Friday, March 27, 2015

KFA jelas isu Jose Franco Gomez


PENJELASAN ISU DIBANGKITKAN BEKAS PEMAIN IMPORT KEDAH, JOSE FRANCO GOMEZ DI MEDIA SOSIAL SEMALAM.


Merujuk kenyataan daripada bekas pemain asing Liga Premier Kedah 2014 (Jose Franco Gomez) di laman FB peribadi beliau semalam yang mendakwa pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih belum menjelaskan baki gaji tertunggak bagi bulan terakhir perkhidmatan beliau (November 2014).


Pihak persatuan dengan ini ingin menegaskan bahawa keseluruhan pembayaran gaji yang didakwa tertunggak oleh pemain tersebut telah diselesaikan sebaik sahaja tamat kontrak beliau pada 30 November 2014.

Pihak persatuan juga telah berulang kali memberi penjelasan secara lisan dan emel kepada beliau mengenai pembayaran tersebut.

Untuk makluman, pada 1 Mac 2015 pihak KFA telah menerima surat mohon penjelasan daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bertarikh 26 Februari 2015 no. rujukan (fam/17/jks/josefranco/001/022015/dhma/ibh/mrf) berikutan aduan yang dibuat oleh agen beliau iaitu (sarbon football agency) kepada FAM.

Pihak KFA pada 4 Mac 2015 telah menjelaskan kepada pihak FAM beserta lampiran dokumen-dokumen berkaitan sebagai bukti pembayaran telah dibuat. Surat bertarikh 1 Mac 2015 no. rujukan (pbk007/(56)/2014-2018/ao/psk/uk-rz).

Pihak KFA tidak mempunyai apa-apa tunggakan bayaran gaji kepada Jose Franco Gomez seperti yang dituntut beliau berjumlah RM12,083.65

Berikut adalah perincian pemotongan pembayaran yang dikenakan keatas beliau:-

- Tiket Penerbangan
Mengikut kontrak perjanjian pemain tersebut pihak KFA hanya menanggung satu kali tiket penerbangan pergi dan balik ke negaranya untuk beliau sahaja.kuota tersebut telah digunakan beliau pada bulan februari 2014. Namun selepas itu pemain tersebut ada menempah tiket penerbangan melalui agen untuk pulang ke negaranya (2 kali) dan kembali ke kedah (1 kali) dan isterinya ke kedah (1 kali) yang mana bilnya tidak dijelaskan oleh beliau dan terpaksa ditanggung oleh pihak KFA.

- Bil Utiliti
Mengikut kontrak perjanjian pemain tersebut pihak KFA hanya menanggung bayaran penginapan (apartment di cinta sayang resort) selama beliau berkhidmat dengan KFA. Namun dalam tempoh beliau menginap tersebut beliau tidak pernah menjelaskan bil utiliti apartment berkenaan seperti yang termaktub dalam kontrak perjanjian.oleh yang demikian bil tersebut terpaksa ditanggung/dijelaskan oleh KFA.

- Kos rawatan
Pemain tersebut telah mengalami kecederaan pada pertengahan kempen piala malaysia (peringkat kumpulan menentang sarawak). Pemain tersebut telah dirawat di kedah medical centre namun beliau telah menukar bilik rawatan yang di luar pakej yang disediakan oleh pihak insurans (lonpac). Ini menyebabkan penambahan kos rawatan beliau yang terpaksa ditanggung pihak kfa kerana penukaran bilik rawatan tersebut tidak termasuk dalam polisi yang disediakan oleh pihak insurans (Lonpac).

Berdasarkan perincian di atas adalah ditegaskan bahawa pihak kfa tidak mempunyai sebarang tunggakan terhadap Jose Franco Gomez seperti yang didakwa beliau melalui laman fb peribadi miliknya.

Tujuan penjelasan ini dibuat disebabkan pihak KFA memandang serius perkara berkenaan yang boleh menjejaskan imej persatuan serta mendatangkan pandangan negatif daripada mana-mana pihak.

Pihak persatuan amat perihatin serta menitikberatkan soal pembayaran gaji pegawai/pemain yang berkhidmat bersama KFA.

Sekian untuk makluman,terima kasih.

PULUN KEDAH PULUN!!!

~FB KFA~



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget