita pastikan
stadium kosong semasa perlawanan sarkas ini. Ingat, kita mahu FAM
berhenti menganjurkan perlawanan sarkas yang sia-sia, dan sebaliknya
mula menganjurkan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ yang
menawarkan mata ranking.
-L-
(sumber)
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Friday, May 8, 2015
Surat terbuka TMJ kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM
Kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM...
Saya jujur, neutral dan saya sebenarnya lebih suka mendiamkan diri, tetapi kadangkala saya terpanggil untuk bersuara. Terdapat satu yang telah dipolitikkan.
Baru-baru
ini, Malaysia telah mengaturkan satu perlawanan dengan Tottenham
Hotspur. Saya ada satu soalan... Sebagai Menteri Belia dan Sukan serta
ahli politik, anda bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
Selain itu, anda juga bertanggungjawab memegang jawatan tersebut dengan
penuh dedikasi dan integriti. Saya ingin juga mengucapkan syabas kerana
telah menjalankan tugas dengan baik untuk sukan negara.
Anda
tentu tahu bahawa perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Malaysia
tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada pasukan kebangsaan, tetapi
saya terkejut anda berkata sebaliknya dan berpendirian seperti FAM.
Perlawanan ini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk meraih
keuntungan bagi FAM dan pihak penganjur yang membawa pasukan tersebut ke
Malaysia. Adakah ianya membawa sebarang manfaat kepada pasukan
kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?
Anda,
saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah.
FAM mendakwa perlawanan ini adalah salah satu perlawanan sebagai
persediaan untuk kelayakan Piala Dunia. Pertama sekali, ianya tidak
membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ianya tidak membantu
persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih
untuk bermain. Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates
kerana ianya boleh memberi lebih manfaat kepada performance dan ranking.
Pandangan
dan nasihat saya kepada YB Khairy... Berdiri teguh bersama penyokong
bolasepak negara, dan perjuangkan perkara yang betul. Sebagai seorang
yang akan memimpin pada masa akan datang, rakyat perlu tahu bahawa
sebagai pemimpin mereka, anda akan memperjuangkan kebenaran. Anda patut
berkhidmat kepada mereka dengan menyuarakan permasalahan dan
ketidakpuasan hati mereka terhadap FAM, yang telah menguruskan bolasepak
negara dengan tidak memuaskan selama 30 tahun kebelakangan ini. Untuk
maju ke hadapan demi bolasepak negara, kita perlu menumpukan usaha
terhadap prestasi dan ranking pasukan kebangsaan. Tidak lupa juga untuk
mengagihkan hasil dan hak penyiaran secara adil kepada setiap pasukan
yang bertanding.
Saya
tahu, anda sentiasa ada jawapan bagi segala persoalan. Contohnya, anda
pernah menyatakan bahawa Bukit Jalil merupakan Stadium Kebangsaan dan
selaku Stadium Kebangsaan, "cow grass" tidak sesuai digunakan dan rumput
yang lebih berkualiti diperlukan. Namun hari ini, anda mengambil
khidmat jururunding padang PBNJ bagi menggantikan rumput di SNBJ dengan
"cow grass" dan memuliharanya sebagaimana dilakukan di Larkin.
Anda
seorang menteri yang baik, berkeazaman, dan berdedikasi untuk masa
hadapan, tetapi saya nasihatkan supaya anda mula lakukan apa yang betul
demi pembangunan sukan terlebih dahulu, dan sentiasa tegur FAM jikalau
ada perkara yang salah supaya rakyat akan sentiasa ingat anda
mempertahankan perkara yang betul dengan penuh integriti; dan ini tentu
membantu dalam perjalanan politik anda pada masa akan datang.
Akhir
sekali, berkenaan "perlawanan sarkis" tersebut, saya tidak mengatakan
supaya ianya dibatalkan, cuma saya berharap anda pastikan bahawa ianya
tidak berulang, kerana kita perlu mula melakukan perkara yang bermanfaat
untuk bolasepak negara, bukannya menguntungkan mereka yang berada dalam
FAM. Anda telah mengendalikan sukan dengan baik, tetapi juga anda perlu
memartabatkan bolasepak negara. Jangan biarkan bolasepak dipolitikkan
sebagaimana beberapa isu telah dipolitikkan dalam negara sejak
kebelakangan ini.
Saya
bersuara bukan kerana hendak menjadi Presiden FAM. Saya takkan
sekali-kali menjadi Presiden FAM. Saya bersuara kerana cintakan sukan
bolasepak. Bolasepak seharusnya ditadbir dengan penuh integriti dan
ketelusan, yang seterusnya akan menguntungkan semua pasukan yang
bertanding di Malaysia. Dengan itu, adalah satu perkara yang boleh
dibanggakan oleh pencinta bolasepak tanah air.
Pandangan ikhlas daripada,
Orang yang paling dibenci dalam bolasepak Malaysia.
Orang yang paling dibenci dalam bolasepak Malaysia.
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
TMJ mempersoalkan pendirian Menteri Belia dan Sukan
“Pandangan dan nasihat saya kepada YB (Yang Berhormat) Khairy (Jamaluddin)... Berdiri teguh bersama penyokong bola sepak negara dan perjuangkan perkara yang betul.”
Demikian luahan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyarankan agar Menteri Belia dan Sukan itu harus menjadi ‘orang tengah’ dalam menyuarakan permasalahan dan ketidakpuasan hati terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Terdahulu, beliau yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) mempersoalkan pendirian Khairy berhubung perlawanan antara Tottenham Hotspur dengan Pilihan Malaysia yang didakwa tidak membawa faedah kepada pasukan kebangsaan.
“Anda (Khairy) tentu tahu bahawa perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Malaysia tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada pasukan kebangsaan, tetapi saya terkejut anda berkata sebaliknya dan berpendirian seperti FAM.
“Perlawanan ini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk meraih keuntungan bagi FAM dan pihak penganjur yang membawa pasukan tersebut ke Malaysia. Adakah ia membawa sebarang manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?
“Anda, saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah. FAM mendakwa perlawanan ini adalah salah satu perlawanan sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia.
“Pertama sekali, ianya tidak membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ia tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain.
“Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates kerana ia boleh memberi lebih manfaat kepada persembahan dan ranking,” katanya dalam akaun Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers (JST) semalam.
Dalam masa sama, beliau turut memuji usaha Khairy untuk memajukan pembangunan bola sepak negara dengan menggantikan rumput di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) menerusi khidmat jururunding padang PBNJ.
“Saya tahu, anda sentiasa ada jawapan bagi segala persoalan. Contohnya, anda pernah menyatakan bahawa Bukit Jalil merupakan Stadium Kebangsaan dan selaku Stadium Kebangsaan, cow grass tidak sesuai digunakan dan rumput yang lebih berkualiti diperlukan.
“Namun hari ini, anda mengambil khidmat jururunding padang PBNJ bagi menggantikan rumput di SNBJ dengan cow grass dan memuliharanya sebagaimana dilakukan di Larkin,” katanya.
-UTUSAN
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Saturday, April 18, 2015
FAM Sedia Timbang Cadangan Berhubung Jadual Liga-M 2016
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mendengar cadangan pihak berkaitan berhubung jadual Liga Malaysia (Liga-M) musim depan bagi memastikan ia tidak padat seperti musim ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui jadual perlawanan Liga-M yang padat pada musim ini tidak boleh dielakkan termasuk aksi pada bulan Ramadan nanti setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pandangan pasukan bertanding.
"Kita memang telah buat awal untuk jadual pada musim ini termasuk aksi pada bulan puasa nanti," katanya pada sidang media selepas pengumuman bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Warriors Sdn. Bhd., Kevin Ramalingam sebagai CEO Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, Jumaat.
Pada Khamis, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mencadangkan supaya FAM mengadakan mesyuarat lebih awal dengan semua pihak berkepentingan sebelum menyusun jadual perlawanan Liga Malaysia musim depan.
Baginda menyifatkan langkah itu wajar demi memelihara kualiti liga serta memberi masa yang cukup kepada skuad kebangsaan untuk membuat persiapan bagi menghadapi sesuatu pertandingan.
Dalam pada itu, Hamidin memaklumkan satu seminar khas akan diadakan pada 6 dan 7 Mei ini di Lembah Klang bagi memberikan penerangan kepada pasukan mengenai penstukturan baharu Liga-M di bawah kendalian FMLLP termasuk keuntungan hak penyiaran sebagaimana yang dibangkitkan oleh Tunku Ismail sebelum ini.
Hamidin turut mendedahkan mereka kini berada dalam proses rundingan akhir dengan beberapa syarikat swasta bagi penajaan Liga-M musim ini.
"Saya rasa kita mungkin boleh dapat sama dengan jumlah diperolehi musim lepas ataupun lebih bagi musim ini dan kita akan buat pengumuman dalam masa terdekat," jelasnya.
-- BERNAMA
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Kevin Ramalingam merajui penswastaan liga Malaysia, FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership).
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Warriors Sdn Bhd, Kevin Ramalingam dilantik sebagai CEO Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa hari ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Januari lepas, mengumumkan penubuhan FMLLP selepas menandatangani perjanjian dengan syarikat peneraju media antarabangsa, Media Partners & Silva (MP & Silva) yang memberi jaminan pendapatan RM1.26 bilion ke arah kerjasama itu sepanjang tempoh kontrak selama 15 tahun.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Kevin dilantik menerajui FMLLP kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan bola sepak tempatan dan berjaya dalam temuduga oleh Jawatankuasa Eksekutif FMLLP yang diketuai Tengku Abdullah, awal bulan ini.
Beliau percaya pelantikan Kevin itu yang juga abang kepada CEO Malaysia Super League Sdn Bhd, Stuart Ramalingam, akan meningkatkan standard Liga Malaysia (Liga M) ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.
"Selepas temuduga kedua pada awal April, kami sebulat suara memutuskan untuk melantik beliau (Kevin) sebagai CEO FMLLP," kata Hamidin pada sidang media di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata Kevin akan menjalankan tugasnya serta-merta di Wisma FAM buat sementara, kerana badan induk bola sepak negara itu sedang mengenal pasti tempat yang sesuai untuk dijadikan pejabat tetap FMLLP.
"Tugas beliau ialah mengurus Liga Super dan Perdana seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Eksekutif FMLLP," kata Hamidin.
Dalam pada itu, Kevin berbesar hati kerana diberi kepercayaan menerajui FMLLP, sambil mengakui bahawa ia bukan tugas yang mudah untuk meningkatkan tahap bola sepak tempatan.
"Saya berterima kasih kepada FAM kerana meletakkan kepercayaan kepada saya. Sudah tentu, ia tugas yang besar bagi saya untuk mengubah landskap (liga) bola sepak tempatan dalam beberapa tahun akan datang agar diuruskan dengan profesional dan secara tidak langsung memberi manfaat kepada skuad bola sepak kebangsaan," katanya.
Kevin, 40, bukan nama asing kerana beliau mempunyai pengalaman hampir 14 tahun dalam pengurusan bola sepak di negara ini dan menjadi perunding untuk beberapa pasukan bola sepak tempatan sebelum ini.
Untuk rekod, FAM menandatangani MoU dengan MP & Silva pada awal Januari lepas, dalam usaha untuk menswastakan Liga M menjelang 2016.
Menerusi perjanjian itu, MP & Silva akan menyalurkan RM70 juta setiap tahun kepada FMLLP dari 2016-2021; RM85 juta setahun (2022-2024); RM92 juta setahun (2025-2027) dan RM103 juta setahun (2028-2030).
-- BERNAMA
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Friday, April 17, 2015
Presiden FAM dicabar TMJ untuk tidak bersikap pengecut
Presiden persatuan bola sepak di negara ini dicabar untuk tidak bersikap pengecut sebaliknya menjadi berani atau berundur sekiranya tidak memahami tanggungjawab yang digalas.
Gesaan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menyifatkan seseorang presiden persatuan bola sepak perlu menyelesaikan permasalahan dalam sukan itu.
Menurut Tunku Mahkota Johor, seseorang presiden persatuan bola sepak tidak sewajarnya hanya goyang kaki dan meraih populariti tanpa berani menyuarakan apa yang perlu seperti dalam soal pembahagian honorarium penyiaran televisyen.
“Kenapa saya seorang sahaja yang bersuara pasal hal itu seolah-olah saya menegakkan untuk semua pasukan yang bertanding dalam negara, saya tidak jumpa presiden lain kecuali saya yang berbuat demikian.
“Anda perlu faham hak penyiaran akan membantu semua pasukan yang bertanding dalam negara dengan mengurangkan beban dari segi kewangan semua pasukan yang berentap dalam liga, kenapa presiden lain senyap sahaja.
“Adakah anda semua lebih berminat dengan jawatan sahaja,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini semalam.
Beliau berkata, negara lain menyalurkan agihan honorarium penyiaran televisyen sebanyak 70 peratus kepada pasukan atau kelab yang bertanding dan 30 peratus kepada badan induk bola sepak, namun FAM pula berbuat sebaliknya.
Justeru, Tunku Ismail menyeru semua presiden persatuan negeri lain supaya bangkit dan memperjuangkan perkara itu dan jika mereka tidak memahami apa yang sedang dilakukan mereka seharusnya meletakkan jawatan.
“Bangun dan jalankan tugas dengan penuh integriti dan saya sendiri juga sangat telus dengan para penyokong, yang mana mereka berhak bertanya ke mana wang persatuan telah disalurkan selain misi dan arah tuju pasukan.
“Jadi, saya juga menyeru semua penyokong dalam negara supaya mula bertanya kepada presiden persatuan masing-masing mengenai perkara membabitkan perjalanan persatuan seperti yang saya lakukan,” katanya.
-UTUSAN
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Thursday, March 5, 2015
RASMI: Kenyataan FAM mengenai isu pembakaran suar di stadium
In lieu of the burning of flares and fireworks at the stadiums, Football Association of Malaysia (FAM) wishes to shed some light into the guidelines regulating the issue.
In circumstances where flares were let off, the appointed Match Commissioner, Referee Assessor and the Officiating Referee will then submit an in-depth match report within the timeframe of 24 hours after the match has ended to the FAM. FAM will conduct a thorough examination of the facts before determining the need to issue a show cause letter. Upon verification of the facts, if found necessary, FAM through its Legal Department will then serve a show cause letter to the responsible Football Association in which they will have a timeline of ordinarily seven (7) days to reply with a comprehensive explanatory letter together with supporting evidence.
FAM will deliberate on the matter based on the said explanation by referring to the following statutes before delivering their final judgment:
a) Article 70 of the FAM Disciplinary Code governing Liability for Spectator Conductwhich states that:
1. The home team or home club is liable for improper conduct among spectators, regardless of the question of culpable conduct or culpable oversight, and depending on the situation, may be fined. Further sanctions may be imposed in the case of serious disturbances.
2. The visiting team or visiting club is liable for improper conduct among its own group of spectators, regardless of the question of culpable conduct or culpable oversight, and depending on the situation, may be fined. Supporting supporters occupying the away sector of a stadium are regarded as the visiting association’s supporters, unless proven contrary.
3. Improper conduct includes violence towards persons or objects, letting off incendiary devices, throwing missiles, displaying insulting or political slogans in any form, uttering insulting words or sounds, or invading the pitch.
4. The liability described in par. 1 and 2. Also includes matches played on neutral ground, especially during final competitions.
b) Article 52 (c)of FIFA Stadium Safety and Security Regulations governing Flares and Fireworks which serves as a point of reference to the FAM:
i. The stadium safety and security management team must adopt and enforce a clear policy prohibiting spectators from bringing flares, fireworks or other forms of pyrotechnics into the stadium. This should be clearly stated in the stadium code of conduct.
ii. Any event activities which include pyrotechnic display must be included in the fire risk assessment and a formal plan prepared, which must be approved by the fire services and local authorities.
c) Corrosive and Explosive Substances and Offensive Weapons Act 1958 which also serves as a point of reference to the FAM.
The severity of the punishment and/or fine will depend on the nature of the offence. The said Football Association reserves a right to appeal to the FAM’s decision within two days commencing from the communication of the decision as per Article 135 of the FAM Disciplinary Code.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Wednesday, February 25, 2015
Bola sepak milik kita semua

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menghormati keputusan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan sebagai penasihat persatuan berkenaan, baru-baru ini.
Tengku Abdullah, bagaimanapun berkata baginda sentiasa terbuka dan sedia menerima nasihat daripada semua pihak termasuk TMJ dalam usaha membangunkan bola sepak negara.

“Saya tidak nafi memang ada kelemahan sedikit sebanyak tapi kita sedang berusaha dan berharap untuk memperbaikinya…dan saya menghargai pandangan Tunku Mahkota (Johor) dan pandangan yang lain.
“Saya mengalu-alukan dan terima sesiapa sahaja yang hendak memberi pandangan. Bola sepak milik kita semua…bola sepak bukan hak saya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada FAM, di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.
TMJ melalui laman Facebook ‘Johor Southern Tigers’ pada Khamis lepas, mengumumkan untuk meletak jawatan selaku penasihat FAM.
TMJ yang dilantik sebagai penasihat badan induk bola sepak negara itu pada Oktober lepas oleh Tengku Abdullah, bertitah bahawa baginda tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.
Sementara itu, Tengku Abdullah berkata bahawa baginda berpuas hati dengan peningkatan kesemua 24 pasukan negeri dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Terdahulu, baginda menerima tajaan sebuah bas oleh Bank Rakyat kepada FAM yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
FAM cadang wujud Liga Rakyat
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang mewujudkan Liga Rakyat dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain amatur dan muda di peringkat akar umbi.
Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata setiap daerah di negara ini, digalak menghantar sebuah pasukan bagi mewakili daerah masing-masing untuk bersaing dalam liga berkenaan.
“Saya berharap ini dapat mempopularkan bola sepak di daerah-daerah dan sama-sama kita dapat mencungkil banyak lagi pemain dalam kalangan amatur dan pemain muda dari daerah dan mukim,” katanya hari ini.
Tengku Abdullah ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada FAM di Menara Kembar Bank Rakyat di sini, hari ini.
Baginda, bagaimanapun tidak menerangkan secara terperinci konsep liga tersebut.
Tengku Abdullah berkata FAM kini sedang menunggu penajaan dalam merealisasikan usaha ‘merakyatkan sukan bola sepak’ di negara ini.
FAM, pada masa ini menganjurkan beberapa liga yang terdiri daripada tahap profesional dan separuh profesional seperti Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM manakala Liga Daerah-Daerah dianjurkan persatuan bola sepak daerah masing-masing.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Tuesday, February 17, 2015
FAM mahu jumpa Ultras
Kecewa dengan tindakan penyokong yang berulang kali membakar suar di dalam stadium biarpun sudah sering diberi amaran, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan Ultras pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata, badan bola sepak itu percaya, rundingan dengan kumpulan penyokong adalah langkah terbaik yang boleh diambil bagi menamatkan insiden membakar suar yang bagaikan tiada kesudahan.
Menurut Muhammad Fuad, beliau percaya, Ultras boleh memainkan peranan besar dalam membantu membendung insiden ini kerana kedua-dua pihak pernah mengadakan rundingan ketika skuad Malaysia dipalit kontroversi ekoran tindakan ganas segelintir penyokong dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF menentang Vietnam, Disember lalu.
“Selepas insiden buruk yang mencemarkan imej Malaysia dalam kempen Piala AFF tempoh hari, kita ada mengambil inisiatif ini yang akhirnya memberi kesan baik dan tiada peristiwa tidak diingini berlaku semasa perlawanan akhir kedua menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 20 Disember lalu.
“Pertemuan ini kita buat bukan secara formal, kita hanya berjumpa dengan beberapa orang Ultras dan berbincang dengan mereka untuk mencapai situasi menang-menang yang dapat dinikmati bersama.
“Dalam masa sama, kita boleh dapat tahu apa yang mereka pendamkan, sama ada tidak berpuas hati dengan FAM, ataupun persatuan dan kelab bola sepak masing-masing, mahupun perlawanan itu.
“Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung gejala ini daripada melarat yang boleh memberi masalah kepada penonton lain di stadium,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Mengulas lanjut berhubung insiden membakar suar oleh segelintir penyokong Pahang selepas tamat perlawanan Liga Super antara Selangor di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu, pihaknya turut bercadang untuk bertemu dengan Ultras skuad Tok Gajah.
“Kalau boleh kita mahu saling berhubung dengan Ultras negeri masing-masing sebab kita tidak tahu apa yang mereka mahukan. Tetapi ia baru di peringkat awal dan memerlukan perincian yang lebih dalam.
“Sebelum ini juga kita telah bertemu dengan Ultras Selangor yang tidak berpuas hati dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan setakat ini mereka tidak bertindak melanggar peraturan,” katanya.
-UTUSAN
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: FAM
Monday, December 8, 2014
Website FAM kena HACK dengan Vietnam
Website FAM telah di godam/hack oleh rakyat Vietnam ekoran kejadian yang menimpa penonton mereka di Stadium Shah Alam. Semua ni salah IJF yang bajet gangster.
Apakah nasib yang akan di alamai penonton kita di Hanoi nanti. Sama-sama lah kita doakan tiada apa-apa yang berlaku. Sukan membawa penyatuan dan bukannya keganasan...
Translation dari hackers (berdasarkan google translate)
"Bọn nó Chơi xấu quá ......Tất cả hacker vn đồng loạt ddos vào các trang webmalaysia ... Kymljnk sẽ cho cả hệ thống internet malaysia sập 1 ngày ..Dr-ddos tes ( google,yahoo, Twitter , Amazone , Mircosoft ,NTP,.... attack internet Malaysia ) =>> http://6789team.blogspot.com/2014/12/dr-ddos-demo.html"
Mereka bermain ia terlalu buruk ...... Semua DDoS penggodam VN serentak pada webmalaysia halaman ... sistem Kymljnk akan runtuh suatu hari ..Dr malaysia tes internet-DDoS (google, yahoo, Twitter, Amazon , Mircosoft, NTP, serangan internet .... Malaysia) = >> http://6789team.blogspot.com/2014/12/dr-ddos-demo.html
"BAD PLAY OF FANS MALAYSIAkymljnk was here ...PLAY LAPUK DARI PEMINAT DI MALAYSIA
CỔ ĐỘNG VIÊN VN BỊ ĐÁNH Ở MALAYSIAChơi chó quá tao ddos cả mạng malaysia sập bi giờ http://6789team.blogspot.com/2014/12/dr-ddos-demo. ...
ALL HACKER VIETNAM, SIMULTANEOUS DDOS MALAYSIA
DDOS attack all website malaysia ..."
kymljnk adalah di sini ...
Peminat VN dipukul di MALAYSIA
Memainkan semua anjing jadi keruntuhan rangkaian saya DDoS malaysia jam bi
http://6789team.blogspot.com/2014/12/dr-ddos-demo. ...
HACKER SEMUA VIETNAM, Serentak DDOS MALAYSIA
DDOS menyerang semua laman web malaysia ...
Lu punya pasal, habis busuk nama Malaysia....Haram sungguh
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
Labels: FAM