Monday, March 30, 2015

Rossi terpantas di Qatar


Legenda MotoGP Valentino Rossi membuktikan beliau masih miliki teknik pemanduan yang cukup mantap apabila menjuarai perlumbaan pertama MotoGP musim ini di Litar Losail, Qatar.

Bermula dipetak ke-8 pelumba berusia 36 tahun itu mempamerkan pemanduan yang cukup agresif sebaik pelumba dilepaskan.

Kemenangan ini merupakan kali ke 83 buat pelumba Itali itu dan Rossi tidak mampu menyembunyikan keterujaannya sebaik naik ke podium.

Pelumba jentera Ducati Team, Andrea Dovizioso merangkul tempat ke-2 manakala rakan sepasukannya Andrea Iannone menduduki tempat ke-3.

Musim 2015 merupakan tahun ke 20 buat Valentino Rossi dalam arena MotoGP dan walaupun telah mencatat nama sebagai 9 kali juara dunia namun pelumba itu langsung tidak menunjukan sebarang tanda berhenti.

Juara musim lepas Marc Marquez yang menunggang jentera Repsol Honda Team terpaksa berpuas hati menduduki tempat ke-5 apabila dia terbabas keluar dari landasan di selekoh pertama sebaik perlumbaan bermula.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    Vettel juarai Sepang


    Pemandu Jerman, Sebastian Vettel daripada pasukan Scuderia Ferrari menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2015 di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.

    Juara dunia, Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas meraih tempat kedua diikuti rakan sepasukan, Nico Rosberg di tempat ketiga.

    Berikut kedudukan kejuaraan dunia pemandu Formula Satu (F1) musim 2015 selepas Petronas Grand Prix Malaysia:-

    1. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG Petronas - 43 mata
    2. Sebastian Vettel (GER) Ferrari - 40
    3. Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG Petronas - 33
    4. Felipe Massa (BRA) Williams Martini - 20
    5. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari - 12
    6. Felipe Nasr (BRA) Sauber - 10
    7. Valtteri Bottas (FIN) Williams - 10
    8. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull - 9
    9. Nico Hulkenberg (DEU) Sahara Force India - 6
    10. Max Verstappen (NLD) Toro Rosso - 6
    11. Carlos Sainz (ESP) Toro Rosso - 6
    12. Marcus Ericsson (SWE) Sauber - 4
    13. Daniil Kvyat (RUS) Red Bull - 2
    14. Sergio Perez (MEX) Sahara Force India - 1
    15. Jenson Button (GBR) McLaren Honda - 0
    16. Romain Grosjean (FRA) Lotus - 0
    17. Roberto Merhi (ESP) Manor Marussia - 0

    Kedudukan kejuaraan dunia pengeluar:-

    1. Mercedes AMG - 76 mata
    2. Ferrari - 52
    3. Williams - 30
    4. Sauber - 14
    5. Toro Rosso - 12
    6. Red Bull - 11
    7. Sahara Force India - 7
    8. McLaren Honda - 0
    9. Lotus - 0
    10. Manor Marussia - 0

    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      SIC kecewa dengan prestasi Zulfahmi


      PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin perlu memperbaiki segera prestasi dalam perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan MotoGP Dunia di Litar Losail, Qatar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali.

      Pelumba pasukan Drive M7 SIC itu gagal meraih kedudukan petak perlumbaan yang baik selepas mencatat masa kelayakan yang agak mengecewakan pada sesi kelayakan, semalam.

      Muhammad Zulfahmi mencatat masa dua minit dan 08.040 saat untuk berada di kedudukan ke-28, sementara rakan sepasukannya, Jakub Kornfeil dari Republik Czech meraih petak ke-26 dengan masa 2:07.602s.

      "Saya sebenarnya enggan komen lagi mengenai prestasi kedua-dua pelumba (terutamanya Zulfahmi). Saya rasa mereka sudah tahu perasaan saya ketika ini.

      "Saya amat kecewa dan malu dengan prestasi pasukan kita. Saya tidak sangka catatan masa kelayakan memang teruk," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia di sini, hari ini. 

      Menurut Razlan, pengurus pasukan Drive M7 SIC, Johan Stigefelt telah menghantar laporan mengenai sesi kelayakan itu kepadanya.

      "Mereka sudah menghantar laporan kepada saya tetapi saya belum sempat membacanya dengan teliti kerana kesibukan perlumbaan F1 di sini," katanya.

      Beliau terus berharap kedua-dua pelumba dapat mempamerkan prestasi yang membanggakan pada saingan sulung pasukan itu musim ini. 

      Perlumbaan kelas Moto3 itu berlangsung pada pukul 11 malam waktu Malaysia hari ini. - Bernama


      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Ivan Zamorano, 1+8 menjadi kenangan.




        Jika anda seorang peminat bola sepak sejati setelah sekian lama, pasti anda akan terkenangkan Ivan Zamorano, penyerang Chile dan Inter Milan yang cukup gah di pentas antarabangsa mahupun peringkat kelab.

        Jika tiada Ronaldo (Nazario de Lima) di Inter Milan, pastinya Zamorano menjadi sandaran. Apabila Ronaldo tiba di Inter, pihak pengurusan meminta Zamorano untuk melepaskan jersi bernombor '9' kepada Ronaldo. Jersi nombor 9 merupakan jersi keramat seorang striker utama pasukan dan merupakan kebanggaan terulung kepada mereka yang memakainya.


        Namun, Zamorano tetap akur, malah secara licik dan bijak Zamorano meminta pihak pengurusan untuk meletakkan nombor jersinya sebagai 1+8. Nombor 1+8 ini bermaksud Zamorano masih lagi memegang jersi bernombor '9' secara 'nilainya' walaupun hakikatnya Ronaldo tetap memegang jersi keramat bernombor 9 itu.


        Walaupun tidak berjersi no. 9 namun karekter serta penampilan beliau sememangnya bertaraf pemain bernombor 9. Zamorano turut muncul antara pemain terbaik FIFA 100 yang disenaraikan oleh Pele.

        Ronaldo dan Zamorano merupakan antara legenda Inter Milan sehingga kini. Namun, Inter Milan pada hari ini masih bergelut dengan prestasi yang tidak menentu. Penyokong Inter masih lagi menunggu 'Zamorano' yang baru, dan ianya pasti menyakitkan andai Inter tidak dapat beraksi di Champion league tahun 2015-2016 kelak.

        -bergkamp-


        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels:

          Sunday, March 29, 2015

          Igor Akinfeev dilempar 'flare' oleh penyokong Montenegro




          Perlawanan EURO qualifier 2016 antara Montenegro dan Russia terpaksa dihentikan ekoran kecederaan Igor Akinfeev yang telah dilempar 'flare' oleh penyokong Montenegro.

          Igor Akinfeev dikejarkan ke hospital ketika perlawanan baru sahaja bermula pada minit PERTAMA akibat flare yang terkena kepalanya.



          Akinfeev dibawa keluar namun, pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan bahawa Akinfeev hanya cedera ringan di bahagian kepala dan leher (minor burn).

          Berikutan daripada kejadian itu, pemain-pemain Russia tidak lagi meneruskan perlawanan kerana khuatir cerita yang sama akan berlaku kepada pemain-pemain yang lain.

          Bukan itu sahaja, pergaduhan kecil juga turut berlaku antara kedua-dua pasukan.


          Igor Akinfeev diusung keluar terus ke hospital

          Ini merupakan kali kedua kejadian ini berlaku selepas pemain Russia, Dmitri Kombarov dilempar objek berupa objek kecil pada perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan ini.

          Ini antara hooliganism yang berlaku antara negara-negara Eropah, sehingga membahayakan seluruh pasukan. Harap-harap di Malaysia peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi. Anda penyokong dan anda perlu matang.

          -bergkamp-



          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Friday, March 27, 2015

            Pengurus pasukan Kedah letak jawatan

            DATO' JEFFREY LOW HAN CHAW




            ~https://www.facebook.com/kenari.terbang.tinggi.ktt~


            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Joel Chianese pemain import baru Sabah


              Sabah Rhinos hari ini mengumumkan bekas pemain Auckland City FC berusia 25 tahun, Joel Chianese sebagai pemain import keempat pasukan bagi menghadapi baki saingan liga yang akan bersambung 3 April depan.


              Perkara itu diumumkan CEO merangkap Pengurus Sabah Rhinos, Datuk Seri Panglima TC Goh dalam satu sidang media di Stadium Likas, sebentar tadi.

              Dalam sidang media itu, Goh turut mengumumkan Mike Mulvey sebagai Ketua Jurulatih menggantikan Justin Ganai berkuatkuasa 1 April depan manakala Justin akan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Teknikal daripada Mike.

              ~https://www.facebook.com/fasabah~


              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels:

                KFA jelas isu Jose Franco Gomez


                PENJELASAN ISU DIBANGKITKAN BEKAS PEMAIN IMPORT KEDAH, JOSE FRANCO GOMEZ DI MEDIA SOSIAL SEMALAM.


                Merujuk kenyataan daripada bekas pemain asing Liga Premier Kedah 2014 (Jose Franco Gomez) di laman FB peribadi beliau semalam yang mendakwa pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih belum menjelaskan baki gaji tertunggak bagi bulan terakhir perkhidmatan beliau (November 2014).


                Pihak persatuan dengan ini ingin menegaskan bahawa keseluruhan pembayaran gaji yang didakwa tertunggak oleh pemain tersebut telah diselesaikan sebaik sahaja tamat kontrak beliau pada 30 November 2014.

                Pihak persatuan juga telah berulang kali memberi penjelasan secara lisan dan emel kepada beliau mengenai pembayaran tersebut.

                Untuk makluman, pada 1 Mac 2015 pihak KFA telah menerima surat mohon penjelasan daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bertarikh 26 Februari 2015 no. rujukan (fam/17/jks/josefranco/001/022015/dhma/ibh/mrf) berikutan aduan yang dibuat oleh agen beliau iaitu (sarbon football agency) kepada FAM.

                Pihak KFA pada 4 Mac 2015 telah menjelaskan kepada pihak FAM beserta lampiran dokumen-dokumen berkaitan sebagai bukti pembayaran telah dibuat. Surat bertarikh 1 Mac 2015 no. rujukan (pbk007/(56)/2014-2018/ao/psk/uk-rz).

                Pihak KFA tidak mempunyai apa-apa tunggakan bayaran gaji kepada Jose Franco Gomez seperti yang dituntut beliau berjumlah RM12,083.65

                Berikut adalah perincian pemotongan pembayaran yang dikenakan keatas beliau:-

                - Tiket Penerbangan
                Mengikut kontrak perjanjian pemain tersebut pihak KFA hanya menanggung satu kali tiket penerbangan pergi dan balik ke negaranya untuk beliau sahaja.kuota tersebut telah digunakan beliau pada bulan februari 2014. Namun selepas itu pemain tersebut ada menempah tiket penerbangan melalui agen untuk pulang ke negaranya (2 kali) dan kembali ke kedah (1 kali) dan isterinya ke kedah (1 kali) yang mana bilnya tidak dijelaskan oleh beliau dan terpaksa ditanggung oleh pihak KFA.

                - Bil Utiliti
                Mengikut kontrak perjanjian pemain tersebut pihak KFA hanya menanggung bayaran penginapan (apartment di cinta sayang resort) selama beliau berkhidmat dengan KFA. Namun dalam tempoh beliau menginap tersebut beliau tidak pernah menjelaskan bil utiliti apartment berkenaan seperti yang termaktub dalam kontrak perjanjian.oleh yang demikian bil tersebut terpaksa ditanggung/dijelaskan oleh KFA.

                - Kos rawatan
                Pemain tersebut telah mengalami kecederaan pada pertengahan kempen piala malaysia (peringkat kumpulan menentang sarawak). Pemain tersebut telah dirawat di kedah medical centre namun beliau telah menukar bilik rawatan yang di luar pakej yang disediakan oleh pihak insurans (lonpac). Ini menyebabkan penambahan kos rawatan beliau yang terpaksa ditanggung pihak kfa kerana penukaran bilik rawatan tersebut tidak termasuk dalam polisi yang disediakan oleh pihak insurans (Lonpac).

                Berdasarkan perincian di atas adalah ditegaskan bahawa pihak kfa tidak mempunyai sebarang tunggakan terhadap Jose Franco Gomez seperti yang didakwa beliau melalui laman fb peribadi miliknya.

                Tujuan penjelasan ini dibuat disebabkan pihak KFA memandang serius perkara berkenaan yang boleh menjejaskan imej persatuan serta mendatangkan pandangan negatif daripada mana-mana pihak.

                Pihak persatuan amat perihatin serta menitikberatkan soal pembayaran gaji pegawai/pemain yang berkhidmat bersama KFA.

                Sekian untuk makluman,terima kasih.

                PULUN KEDAH PULUN!!!

                ~FB KFA~



                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                  Oman bedil Harimau Malaya 6 - 0


                  Skuad Harimau Malaya nyata bukan lawan Oman selepas diaibkan dengan kekalahan 6-0 pada aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Al-Seeb, Oman, malam ini.

                  Pasukan tuan rumah yang mendapat jolokan Al-Ahmar (The Reds) nyata bukan tandingan skuad bimbingan Dollah Salleh apabila mendominasi perlawanan serta melakukan serangan bertali arus ke kubu skuad negara.

                  Hasilnya, Yaqoob Abdul-Karim Salim Al-Qasmi membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 selepas bijak memanfaatkan pergelutan dalam kotak penalti sebelum mudah menolak masuk bola untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

                  Oman, yang dilatih oleh jurulatih dari Perancis, Paul Le Guen, terus menggandakan asakan untuk memburu jaringan dan hasilnya, Abdul Aziz Humaid Mubarak Al-Muqbali meledak gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-42 dan keputusan itu kekal sehingga babak pertama perlawanan.

                  Bersambung separuh masa kedua, Oman berjaya menambah gol ketiga menerusi Qasim Said Sangoor pada minit ke-46 selepas beliau mudah menolak masuk hantaran silang rakan sepasukan sebelum Abdul Aziz meledak gol keempat, selang empat minit kemudian.

                  Yaqoob Abdul-Karim menambah derita Malaysia menerusi gol kelima pada minit ke-66 sebelum Mohsin Johar Al-Khaldi memastikan kemenangan bergaya Oman dengan gol terakhir pada minit ke-88 menerusi sepakan penalti.

                  Dalam pada itu, skuad Bawah 23 (B-23) negara mengalami kekalahan kedua pada siri perlawanan persahabatan di Thailand selepas tunduk 2-0 kepada kelab Air Force United FC di Stadium Thupatemee, Bangkok.

                  Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu, yang seri 1-1 menentang skuad B-23 Korea Utara, Ahad lepas, akan melengkapkan siri persahabatan itu menentang Police United pada Isnin ini di Stadium Thammasat.

                  Tiga aksi persahabatan berkenaan merupakan antara persiapan Kim Swee bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini.


                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                    Labels:

                    Thursday, March 26, 2015

                    Petr Cech akan tinggalkan Stamford Bridge


                    Petr Cech menyatakan bahawa dia bakal meninggalkan Stamford Bridge musim hadapan. Cech telah kehilangan tempatnya oleh Thibaut Courtois.

                    Cech di tandatangai Chelsea pada 2004 telah menghabiskan 11 tahun di Chelsea.


                    Cech menyatakan dia tidak mempunyai masalah bergandingan dengan Courtois. Namun ianya hanya boleh bertahan selama semusim. Jika Cech terus kehilangan tempatnya, maka dia harus pergi.

                    Real Madrid dan Arsenal cuba mendapatkan penjaga gol berpengalaman ini. Namun tidak dapat di pastikan samaada 2 kelab ini masih berminat untuk mendapatkan khidmatnya lagi.


                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                      Labels:

                      Senarai skuad Harimau Malaya menentang Oman


                      Senarai penuh skuad Harimau Malaya menentang Oman malam ini.


                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                        Labels:

                        Litar perlumbaan F1 2015




                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                          Labels:

                          Dineshwaran Krishnan - pemain ragbi Malaysia ke-2 main di luar negara


                          Dineshwaran Krishnan @ Duke Krishnan merupakan pemain ragbi Malaysia yang ke-2 bermain di liga luar negara bersama kelab jepun, Yamaha Jubilo.

                          Duke yang berketinggian 1.98cm dan mempunyai berat 120kg sebelum ini bermain bersama COBRA.


                          Sebelum itu, pemain ragbi Malaysia yang pertama bermain di luar negara,  Marc Le bermain bersama Marist St Pats di New Zealand dan kemudian Ricoh Black Rams in Japan.

                          Pemain Malaysia yang ke-3 yang bakal merebut tempat di luar negara, Muhammad Amin Jamaluddin atau Bonzer akan mencuba nasib di New Zealand.

                          Jika Malaysia dapat melahirkan ramai pemain yang bermain di luar negara, ini menunjukkan satu peningkatan yang sangat baik dan pasukan ragbi Malaysia juga boleh pergi lebih jauh lagi setanding negara lain.

                          Temubual bersama Duke oleh malaysiarugby.com


                          MR : Hi Duke, welcome home. I am from malaysiarugby.com.

                          Duke : Hi bro, good to meet you and please to be here.

                          MR : How is Japan Rugby?

                          Duke : Japan rugby is different than how Malaysians play it as there is a professional league, the Japanese play way harder and move the ball faster as compared to rugby in Malaysia

                          MR : What is the difference between rugby in Malaysia and Japan?

                          Duke : In Japan, players are more confident, out in more effort and hard work in training which shows during match day. As rugby in Malaysia is still considered amateur, we still have a long way to go.

                          MR : As far as you are concerned, is the current rugby scene in Malaysia doing enough to be a rugby powerhouse like Japan or Hong Kong?

                          Duke : Yes, I believe there is room to grow, and it will happen step by step.

                          MR : Fan engagement is critical for the success of rugby in Malaysia, and we are looking at a number of ways to ensure we generate interest from our most avid fans and sport lovers in general. We create fb pages Malaysia Rugby and the website www.malaysiarugby.com. Do you agree with the statement of fan engagement will make rugby a success? why?

                          Duke : The fans are always a great support to us and I wish this website will always ensure that the fans are always updated all the time with the current rugby news. Personally, my fans are fantastic.

                          MR : What is your expectation to our Malaysia team in the coming Asian 5 Nations tournament?

                          Duke : The team this year consists with a lot of new faces mixed with good experienced players. So, saying that, I expect them to give their best performance and promoted to the first Division.

                          MR : When did you start playing rugby?

                          Duke : Initially, I discovered rugby when I was 13 years old in school which I played for few months. I was only committed to rugby when I was 19 years old in Penang, that was 2008.

                          MR : What do you reckon is your best “try” so far?

                          Duke : My best try yet to come ..

                          MR : Which discipline of rugby do you prefer – 7s, 10s or 15s? Why?

                          Duke : I prefer to play with 15 men because that is the original RUgby Union which is unique and shows team work and have a lot of passion.

                          MR : Do you have any ritual or habit before entering the field/match?

                          Duke : I usually will drink Red Bull and apply muscle rub on the legs to feel active and get warmed up quickly .

                          MR : Any words to the Malaysia Rugby fans..

                          Duke : There is not much difference comparing to Malaysia rugby and Japan, if we put in the hard work and all the people in Malaysia have the sense of togetherness, what will take Malaysia Rugby to the next level.

                          MR : Thank you bro for your time, we wish you all the best with your club, Yamaha Jubilo and please, make Malaysia proud!

                          Duke : Most welcome and thank you Malaysia Rugby. Padu!




                          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                            Labels:

                            “Bonzer” ke Harbour Hawks Rugby Club, Dunedin


                            Jawatankuasa Komunikasi Kelab Ragbi COBRA hari ini mengesahkan bahawa pemainnnya, Muhammad Amin Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai ‘Bonzer” dikalangan penggiat ragbi tanah air akan mengembangkan bakatnya ke Harbour Rugby Club di Dunedin, New Zealand.

                            Muhammad Amin yang mula mengorak langkah bersama pasukan COBRA ketika bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil akan menjalani tempoh percubaan selama 4 bulan sebelum rasmi bergelar pemain Harbour Rugby Club.

                            Sering menjadi pemain pilihan jurulatih sama ada di peringkat kelab atau kebangsaan sudah cukup untuk membuktikan beliau merupakan seorang pemain yang berpotensi. Mewakili Malaysia dalam dua Kejohanan Sukan Komanwel 2010 dan 2014, dan terbaru membantu pasukan COBRA menjadi Naib Juara Kejohanan Ragbi Liga Super KRM, minggu lalu.

                            Untuk rekod, Muhammad Amin merupakan pemain COBRA kedua selepas Dineswaran Krishnan yang lebih dahulu telah berjaya menempa nama di Jepun bersama kelab Yamaha Jubilo.

                            Muhammad Amin, ketika dihubungi Malaysia Rugby berkata, kejayaan ini harus ditujukan kepada pihak yang gigih berusaha selama ini dan kejayaan ini juga harus dikongsi bersama semua peminat ragbi tanah air. Beliau yang sedang sibuk mempersiapkan barang keperluan akan berlepas ke New Zealand pada jam 9.55 malam 25 Mac ini.

                            Senada dengan seluruh penggiat ragbi Malaysia, kami berharap peluang ini akan membuka jalan kepada ramai lagi pemain Malaysia, bukan hanya dari COBRA yang akan mencipta nama di peringkat antarabangsa.


                            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                              Labels:

                              Misi benam Oman


                              Pemain yang menjadi tumpuan dalam aksi persahabatan malam ini sudah tentu ketua pasukan dan penjaga gol Wigan Athletic, Ali Al-Habsi yang akan menjadi penghalang terbesar buat Harimau Malaya untuk meraih kemenangan di Stadium Al-Seeb.

                              Pernah beraksi bersama kelab England seperti Bolton dan Brighton & Hove Albion, pemain-pemain Harimau Malaya meletak keazaman tinggi untuk menumpaskan pintu gol Oman yang dikawal Al-Habsi.

                              Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata, walaupun Al-Habsi sekadar bermain di posisi penjaga gol, namun aksi pemain berusia 33 tahun itu akan memberi kesan besar kepada skuad kendaliannya ekoran pengalaman luas di pentas Eropah.

                              “Dalam perlawanan esok (hari ini), saya rasa semua orang pasti akan memberikan fokus kepada Ali Al-Habsi kerana dia merupakan bintang dalam pasukan Oman biarpun sekadar bermain di posisi penjaga gol. “Kehadirannya saya fikir akan beri impak dan perlu diingatkan, Oman ialah sebuah lawan yang sudah biasa beraksi di pentas tertinggi Asia sedangkan Malaysia baru mahu mulakan rentak di peringkat seperti ini.

                              “Persiapan Oman nampak berada di tahap terbaik, namun itu tidak membuatkan saya lari daripada fokus asal yang sering saya katakan sebelum ini iaitu mahu memberi peluang kepada pemain muda,” katanya. Memulakan karier bersama kelab Oman, Al-Midhaibi, Al-Habsi berjaya memikat perhatian kelab England, Bolton Wanderers sebelum dibeli dengan harga 4 juta pound (RM21.8 juta) oleh Wigan pada 2011. 

                              Menyentuh mengenai percaturan, Dollah mendedahkan dia pasti melakukan pertukaran pemain bagi melihat kemampuan mereka menghadapi perlawanan peringkat tertinggi menentang Oman yang kini ber­ada di tangga ke-96 dunia. 

                              “Kemungkinan saya akan beri pe­luang kepada semua pemain, tambahan Oman juga menggunakan pendekatan sama iaitu menguji pemain muda bagi melihat potensi mereka, ” katanya. Harimau Malaya pernah menguji Oman di Stadium Al-Wakrah di bawah bimbingan bekas pengendali, Datuk K. Rajagobal pada 3 September 2010 dan tewas de­ngan keputusan 0-3.


                              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                Labels:

                                Wednesday, March 25, 2015

                                Mari undi Stylo Sport di Social Media Award 2015


                                Stylo Sport mengalu-alukan semua pembaca Stylo Sport untuk mengundi Stylo Sport di dalam Malaysia Social Media Week (CLICK)  bagi kategori Best Sport Blog.

                                Undian di buka dari 23 Mac 2015 sehingga 5 April 2015

                                Cara nak vote senang je:-

                                1. Pergi ke Website Malaysia Social Media Week (CLICK) , then Programme then click Awards then click Category


                                2.  Pilih kategori Best Sports Blog



                                3.  Scroll ke bawah dan cari Stylo Sport. Kemudian, klik butang Vote yang ada gambar jari di dalam bulatan hijau.


                                4. Login/Sign in ke facebook


                                5. Sila confirm email anda dan tekan CONFIRM


                                6. Bila sudah confirm email, akan tertera bulatan merah seperti di bawah yang bermakna anda sudah vote. Jika masih hijau lagi, sila klik sehingga ia menjadi merah.


                                Stylo Sport tidaklah mengharapkan kemenangan. At least dapat top 3 pun dah ok. Marilah sama-sama undi.


                                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                  Labels:

                                  Tuesday, March 24, 2015

                                  Azraai Khor jurulatih baru TRW



                                  Bekas pengendali T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah sah menjadi ketua jurulatih Kelantan menggantikan George Boateng berkuat kuasa esok.

                                  Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebooknya, hari ini.

                                  Menurutnya selepas perbincangan dan rundingan dibuat dengan semua peringkat pengurusan, KAFA membuat rombakan demikian untuk memantapkan lagi The Red Warriors (TRW).

                                  "Mohd Azraai Khor dilantik sebagai ketua jurulatih TRW dan akan dibantu Zahasmi Ismail serta Mohamad Sidek.

                                  "Boateng dilantik sebagai ketua jurulatih kanan merangkap pengarah teknikal yang bertanggungjawab terhadap nasihat, latihan dan pembangunan latihan staff di semua peringkat.

                                  "Dia juga bertanggungjawab untuk membentuk pelan pembangunan jangka panjang KAFA," katanya.

                                  Annuar berkata, Hashim Mustafa memegang jawatan Penolong Pengarah Teknikal, sementara Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih Piala Presiden.

                                  Katanya, pengubahsuaian tugas perlu disegerakan demi memastikan TRW berada pada tahap terbaik menjelang April.

                                  Sebelum ini, desas desus timbul mengatakan Boateng bakal dikeluarkan dari barisan jurulatih TRW berikutan prestasi buruk pasukan dalam beberapa siri perlawanan.


                                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                    Labels:

                                    Fernando Alonso sihat dan akan berlumba di Sepang


                                    Fernando Alonso yang mengalami kemalangan semasa di Barcelona ketika sedang menguji pandu jentera F1nya di sahkan akan menyertai perlumbaan F1 di Sepang minggu ini.


                                    3 orang doktor dari UK telah mengesahkan bahawa Alonso telah sihat sepenuhnya dan boleh beraksi.


                                    Sebelum itu, Alonso mengalami kemalangan bersama jentera F1nya dan di lihat menaiki helikopter untuk di terbangkan ke hospital.

                                    Namun, pasukannya tidak memberikan butiran lengkap mengenai tahap kecederaan Alonso.



                                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                      Labels:

                                      Dortmund sedia lepaskan Hummels


                                      Borussia Dortmund sedia melepaskan Mats Hummels dengan harga £36 juta.

                                      Dortmund yang bergelut dengan prestasi semasa, telah memberikan harapan untuk Manchester United mendapatkan Hummels pada musim hadapan.



                                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                        Labels:

                                        Bibir koyak kena tackle


                                        Luke Dorn, pemain ragbi Castleford mengalami kecederaan di mulut yang menyebabkan bibirnya koyak akibat di tackle pemain Salford. Mujur Dorn memakai mouth guard. Kalau tidak, pastinya giginya juga patah.


                                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                          Labels:

                                          Sunday, March 22, 2015

                                          Aura Kelab Blogger Ben Ashaari di Lotfus Road Stadium, London.


                                          Kelab Blogger Ben Ashaari dah sampai merata dah la wei. Paris, Maldives, Japan, China dan terkini, aku sebagai wakil kelab, ke London. Syukur sangat-sangat kerana diberi peluang untuk ke London untuk membuat liputan bersama-sama media seperti The Star, NST, Harian Metro, Borneo Post dan Sin Chew semasa QPR Coaching Clinic di London ini berlangsung. Aku, sebagai blogger. Membawa nama blogger, dipentas antarabangsa. Pergh... Bangga sekejap...

                                          Hahahahaha..

                                          Tadi, aku bersama rombongan media ke Stadium Lotfus Road, London. Bukan media dari Malaysia sahaja, malah terdapat media dari Thailand dan juga China. Dan wakil blogger, aku sorang ja. Preasure jugak kan, tapi aku tabahkan jua diri nie..

                                          Hehehehe...

                                          Di stadium, kami diberi peluang untuk melawat kawasan sekeliling, ruangan media, bilik persalinan, bilik fisio, malah berpeluang untuk menjejak padang bola. Memang terbaik bro. Aku tiba-tiba terbayang aku kat Anfield. Hahahaha... Poyo sat. Tapi ceritanya, memang sempoilah.






                                          Sebenarnya tujuan kami dibawa ke stadium adalah membuat liputan media terhadap empat wakil asia iaitu Azmizan dan Aiman yang dari Malaysia, manakala Nattanan dari Thailand manakala Ren Wei dari China. Layanan macam VVIP siot... Hahahaha. Jeles aku tengok. Mereka memang beruntung sangat-sangat kerana dapat peluang untuk mengikut program ini. 


                                          Next entry aku cita pasal Aiman dengan Azmizan pulak yer.... Ngantuk. Nak tidor dulu yer... Letih jalan-jalan London weh.... 

                                          Hahahahahahha

                                          Labels:

                                          Super Sunday. Liverpool vs Manchester United, Barcelona vs Real Madrid El Classico






                                          Hari Ahad yang menarik untuk peminat bola sepak terutamanya penyokong Liverpool, Manchester United, Barcelona dan Real Madrid. Bersedia lah anda dengan kopi atau teh di depan televisyen, kerana perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan untuk malam ini.

                                          Untuk game Liverpool vs Manchester United, bersedia lah anda dengan secawan kopi pada pukul 9.30 malam dengan cikedis atau keropok-keropok untuk dikunyah. Brendan Rodgers vs Van Gaal, mesti menarik kan?


                                          Dah abeh game Liverpool Manchester ni, korang suma boleh lajak tengok El Classico, antara Barcelona vs Real Madrid. Topup la air dengan cikedis tu banyak banyak sebab game start pukul 11.30 mlm, setengah jam selepas game Liverpool.



                                          Buat mereka yang plan untuk marathon tengok bola, anda dinasihatkan untuk berehat secukupnya pada hari ini dan bersedia untuk menjadi burung hantu. Buat isteri-isteri di rumah, sila bersabar dengan suami anda jika mereka peminat bola sepak tegar.

                                          Pundits-pundits bola sepak mengagak bahawa dengan prestasi Liverpool dan Manchester United kebelakangan ini, mereka memberikan Liverpool sebagai 'slight favorite' untuk memenangi game pada malam ini. Liverpool dikatakan favorite dengan 54% kelebihan berbanding Manchester United.

                                          Untuk El Classico pula, dengan prestasi memberangsangkan Barcelona dan Lionel Messi, kebarangkalian Barcelona untuk menang mengikut pundits adalah melebih 60%. Real Madrid yang sedang bergelut dalam kancah La Liga pasti akan melakukan sesuatu dan tidak akan berdiam diri apabila El Classico ini bermula.

                                          Namun, anggapan daripada pundits tak semestinya tepat. Game antara rival sememangnya menarik. Buat penyokong setia setiap kelab, have a blast tonight. Winner takes all. Hahaha~

                                          -bergkamp-


                                          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                            Labels: ,