Sunday, March 22, 2015

Aura Kelab Blogger Ben Ashaari di Lotfus Road Stadium, London.


Kelab Blogger Ben Ashaari dah sampai merata dah la wei. Paris, Maldives, Japan, China dan terkini, aku sebagai wakil kelab, ke London. Syukur sangat-sangat kerana diberi peluang untuk ke London untuk membuat liputan bersama-sama media seperti The Star, NST, Harian Metro, Borneo Post dan Sin Chew semasa QPR Coaching Clinic di London ini berlangsung. Aku, sebagai blogger. Membawa nama blogger, dipentas antarabangsa. Pergh... Bangga sekejap...

Hahahahaha..

Tadi, aku bersama rombongan media ke Stadium Lotfus Road, London. Bukan media dari Malaysia sahaja, malah terdapat media dari Thailand dan juga China. Dan wakil blogger, aku sorang ja. Preasure jugak kan, tapi aku tabahkan jua diri nie..

Hehehehe...

Di stadium, kami diberi peluang untuk melawat kawasan sekeliling, ruangan media, bilik persalinan, bilik fisio, malah berpeluang untuk menjejak padang bola. Memang terbaik bro. Aku tiba-tiba terbayang aku kat Anfield. Hahahaha... Poyo sat. Tapi ceritanya, memang sempoilah.






Sebenarnya tujuan kami dibawa ke stadium adalah membuat liputan media terhadap empat wakil asia iaitu Azmizan dan Aiman yang dari Malaysia, manakala Nattanan dari Thailand manakala Ren Wei dari China. Layanan macam VVIP siot... Hahahaha. Jeles aku tengok. Mereka memang beruntung sangat-sangat kerana dapat peluang untuk mengikut program ini. 


Next entry aku cita pasal Aiman dengan Azmizan pulak yer.... Ngantuk. Nak tidor dulu yer... Letih jalan-jalan London weh.... 

Hahahahahahha

Labels:

Pengalaman di Heston Venue Sport Social, Akademi Bola Sepak QPR.


Pagi kemarin, kami diberi peluang untuk bersama-sama media antarabangsa seperti Skysport, BBC, Dailymail dalam sesi temuramah bersama Nedum Onouha dan Chris Ramsey. Selepas tengah hari, kami dibawa pula ke akedemi bola sepak QPR, Heston, tak jauh daripada training ground. Cuaca semasa itu, aduh, tersangatlah sejuk. Aku, memang tak berapa selesa dengan tahap kesejukkan macam ini. Iyalah kan, duduk Malaysia, cuaca biasanya 32°C, tapi sini tinggal 7°C ja weeh.... Kedik aku..

Huhuhu..

Ok. Dah. Jangan dok merepek pasal sejuk-sejuk nie. Orang dah bagi peluang ke London, banyak songeh pulak. Hahahhaha... Ok, sambung cerita kat Heston nie. Kat Heston nie, bangunan dia tak la hebat sangat, biasa ja. Tapi, dia punya kelengkapan, memang terbaik. Dengan padangnya, dengan kantennya, dengan jurulatihnya, memang terbaik.

Disitu jugak tempat latihan untuk 4 wakil asia bersama pelatih-pelatih QPR yang lain bersama-sama berlatih dalam suasana cuaca 5-10°C, tambah dengan angin lagi, pergh.... Aku tak sanggup wooi. Tapi, disitu, budak-budak tadi banyak menimba ilmu dan pengalaman kerana teknik dan bentuk ajaran yang diterapkan agak berbeza. Malah, mereka juga diajar daripada segi pemakanan. Sehinggakan masa tidur juga dikawal. Aku tak pasti kat Malaysia macam mana, tapi di QPR, memang macam itu.






Sempat jugak la aku pose sekeping masa budak-budak tue training. Sebenarnya, masa tue, merupakan latihan pertama mereka bersama-sama budak akademi QPR yang lain. Memang nampak kekok, tapi bagi aku tak la jauh sangat beza standard budak-budak nie dengan budak akademi QPR yang lain. Tiba-tiba aku terfikir, kalaulah Aiman atau Azmizan (wakil Malaysia dalam latihan ini) boleh pergi jauh, bagaimanalah agaknya....

Huhuhu...



Labels:

Saturday, March 21, 2015

Sesi temuramah bersama Nedum Onuoha dan Chris Ramsey di QPR TrainingGrounds.


Sesi temuramah bersama pemain pertahanan QPR, Nedum Onouha berlangsung dekat QPR Training ground. Sesi temuramah itu jugak melibatkan pengurus QPR, Chris Ramsey. Aku, sebagai blogger, sekadar pemerhati jer. Ini merupakan satu pengalaman berharga untuk aku sebab bagi aku inilah sesi temuramah pertama aku dalam hidup. Jadi, aku tak pasti sangat apa yang nak ditanya, dan apa yang patut aku tulis. First timer katakan.

Huhuhuh...

Aku tak tahu bagaimana sebenarnya sesi temuramah berlangsung secara rasmi sebab kalau kat Malaysia pun, aku tak pernah pun nak join benda-benda macam nie, inikah pula apabila melibatkan beberapa agensi berita yang boleh tahan hebatnya. Korang nak tahu, Skysport ada, BBC ada, Dailymail ada yang paling menarik, Stylo Sport pun ada tau. 


Hahahahahah...

Sesi temuramah itu berlangsung dalam suasana yang sangat rileks malah Onouha dan Chris Ramsey dilihat seolah-olah cakap secara bersahaja ja. Nampak tiada tekanan. Aku tak tahilah kalau kat Malaysia macam mana, dan aku harap, nanti kalau ada peluang di Malaysia, aku pun nak join jugak buat benda-benda macam nie.


Selepas sesi temuramah itu, kami diperkenalkan dengan 4 orang pemain remaja yang telah dipilih untuk mengikuti program AirAsia, QPR Couching Clinic London. 4 orang kesemuanya, 2 daripada Malaysia, seorang dari Thailand and seorang dari China.


Dari kiri, Mohd Azmizan Ruslih (MAS), Ren Wei (CHN), Mohd Nur Aiman Omran (MAS) dan Nattanan Biesamrit (THAI). Pasal budak-budak nie, nanti aku cover kemudian. Untung budak-budak nie... Aku pun untung jugak, datang ke London nie... Hahahahahah..

Labels:

Aku bukan penyokong Chelsea tau.


Aku tak tipu, betul, aku bukan penyokong Chelsea. Untuk apa aku sokong Chelsea? Memang aku tak berminat pun dengan Chelsea. Sebab apa? Sebab diorang dah kuat kot. Baik aku sokong QPR yang sekarang tengah bergelut untuk kekal dalam EPL.



Hari pertama di London, aku ingat kami semua akan rehat-rehat, tidur-tidur, sambil mengambil masa untuk recover balik tenaga yang banyak dah dihabiskan dalam flight. Tapi apa yag berlaku apabila tiba di ibu kota London, adalah sebaliknya. Kami sudahpun memulakan pengembaraan kami di sini.


Tibanya di hotel, lebih kurang kul 1tengah hari. Hari masih muda, so kami semua dicadangkan oleh PR  AirAsia, Mr Ash untuk makan-makan dulu dikota London. Makanan, fish and Chip. Iyalakan, makanan apa lagi nak jumpa kat London nie kalau bukan fish and chips. Dan tahap keyakinan untuk makan makanan tersebut sangat tinggi.




Selesai ja makan, yang mana perjalanan dari hotel ke kedai tersebut boleh tahan la jugak jauhnya, naik 'tube' bagai, kami pun saja nak jalan-jalan sekejap sebelum pulang hotel untuk berehat. Aku, dengan gatal tangannya meng'google map' kawasan tersebut dan mencari alamat Stanford Bridge. Pergh... Dekat ja beb. 10 minit kalau jalan kaki. Hahahaha... Aku akan ke stadium Chelsea. Dan aku bukan penyokong Chelsea.

Hahahhahah

Macam mana aku boleh tahu yang stadium Stanford Bridge hanya berdekatan, sebab semasa ke kedai fish n chips tadi, kami melalui satu kedai bar yang tulis Chelsea Company, dan aku tahu, selalunya istilah 'company' ini digunakan untuk bar yang mana penyokong-penyokong tegar lepak. Dan, selepas berjalan lebih kurang 10 minit ++, pun sampai. Hahahahha.. Home ground Chelsea, Standford Bridge.


Apa lagi, bergambar sakan lah kat situ, pastu masuk Chelsea store. Banyak jugak barang yang menarik, tapi aku tak layan sangat. Aku bukan fan pun. Hahahahaha

Setelah membuang masa kat tempat tue, kami semua pun berangkat pulang ke hotel. Letih gak badan. Badan dah start sakit-sakit dan, dan, dan, malam tue jalan lagi.... Arhhh.... Aku? Follow aja lah...

Labels:

Friday, March 20, 2015

Trip to London: Pandangan pertama kali di London


Akhirnya, aku tiba di ibu kota England, London dengan jayanya. Siapa sangka, blogger sukan macam aku nie dijemput bersama-sama media dari Malaysia untuk cover story berkenaan QPR Coaching Clinic London di atas jemputan AirAsia. So, bila bercakap pasal jemputan oleh AirAsia, segala perbelanjaan makanan dan penginapan adalah ditanggung. Memang terbaiklah...

Untuk pengetahun semua, klinik yang dianjurkan oleh AirAsia nie sudahpun berlangsung sepanjang 2014 merangkumi beberapa destinasi seluruh asia antaranya Bangkok, Guang Zhou, Key Ell dan Kota Kinabalu. Dan dari kesemua destinasi itu, 4 prang telahpun terpilih untuk mengikuti sambungan latihan klinik bola sepak yang mana ia dilakukan di Akedemi Bola Sepak QPR. Perincian mengenai budak-budak nie, nanti aku cerita.

Huhuhu...

Tapi entry nie bukan nak cerita pasal klinik bola tue, tapi nk tunjuk kat korang yang aku dah sampai pun London... Hahhahahah... Sejuk beb. Sebenarnya, aku pun tak sangka akan sejuk macam nie. Nak buat macam mana kan, biasanya kita selalu pusing 1 Malaysia ja. Kini satu London bro. Tapi hari ini aku tak pusing Kota London lagi. Letih...




Semua gambar nie aku ambil dalam bas jer. Tak sempat nak keluar mana-mana lagi sebab kepala pusing. Apa tidaknya, dalam plane, bukan leh tidur sangat pun. Sakit tengkuk aku nie, kaki pun berat ja. KL ke Abu Dhabi, 7 jam, Abu Dhabi ke London, lagi 7 jam. 

Huhuhuhu.

Tapikan, Siapa sangka blogger sukan macam aku nie sampai ke London. Korang jangan jeles plak, sebab bukan niat aku nak riak, tapi sekadar nak memberitahu, kalau niat kita nie betul-betul ikhlas, insyaAllah, Allah akan bagi kita sesuatu yang sangat bermakna. insyaAllah...

Labels:

Tuesday, March 17, 2015

Trip ke London.... Aku pun macam tak percaya...

               


Sebenarnya, aku masih tak percaya dengan jemputan ke London nie sebenarnya. Sekarang, aku masih menanti rakan-rakan media yang lain... Gambar? Nanti la aku upload pelan-pelan. Sekarang, aku masih lagi kat airport KLIA. 

Kami berjanji akan berjumpa kat KLIA nie pukul 11.00 malam, tapi memandangkan excited punya pasai, tersampai awai la pulak... Hahahhaha

InsyaAllah, sepanjang trip aku kat London sambil menjejak QPR di situ, aku akan update semaksimum yang mungkin.. Bukan senang nak dapat peluang macam nie weh...

Heheheheheh

Labels: