Perlawanan terakhir Steven Gerrard yang mengecewakan..

/
2 Comments



Kesian jugak aku kat mamat nie semalam. Aku ingat, game semalam, disebabkan game terakhir Steven Gerrard yang terakhir, akan menghiburkan dan sekaligus menjadi perlawanan yang akan diingati sebagai perlawanan terakhir Gerrard. Sememangnya, perlawanan semalam akan diingati, tapi bukan disebabkan ia best, tetapi sebab memalukan dan mengecewakan.


Stoke City belasah Liverpool dengan jaringan 6 gol. Gila ka pa. Aku pun tak paham kenapa boleh jadi macam tue. Tak pasal-pasal, berikutan dengan kekalahan semalam, Liverpool jatuh ketangga ke 6 liga apabil Spurs menang semalam.

Memang Gerrard betl-betul tak ada nasib dengan Liverpool. Musim terakhir, perlawanan terakhir, tetapi dimalukan dengan kekalahan jaringan terbesar. Kalau tak salah aku, jaringan 6 gol itu kekalahan terbesar yang pernah Gerrard alamai sepanjang beliau bermain untuk Liverpool. Sad, but true.



Namun, mungkin la, sedikit mungkin kesedihan itu terubat dengan jaringan oleh beliau sendiri pada hujung perlawanan. Namun, ia tidak dapat mengubah perlawanan.



Apapun, thanks Steven Gerrard for all the memories.
(tiba-tiba teringat gol beliau ketika di Istanbul, 10 tahun yang lalu)

huuhuhu

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    2 comments:

    Fendi Rocka said...

    KALAH 6-1 then jatuh number 6th.

    Gerrard tak jaringkan gol penyamaan kat Istanbul, dia jaringkan gol pertama menerusi tandukan padu.goall!!

    Fauzi Noordin said...

    betoi laaa... hahahahha...

    LightBlog