Thursday, March 26, 2015

“Bonzer” ke Harbour Hawks Rugby Club, Dunedin


Jawatankuasa Komunikasi Kelab Ragbi COBRA hari ini mengesahkan bahawa pemainnnya, Muhammad Amin Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai ‘Bonzer” dikalangan penggiat ragbi tanah air akan mengembangkan bakatnya ke Harbour Rugby Club di Dunedin, New Zealand.

Muhammad Amin yang mula mengorak langkah bersama pasukan COBRA ketika bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil akan menjalani tempoh percubaan selama 4 bulan sebelum rasmi bergelar pemain Harbour Rugby Club.

Sering menjadi pemain pilihan jurulatih sama ada di peringkat kelab atau kebangsaan sudah cukup untuk membuktikan beliau merupakan seorang pemain yang berpotensi. Mewakili Malaysia dalam dua Kejohanan Sukan Komanwel 2010 dan 2014, dan terbaru membantu pasukan COBRA menjadi Naib Juara Kejohanan Ragbi Liga Super KRM, minggu lalu.

Untuk rekod, Muhammad Amin merupakan pemain COBRA kedua selepas Dineswaran Krishnan yang lebih dahulu telah berjaya menempa nama di Jepun bersama kelab Yamaha Jubilo.

Muhammad Amin, ketika dihubungi Malaysia Rugby berkata, kejayaan ini harus ditujukan kepada pihak yang gigih berusaha selama ini dan kejayaan ini juga harus dikongsi bersama semua peminat ragbi tanah air. Beliau yang sedang sibuk mempersiapkan barang keperluan akan berlepas ke New Zealand pada jam 9.55 malam 25 Mac ini.

Senada dengan seluruh penggiat ragbi Malaysia, kami berharap peluang ini akan membuka jalan kepada ramai lagi pemain Malaysia, bukan hanya dari COBRA yang akan mencipta nama di peringkat antarabangsa.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget