Stylo Sport

Informasi Sukan Terkini

Monday, September 21, 2015

Malaysia raih lapan emas Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2015

Malaysia raih lapan emas Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2015

Malaysia mengungguli Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2015 peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) apabila menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan bagi kategori antarabangsa yang berakhir.


Empat pesilat negara juga dinobatkan sebagai pesilat terbaik keseluruhan iaitu Muhammad Faizul M. Nasir, 27, dari Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi kategori Pesilat Terbaik Putra Antarabangsa manakala Pesilat Terbaik Putri Antarabangsa dimenangi Siti Shazwana Ajak, 23, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penuntut Kolej Komuniti Pahang (KK Pahang) Muhamad Zarish Hakim, 23, dan penuntut Universiti Malaya (UM) Normanjalina Madon, 24, dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik Putra dan Putri bagi kategori IPT Tempatan Terbaik. 

Bagi kategori IPT Antarabangsa, kontinjen Malaysia Elit mengutip lima pingat emas untuk muncul johan diikuti kontinjen Malaysia IPT (3 emas, 3 perak dan 2 gangsa) manakala kontinjen Vietnam di tempat ketiga (2 perak dan 3 gangsa). 

Sementara itu, Politeknik Ungku Omar muncul juara bagi kategori IPT Tempatan dengan empat pingat emas dan dua perak untuk mengatasi KK Pahang di tempat kedua (4 emas, 1 perak dan 2 gangsa) manakala tempat ketiga milik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) (4 emas dan 4 gangsa). 

Siti Shazwana, 23, yang mula aktif dalam seni mempertahankan diri itu sejak 2012, menyifatkan kemenangannya sebagai penebus kekecewaan selepas hanya mendapat tempat ketiga pada kejohanan sama tahun lepas.

"Untuk tahun ini, saya menjalani latihan intensif beberapa bulan sebelum kejohanan, khusus untuk menajam kemahiran yang dapat membantu mendapat pungutan mata," katanya semasa ditemui selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah di sini.

Muhammad Faizul yang merupakan penuntut jurusan mekanikal UTM pula memberitahu ia merupakan kali keduanya memenangi kategori Pesilat Terbaik Putra Antarabangsa selepas kali pertama menjuarainya pada tahun 2012. 

Sebanyak 17 kontijen mengambil bahagian dalam kategori antarabangsa termasuk Malaysia, Vietnam, Singapura, Korea, India, Yaman dan Indonesia manakala 32 universiti awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta bertanding bagi kategori IPT Tempatan.
Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM8,000 dan piala. 

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Presiden Pesaka, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels: Lain

    posted by Unknown @ September 21, 2015   0 Comments

    Rugby World Cup 2015

    Rugby World Cup 2015


    Keputusan perlawanan serta jadual perlawanan Rugby World Cup 2015. Apa yang paling menarik mengenai Rugby World Cup 2015 kali ini adalah apabila Jepun berjaya menewaskan Afrika Selatan 34-32 yang mana ianya misi agak mustahil bagi Jepun, namun kerja berpasukan, motivasi dan disiplin pemain Jepun harus di puji dan di contohi.

    All Blacks 26-16 Argentina


    Japan 34-32 South Africa


    Tonga 10-17 Georgia


    England 35-11 Fiji



    Samoa 25-16 USA


    Ireland 50-7 Canada




    POOL A - STANDINGS
    Team
     PLDWD LPF PABP PTS
    Wales
    11 0 0 54 9 1 5 
    England1 1 0 0 35 11 1 5 
    Australia 0 0 0 0 0 0 0 0 
    Fiji 1 0 0 1 11 35 0 0 
    Uruguay 1 0 0 1 9 54 0 0 

    POOL A - RESULTS AND FIXTURES 

    Fri 18 Sep - England 35-11 Fiji (Twickenham), 20:00
    Sun 20 Sep - Wales 54-9 Uruguay (Cardiff), 14:30
    Wed 23 Sep - Australia v Fiji (Cardiff), 16:45
    Sat 26 Sep - England v Wales (Twickenham), 20:00
    Sun 27 Sep - Australia v Uruguay (Villa Park), 12:00
    Thu 1 Oct - Wales v Fiji (Cardiff), 16:45
    Sat 3 Oct - England v Australia (Twickenham), 20:00
    Tue 6 Oct - Fiji v Uruguay (Milton Keynes), 20:00
    Sat 10 Oct - Australia v Wales (Twickenham), 16:45
    Sat 10 Oct - England v Uruguay (Manchester), 20:00
    POOL B - STANDINGS
    Team
     PLDWD LPF PABP PTS
    Samoa
    11 0 0 25 16 0 4 
    Japan1 1 0 0 34 32 0 4 
    South Africa 1 0 0 1 32 34 2 2 
    Scotland 0 0 0 0 0 0 0 0 
    USA 10 0 1 16 25 0 0 

    POOL B - RESULTS AND FIXTURES 

    Sat 19 Sep - South Africa 32-34 Japan (Brighton), 16:45
    Sun 20 Sep - Samoa 25-16 USA (Brighton), 12:00
    Wed 23 Sep - Scotland v Japan (Gloucester), 14:30
    Sat 26 Sep - South Africa v Samoa (Birmingham), 16:45
    Sun 27 Sep - Scotland v USA (Leeds), 14:30
    Sat 3 Oct - Samoa v Japan (Milton Keynes), 14:30
    Sat 3 Oct - South Africa v Scotland (Newcastle), 16:45
    Wed 7 Oct - South Africa v USA (Olympic Stadium), 16:45
    Sat 10 Oct - Samoa v Scotland (Newcastle), 14:30
    Sun 11 Oct - USA v Japan (Gloucester), 20:00
    POOL C - STANDINGS
    Team
     PLDWD LPF PABP PTS
    New Zealand 
    11 0 0 26 160 4 
    Georgia 1 1 0 0 17 10 0 4 
    Tonga 1 0 0 0 10 17 1 1 
    Nambia0 0 0 0 0 0 0 0 
    Argentina 0 0 0 1 16 26 0 0 

    POOL C - RESULTS AND FIXTURES 

    Sat 19 Sep - Tonga 10-17 Georgia (Gloucester), 12:00
    Sun 20 Sep - New Zealand 26-16 Argentina (Wembley), 16:45
    Thu 24 Sep - New Zealand v Namibia (Olympic Stadium), 20:00
    Fri 25 Sep - Argentina v Georgia (Gloucester), 16:45
    Tue 29 Sep - Tonga v Namibia (Exeter), 16:45
    Fri 2 Oct - New Zealand v Georgia (Cardiff), 20:00
    Sun 4 Oct - Argentina v Tonga (Leicester), 14:30
    Wed 7 Oct - Namibia v Georgia (Exeter), 20:00
    Fri 9 Oct - New Zealand v Tonga (Newcastle), 20:00
    Sun 11 Oct - Argentina v Namibia (Leicester), 12:00
    POOL D - STANDINGS
    Team
     PLDWD LPF PABP PTS
    Ireland
    11 0 0 50 7 1 5 
    France1 1 0 0 32 10 0 4 
    Romania 0 0 0 0 0 0 0 0 
    Italy1 0 0 1 10 32 0 0 
    Canada 1 0 0 1 7 50 0 0 

    POOL D - RESULTS AND FIXTURES 

    Sat 19 Sep - Ireland 50-7 Canada (Cardiff)14:30
    Sat 19 Sep - France 32-10 Italy (Twickenham), 20:00
    Wed 23 Sep - France v Romania (Olympic Stadium), 20:00
    Sat 26 Sep - Italy v Canada (Leeds), 14:30
    Sun 27 Sep - Ireland v Romania (Wembley Stadium), 16:45
    Thu 1 Oct - France v Canada (Milton Keynes), 20:00
    Sun 4 Oct - Ireland v Italy (Olympic Stadium), 16:45
    Tue 6 Oct - Canada v Romania (Leicester), 16:45
    Sun 11 Oct - Italy v Romania (Exeter), 14:30
    Sun 11 Oct - France v Ireland (Cardiff), 16:45
    PLD - Played
    W - Won
    D - Drawn
    L - Lost
    PF - Points for
    PA - Points against
    BP - Bonus points
    PTS - Points 



    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels: Lain

      posted by Unknown @ September 21, 2015   0 Comments

      Friday, August 28, 2015

      Messi pemain terbaik UEFA, Ronaldo muntah darah

      Lionel Messi (left) receives his award from Michel Platini (right) as Cristiano Ronaldo stands in the background

      Messi pemain terbaik UEFA

      Ronaldo muntah darah

      Bintang Barcelona, Lionel Messi dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Eropah UEFA 2014/2015 manakala pemain Jerman, Celia Sasic bagi kategori wanita. 
      Bintang Argentina itu yang memenangi Piala Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol (La Liga) dan Piala Sepanyol mengenepikan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan, Luis Suarez. 
      Ini adalah kali kedua Messi menerima anugerah itu. Kali pertama pada musim 2010-2011 manakala musim lalu ia dimenangi oleh Ronaldo.
      Cuba korang tengok muka Ronaldo. Pergkhhh...muka tak boleh terima kekalahan.

      Ronaldo looks on in the background as Platini (right) hands the trophy to Barcelona star Messi (left)

      Dalam hati mesti dia cakap "Cibai lu Messi, siap lu nanti. Next year gua mesti menang."

      Platini (second right) lifts the trophy to hand over after Messi was announced as the winner
      "Sedih siot gua tak menang. Siaplah korang semua...."

      Messi (second right) and Ronaldo (right) look on as Peter Schmeichel (left) chats to Luis Suarez
      "Nak menitis air mata ni tak menang piala. Tahan beb. tahannnnn...."

      Suarez (right) posted this picture with Messi and his trophy on Instagram as they travelled back to Spain
      "Hai Ronaldo. Kitorang ada piala. Lu ada apa? Wakakaka..."

      Messi poses for pictures with the trophy after being announced as UEFA's Best Player in Europe
      "Terima kasih ye atas undian anda. Ronaldo.....sila cuba lagi. Heheee..."



      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels: Lain

        posted by Unknown @ August 28, 2015   0 Comments

        Tuesday, August 25, 2015

        Maybank tarik diri taja Golf Terbuka Malaysia

        Golf Terbuka Malaysia

        Maybank tarik diri taja Golf Terbuka Malaysia

        Tak puas hati penjelasan MGA

        Selepas sembilan tahun menjadi penaja utama Terbuka Malaysia, Maybank mengambil tindakan mengejut apabila menarik diri, sekali gus meninggalkan kejohanan golf berprestij itu dalam keadaan tidak menentu.

        Mula diperkenalkan pada 1962 menjadikan Terbuka Malaysia sebagai kejohanan golf tertua di negara ini.

        Malah, kemasukan Maybank sebagai penaja utama bermula dari 2006 meningkatlah lagi prestij pertandingan yang diiktiraf bersama oleh Jelajah Eropah dan Jelajah Asia itu.

        Golf Terbuka Malaysia
        Tan Sri Anwar Mohd. Nor (3 dari kiri)

        Bagaimanapun semalam, Pre­si­den Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Anwar Mohd. Nor membuat pengumuman mengejut, Maybank tidak akan lagi menaja kejohanan yang telah banyak menaikkan nama Malaysia di pe­ringkat antarabangsa itu.

        Perkara tersebut dimaklumkan kepada mereka menerusi sepucuk surat yang dihantar pada 9 Julai lalu.

        Anwar bagaimanapun memberi jaminan, MGA akan melakukan segala yang terdaya untuk mendapatkan penaja baharu dan memastikan edisi ke-54 kejohanan tahun depan tetap diteruskan. Namun, tarikh dan lokasi pertandingan hanya akan diputuskan dalam tempoh sebulan lagi.

        Menjelaskan apa yang berlaku, Anwar berkata, pada mulanya Maybank menerusi Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor bersetuju untuk terus menjadi penaja, namun menarik diri tanpa memberi sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

        “Selepas menerima persetujuan daripada Maybank, kami mengadakan proses tender terbuka untuk mencari promoter yang bersesuaian bagi edisi 2016-2018 dan dua kertas cadangan terbaik diterima daripada WSG (World Sport Group) dan Parallel Media Group (PMG).

        Global One pula memaklumkan merekat tidak mampu mengikut terma yang ditetapkan untuk tempoh tersebut.


        “WSG kemudian dipilih untuk tempoh tersebut dan pada 17 Jun, pertemuan antara wakil MGA, WSG dan Maybank diadakan bagi memuktamadkan segala keperluan bagi kejohanan itu dan kertas cadangan bagi perkara itu disahkan memenuhi segala ke­perluan.

        “Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Maybank, Adam Abdullah kemudian menyerahkan dokumen itu kepada Pengerusi Maybank untuk diputuskan.

        “Kemudian kami menerima surat yang menyatakan Maybank menarik diri daripada menjadi penaja kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan terhadap peranan mereka selaku penaja.

        “Kami kemudian menghantar surat kepada Maybank bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumat rasmi daripada mereka,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

        Difahamkan, MGA dan Maybank gagal mencapai kata sepakat berhubung beberapa perkara utama, termasuk pemilihan WSG, syarikat pengurusan dan pemasaran acara sukan yang berpangkalan di Singapura sebagai menggantikan Global One.

        Dipercayai, antara perkara lain yang turut menjadi punca ialah MGA tidak akan menganjurkan kejohanan itu pada Februari se­perti kebiasaan, sekali gus membuatkan kejohanan itu tidak akan berada dalam Jelajah Eropah.

        Maybank juga dikatakan mahu kejohanan diadakan di Kelab Golf Diraja Selangor dan bukan di Kuala Lumpur Golf and Counrty Club (KLGCC).

        Meskipun Maybank tidak lagi menjadi penaja, namun Anwar memberi jaminan bahawa hayat kejohanan golf tertua di Malaysia itu tidak akan terhenti.


        - See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/golf/apa-nasib-terbuka-malaysia-1.128110#sthash.H62l1LMX.dpuf



        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels: Lain

          posted by Unknown @ August 25, 2015   0 Comments

          JDT miliki kelebihan berdepan South China

          JDT vs South China

          JDT vs South China

          Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai kelebihan apabila berdepan kelab South China pada aksi suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok. 

          JDT vs South China

          Pengurus JDT, Ismail Ibrahim, berkata selain memperoleh suntikan semangat selepas muncul juara Liga Super dua hari lepas, ketua jurulatih Mario Gomez juga mempunyai strategi tersendiri apabila bertemu bekas kelab yang pernah dibimbingnya itu. 

          "Pasukan South China amat berpengalaman. Pastinya Gomez juga cukup tahu kekuatan dan kelemahan mereka dan akan merangka strategi yang tepat untuk berdepan pasukan dari Hong Kong itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

          Ismail berkata walaupun menyedari pemain masih keletihan berikutan jadual perlawanan Liga Super yang padat, beliau berharap mereka dapat mempamerkan aksi terbaik, lebih-lebih lagi JDT tidak pernah tewas di laman sendiri dalam saingan pada kejohanan itu. 

          JDT vs South China
          ISMAIL Ibrahim (kanan) bersama pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan pada sidang media mengenai suku akhir Piala AFC di sini hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin 

          JDT vs South China
          CASEMIRO Miro (kiri) bersama pemain pasukannya, Malisic Bojan pada sidang media media mengenai perlawanan suku akhir Piala AFC di sini hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin 

          Katanya Leandro Velazquez yang dipinjamkan daripada kelab JDT II akan digandingkan dengan Luciano Figueroa di bahagian serangan bagi memastikan pasukan itu meraih kemenangan selesa sebagai bekalan sebelum bertandang ke tempat lawan di Stadium Mong Kok pada 15 September depan. 

          Sementara itu, pemain pertahanan JDT Aidil Zafuan Abd Radzak berkata walaupun mempunyai masa yang suntuk bagi menghadapi perlawanan itu, mereka akan beraksi bermati-matian. "Kita kena lawan rasa letih kerana perlawanan ini berbeza dan tinggi tahapnya daripada liga kita. Kalau kita goyah, maka akan membawa padah," katanya. 

          Dalam pada itu, pemain pertahanan South China, Bojan Malisic berkata pasukannya tidak akan memandang rendah keupayaan skuad kendalian Gomez itu. 

          "JDT bukanlah lawan mudah kerana dibarisi banyak pemain kebangsaan (Malaysia) dan mempunyai Figueroa di bahagian serangan. Dia (Figueroa) mempunyai penyudah yang menakjubkan," kata Malisic. - BERNAMA

          Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/76997


          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels: Lain

            posted by Unknown @ August 25, 2015   0 Comments

            Tuesday, August 18, 2015

            Velodrom Cheras selamat




            Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberi jaminan Velodrom Kuala Lumpur di Cheras dapat digunakan sepenuhnya untuk Grand Prix (GP) Trek Asia Tenggara 2015 yang bermula hari ini tanpa sebarang masalah.

            Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata, jaminan itu dibuat setelah kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan yang menelan RM300,000 selesai dilaksanakan Sabtu lalu.


            “Kita dah buat ujian di trek tersebut sejak hari Ahad lagi dan pelumba-pelumba tempatan mahupun luar negara juga telah membuat latihan di sana. Semuanya berjalan lancar.

            “Kita ucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberi kelulusan untuk menganjurkan perlumbaan ini dan memberi sumbangan kewa­ngan sebanyak 35 peratus daripada jumlah kos kerja-kerja baik pulih dan selenggara.

            “Saya harap, semua pelumba tempatan yang menyertai perlumbaan ini dapat merangkul kejua­raan.

            “Sebab kejohanan ini dianjurkan adalah untuk persediaan mereka sebelum ke kejohanan trek Piala Dunia hujung tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

            Terdahulu, PKBM terpaksa mengejar masa untuk memulih­kan keadaan Velodrom Kuala Lumpur memandangkan kejohanan tersebut bakal bermula kurang dari seminggu.

            Sementara itu, jaguh trek negara, Azizulhasni Awang tidak mahu melepaskan peluang untuk me­rangkul kejuaraan dalam GP Trek Asia Tenggara berikutan berlumba di hadapan penyokong sendiri.

            “Persediaan setakat ini baik se­perti biasa. Bagi saya, kejohanan ini sebahagian daripada latihan dan persediaan utk kejohanan dunia siri pertama di Cali (30 Oktober hingga 1 November) nanti.

            “Harap saya boleh meraih kemenangan kerana bertanding di tempat sendiri,” kata pelumba yang sinonim dengan jolokan The Pocket Rocket Man itu.

            Nada yang sama diberikan ratu trek negara, Fatehah Mustapa yang mahu memanfaatkan peluang dalam kejohanan tersebut.

            Fatehah bagaimanapun enggan mendabik dada menerusi kejayaan tiga emas dalam Piala Trek Jepun, bulan lalu dan mahu berwaspada dengan ancaman pencabar dari negara lain.

            “Sasaran saya mestilah menjadi juara. Apa pun, saya tidak mahu memandang rendah dengan kemampuan pelumba lain. Saya akan cuba membuat kayuhan yang cemerlang esok (hari ini),” katanya.

            http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/velodrom-cheras-selamat-1.125538#sthash.BmnQTCoW.dpuf


            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels: Lain

              posted by Unknown @ August 18, 2015   0 Comments

              Tuesday, August 11, 2015

              Asia Talent Cup - Daftarkan diri anda CEPAT


              AirAsia mencari bakat pelumba baru


              AirAsia sebagai penaja bersama Asia Talent Cup sedang mencari bakat pelumba motor terbaru. Setakat ini seramai 22 orang pelumba telah mendaftarkan diri mereka. Pelumba termuda setakat ini berumur 14 tahun.

              Bagaimana hendak daftar?

              Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mengikuti link yang di berikan ini. http://www.asiatalentcup.com/how+to+apply

              Syarat-syarat pernyertaan

              Sebelum anda mendaftarkan diri, adalah baiknya untuk membaca syarat penyertaannya.

              Antara syaratnya:-

              Age: Date of birth between January 1st, 1995 and February 1st, 2002.
              Road Racing Experience: Not essential, but high performance riding experience required.
              Nationality: from a country within the Asia and Oceania region (for the full list of included nationalities please see the application form). Do not apply if you are not from one of the nationalities on the list. Passport will be checked once the rider is pre-selected. If the rider has given a fake nationality he/she will be disqualified.
              Race equipment: Each candidate will need to bring the following equipment: One-piece leather suit, Boots, Gloves, Helmet, a back protector is very highly recommended. All these items have to comply with the safety standard for general road racing and be in good condition.
              Important! The participant is aware that, if selected, they must arrange all documents and Visas necessary to travel to Malaysia for the Selection Event.
              Should the participant be under age, all documents related to the Shell Advance Asia Talent Cup shall compulsory be affirmed and endorsed by his/her parents or guardian with legal responsibility for the participant. If selected, Participants under age shall be accompanied at the Selection Event by his/her parents or guardian with legal responsibility, whoever has duly signed the documents related to Shell Advance Asia Talent Cup to cover Participant’s lack of legal capacity.

              Tarikh tutup penyertaan

              Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Ogos 2015 (Sabtu)

              Kepada yang berminat, cepat! Jangan terlambat.

              Senarai pelumba AirAsia Asia Talent Cup

              Peserta yang menyertai Asia Talent Cup ini seramai 22 orang terdiri dari pelbagai negara. Antaranya Malaysia (5), Jepun (7), Indonesia (2), Thailand (3), China (2) dan Australia (1).

              2 MASAKIKazuki
              DATE OF BIRTH2000-08-22
              PLACE OF BIRTHFukuoka

              START #2
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              3 RASOLShafiq
              DATE OF BIRTH1996-10-30
              PLACE OF BIRTHBachang, Melaka

              START #3
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              4 SALIMGerry
              DATE OF BIRTH1997-04-19
              PLACE OF BIRTHSurabraya, East Java

              START #4
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              6 DATEYuta
              DATE OF BIRTH1999-06-04
              PLACE OF BIRTHFukuyama, Hiroshima

              START #6
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              7 SRIMOONTREESittipon
              DATE OF BIRTH2000-08-14
              PLACE OF BIRTHUdon Thani

              START #7
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              9 OGURAAi
              DATE OF BIRTH2001-01-26
              PLACE OF BIRTHKiyose-shi, Tokyo

              START #9
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              10 NORRODINAdam
              DATE OF BIRTH1998-06-13
              PLACE OF BIRTHBatu Pahat, Johor

              START #10
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              11 AZMANHelmi
              DATE OF BIRTH1999-11-12
              PLACE OF BIRTHKajang, Selangor

              START #11
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              12 YAMANAKARyusei
              DATE OF BIRTH2001-11-06
              PLACE OF BIRTHYotsukaido, Chiba

              START #12
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              13 ATIRATPHUVAPATNakarin
              DATE OF BIRTH1996-01-17
              PLACE OF BIRTHKhon Kaen

              START #13
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              14 CHENPengyuan
              DATE OF BIRTH1997-02-10
              PLACE OF BIRTHGuiding, Guizhou

              START #14
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              15 FUSEKite
              DATE OF BIRTH1999-01-27
              PLACE OF BIRTHFujisawa, Kanagawa

              START #15
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              16 TAYLORLachlan
              DATE OF BIRTH2001-03-16
              PLACE OF BIRTHGold Coast, Queensland

              START #16
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              17 ROSTAMFakhrusy
              DATE OF BIRTH1996-09-12
              PLACE OF BIRTHPasir Gudang, Johor Bahru, MALAYSIA

              START #17
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              18 CHANTRASomkiat
              DATE OF BIRTH1998-12-15
              PLACE OF BIRTHChonburi, Patthaya

              START #18
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              19 CHENYuanhang
              DATE OF BIRTH1995-12-29
              PLACE OF BIRTHDa Fang, Gui Zhou

              START #19
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              20 ANUARAzroy
              DATE OF BIRTH1999-11-17
              PLACE OF BIRTHKuala Lumpur

              START #20
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              21 KUNIMINETakuma
              DATE OF BIRTH1999-09-10
              PLACE OF BIRTHTakasaki, Gunma

              START #21
              VIDEOSPHOTOSNEWS
              22 SASAKIAyumu
              DATE OF BIRTH2000-10-04
              PLACE OF BIRTHYokosuka, Kanagawa

              START #22
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              23 IZDIHARAndi
              DATE OF BIRTH1997-08-14
              PLACE OF BIRTHBulukumba, Sulawesi

              START #23
              VIDEOSPHOTOSNEWS

              Jadual perlumbaan Asia Talent Cup

              WSBK Chang
              Chang International Circuit
              START20/03/2015
              END22/03/2015

              RACE 1 & 2
              VIDEOSPHOTOSNEWSRESULTS

              MotoGP - Grand Prix of Qatar
              Losail International Circuit
              START27/03/2015
              END29/03/2015

              RACE 3 & 4
              VIDEOSPHOTOSNEWSRESULTS

              WSBK Sepang
              Sepang International Circuit
              START31/07/2015
              END02/08/2015

              RACE 5 & 6
              VIDEOSPHOTOSNEWSRESULTS

              Pan Delta
              Zhuhai International Circuit
              START18/09/2015
              END20/09/2015

              RACE 7 & 8
              VIDEOSPHOTOSNEWSRESULTS

              MotoGP - Grand Prix of Japan
              Twin Ring Motegi
              START09/10/2015
              END11/10/2015

              RACE 9 & 10
              VIDEOSPHOTOSNEWSRESULTS

              MotoGP - Shell Malaysia Grand Prix
              Sepang International Circuit
              START23/10/2015
              END25/10/2015

              RACE 11 & 12
              VIDEOSPHOTOSNEWSRESULTS

              Keputusan Perlumbaan

              Berbaki 3 lagi perlumbaan, pelumba Jepun, Ayumu Sasaki telah mendahului di tempat pertama dengan mata keseluruhan 101 di ikuti pelumba Thailand di tempat yang ke-2 dan seorang lagi pelumba Jepun di tempat ke-4.

              Bagi pelumba negara, mereka hanya mampu berada di kedudukan ke-8,9,10,12 dan juga 15.







              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels: Lain

                posted by Wayne Harraz @ August 11, 2015   0 Comments

                Contributors

                • Unknown
                • Unknown
                • Unknown
                • abang boolat
                • Wayne Harraz

                Links

                • Google News
                • Edit-Me
                • Edit-Me

                Previous Posts

                • Top 10 Greatest Football Players of All Time: Lege...
                • Live Streaming EPL
                • Ifedayo Omosuyi Senjata baharu Felda
                • Ayuh Malaysian Tigers!
                • Senarai pemain yang di lepaskan dari kelab Liga Pe...
                • Alexis Sanchez sertai Manchester City
                • Manchester United lepaskan Zlatan Ibrahimovic
                • EFL Cup : Manchester United vs West Ham United
                • Dortmund 8 - 4 Legia Warsaw
                • Demba Ba patah kaki

                Archives

                • February 2014
                • March 2014
                • April 2014
                • May 2014
                • June 2014
                • July 2014
                • August 2014
                • September 2014
                • October 2014
                • November 2014
                • December 2014
                • January 2015
                • February 2015
                • March 2015
                • April 2015
                • May 2015
                • June 2015
                • July 2015
                • August 2015
                • September 2015
                • October 2015
                • November 2015
                • December 2015
                • January 2016
                • February 2016
                • March 2016
                • April 2016
                • May 2016
                • June 2016
                • July 2016
                • November 2016
                • December 2016
                • June 2017
                • August 2017
                • January 2025

                Powered by Blogger

                Subscribe to
                Posts [Atom]