Thursday, March 26, 2015

Misi benam Oman


Pemain yang menjadi tumpuan dalam aksi persahabatan malam ini sudah tentu ketua pasukan dan penjaga gol Wigan Athletic, Ali Al-Habsi yang akan menjadi penghalang terbesar buat Harimau Malaya untuk meraih kemenangan di Stadium Al-Seeb.

Pernah beraksi bersama kelab England seperti Bolton dan Brighton & Hove Albion, pemain-pemain Harimau Malaya meletak keazaman tinggi untuk menumpaskan pintu gol Oman yang dikawal Al-Habsi.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata, walaupun Al-Habsi sekadar bermain di posisi penjaga gol, namun aksi pemain berusia 33 tahun itu akan memberi kesan besar kepada skuad kendaliannya ekoran pengalaman luas di pentas Eropah.

“Dalam perlawanan esok (hari ini), saya rasa semua orang pasti akan memberikan fokus kepada Ali Al-Habsi kerana dia merupakan bintang dalam pasukan Oman biarpun sekadar bermain di posisi penjaga gol. “Kehadirannya saya fikir akan beri impak dan perlu diingatkan, Oman ialah sebuah lawan yang sudah biasa beraksi di pentas tertinggi Asia sedangkan Malaysia baru mahu mulakan rentak di peringkat seperti ini.

“Persiapan Oman nampak berada di tahap terbaik, namun itu tidak membuatkan saya lari daripada fokus asal yang sering saya katakan sebelum ini iaitu mahu memberi peluang kepada pemain muda,” katanya. Memulakan karier bersama kelab Oman, Al-Midhaibi, Al-Habsi berjaya memikat perhatian kelab England, Bolton Wanderers sebelum dibeli dengan harga 4 juta pound (RM21.8 juta) oleh Wigan pada 2011. 

Menyentuh mengenai percaturan, Dollah mendedahkan dia pasti melakukan pertukaran pemain bagi melihat kemampuan mereka menghadapi perlawanan peringkat tertinggi menentang Oman yang kini ber­ada di tangga ke-96 dunia. 

“Kemungkinan saya akan beri pe­luang kepada semua pemain, tambahan Oman juga menggunakan pendekatan sama iaitu menguji pemain muda bagi melihat potensi mereka, ” katanya. Harimau Malaya pernah menguji Oman di Stadium Al-Wakrah di bawah bimbingan bekas pengendali, Datuk K. Rajagobal pada 3 September 2010 dan tewas de­ngan keputusan 0-3.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget