Ivan Zamorano, 1+8 menjadi kenangan.

/
0 Comments



Jika anda seorang peminat bola sepak sejati setelah sekian lama, pasti anda akan terkenangkan Ivan Zamorano, penyerang Chile dan Inter Milan yang cukup gah di pentas antarabangsa mahupun peringkat kelab.

Jika tiada Ronaldo (Nazario de Lima) di Inter Milan, pastinya Zamorano menjadi sandaran. Apabila Ronaldo tiba di Inter, pihak pengurusan meminta Zamorano untuk melepaskan jersi bernombor '9' kepada Ronaldo. Jersi nombor 9 merupakan jersi keramat seorang striker utama pasukan dan merupakan kebanggaan terulung kepada mereka yang memakainya.


Namun, Zamorano tetap akur, malah secara licik dan bijak Zamorano meminta pihak pengurusan untuk meletakkan nombor jersinya sebagai 1+8. Nombor 1+8 ini bermaksud Zamorano masih lagi memegang jersi bernombor '9' secara 'nilainya' walaupun hakikatnya Ronaldo tetap memegang jersi keramat bernombor 9 itu.


Walaupun tidak berjersi no. 9 namun karekter serta penampilan beliau sememangnya bertaraf pemain bernombor 9. Zamorano turut muncul antara pemain terbaik FIFA 100 yang disenaraikan oleh Pele.

Ronaldo dan Zamorano merupakan antara legenda Inter Milan sehingga kini. Namun, Inter Milan pada hari ini masih bergelut dengan prestasi yang tidak menentu. Penyokong Inter masih lagi menunggu 'Zamorano' yang baru, dan ianya pasti menyakitkan andai Inter tidak dapat beraksi di Champion league tahun 2015-2016 kelak.

-bergkamp-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    No comments:

    LightBlog