Friday, February 27, 2015

Bintang Hoki Negara, Faizal Saari Mohon Maaf


Faizal Saari buat kali pertama meminta maaf atas segala kekecohan timbul ekoran kegagalannya hadir pada sesi latihan skuad hoki kebangsaan sejak bulan lalu.

Namun dalam masa yang sama, penyerang kontroversi itu menegaskan, kedua-dua pihak iaitu dirinya dan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bersalah dalam perkara ini.

Bagaimanapun tegas Faizal, kekalutan yang berlaku ini sudah hampir menemui noktah selepas mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan MHC.

“Perkara ini sudah hampir menemui titik noktahnya selepas mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat.

“Saya juga masih boleh menyertai kem latihan skuad kebangsaan dan tidak akan dikenakan hukuman pergantungan oleh MHC.
Advertisement

“Saya harap perkara ini tidak menjejaskan hubungan baik saya dengan rakan sepasukan, malah saya berharap mereka dapat menerima saya seperti sedia ada.

“Saya memohon maaf sekiranya permasalahan yang timbul sebelum ini menyusahkan banyak pihak, namun MHC juga mempunyai salah mereka dalam hal ini.

“Seandainya salah itu datang daripada pihak saya sendiri, saya mahu meminta maaf dan berharap perkara ini tidak akan berulang kembali.

“Harap semua pihak dapat memaafkan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, jurulatih hoki kebangsaan, Tai Beng Hai menegaskan, Faizal bukan anak emas MHC dan dia perlu menjalani ujian kecergasan sebelum boleh diserap ke dalam skuad negara.

Kata Beng Hai, walaupun pemain itu merupakan aset bernilai dalam skuad hoki kebangsaan, namun itu tidak bermakna dia boleh terlepas daripada menjalani ujian kecergasan seperti yang dilalui oleh rakan sepasukan.

“Masalah ini sedang diselesaikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Naib Presiden Kanan MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad.

“Tugas saya adalah memastikan Faizal menjalani pemeriksaan doktor dan ujian kecergasan sebelum mula menjalani latihan bersama skuad negara. Ini akan memberi keadilan kepada semua pemain,” kata Beng Hai.

Dalam pada itu, Faizal juga perlu menjalani sesi pemilihan bagi menghadapi Piala Sultan Azlan Shah, April ini.

Bagaimanapun penjaring terbanyak Liga Hoki Dunia di Singapura, bulan lalu itu tidak dapat menyertai kem latihan di Australia bermula 3 hingga 17 Mac ini selepas tidak termasuk di dalam senarai 20 pemain.

Dia diketepikan kerana tahap kecergasannya diragui selepas terlalu lama tidak menghadirkan diri dalam sesi latihan skuad kebangsaan.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    JDT mahu FAM hukum Pahang


    JDT mahu FAM hukum Pahang


    Aku memang sokong dengan tindakan JDT ni. Bukanlah nak condong ke JDT. Tapi JDT ada asas dan bukti. Bayangkanlah, semua peminat bola pun memang nampak senampak-nampaknya. Bila sebelah Pahang buat hal, paling koman pun denda yang di kenakan, amaran keras. Tapi bila pasukan lain, dendanya bukan main. Puluhan hingga ratusan ribu kena bayar. Sekarang ni, JDT mahu FAM hukum Pahang. Biarlah adil untuk semua pasukan. Kalau salah, tetap salah. Tak perlulah nak condong ke sana atau ke sini. Biar gentleman. Baru semua orang respect. Kita nak 1 Malaysia respect. Bukan hanya orang dalam sahaja yang respect, tapi orang luar meluat.

    di petik dari FB Johor Souther Tigers

    ISU 'FAIRPLAY' MENGIKUT CARA FAM
    Salam Dato', pada 10hb April 2013 pasukan Kelantan selepas bermain Piala AFC menentang Da Nang, dan mengharungi hampir 20 jam perjalanan daripada Vietnam, pasukan Kelantan telah memohon ditangguhkan tarikh perlawanan Liga Super menentang ATM pada 13hb April, tetapi permohonan pasukan Kelantan tidak dilayan. Pada 2014, pasukan JDT juga ada memohon pertukaran tarikh ketika menentang Terengganu, tetapi disebabkan tiada persetujuan dari kedua-dua belah pasukan maka pindaan tarikh tidak dapat dilakukan.
    Mengapa ada dua standard berbeza untuk lain-lain pasukan. Ini menunjukkan tiada konsistensi di dalam FAM ketika membuat keputusan. Pasukan Pahang tiba 26hb Februari, jadi saya tidak faham mengapa tarikh perlawanan Piala FA antara JDT dan Pahang perlu ditunda ke 2hb Mac? Saya telah dimaklumkan oleh Dato' Seri Hj Afandi Bin Hamzah yang pasukan Pahang akan tiba di Malaysia pada 27hb Februari 2015, tetapi kami mempunyai bukti yang pasukan Pahang telah tiba di Malaysia pada 26hb Februari 2015.
    Adakah FAM menipu JDT atau pun Pahang yang menipu badan induk FAM? Saya tidak bertujuan untuk menimbulkan perbalahan tetapi sebaliknya hanya mahukan FAM sendiri bertindak adil kepada semua pasukan. Saya ingin tahu apakah tindakan FAM selanjutnya? Saya tidak ada masalah dengan pasukan Pahang atau mana-mana pasukan di negara ini. Saya juga tidak ada masalah dengan badan induk bola sepak, iaitu FAM. Saya cuma mahukan badan induk berlaku adil dan konsisten kepada semua pasukan di Malaysia.
    Ini sekadar pandangan 'budak mentah' yang tidak pandai menjaga persatuan bola sepak.
    DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor









    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Jersi baru Chelsea musim 2015/16

      Yokohama penaja baru Chelsea



      Chelsea telah memeterai perjanjian bersama syarikat tayar Jepun, Yokohama sebagai penaja terbaru Chelsea dengan perjanjian sebanyak £40 juta setahun.

      Yokohama akan menggantikan Samsung yang akan tamat kontrak pada bulan Jun 2015 ini.

      Jersi Chelsea musim 2015/16

      Netizen kini telah menerima satu draf jersi Chelsea bagi musim 2015/16 yang telah dipaparkan di laman web footyheadlines.com. Bagaimanapun, ini hanyalah jersi rumors.







      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


        Labels:

        Thursday, February 26, 2015

        Russell Crowe nak beli Leed United..


        Russell Crowe ini sebenarnya peminat setia Leed United semenjak tahun 70an lagi sebenarnya. AKu pun baru tahu. Baru-baru ini Crowe ada bertweet sambil bertanyakan kepada jutaan peminatnys di Tweeter mengenai cadangan untuk mengambil alih Leed United.


        Yang menariknya, respon yang diterima sangat-sangat lah positif sehinggakan pemilik Leed United menyatakan bahawa Leed united bukan untuk dijual. Walaupun pada mulanya respon itu sekadar membalas tweeter peminatnya mengenai Leed Utd, namun secara tidak langsung ia dilihat satu perkembangan yang agak baik bagi peminat-peminat Leed United.

        Crowe, 50 tahun, pelakon Hollywood yang terkenal bukan sahaja disebabkan lakonan semata-mata, malah beliau juga memiliki sebuah kelab Rugbi yang berpengkalan di Australia, South Sydney Rabbitohs.

        Sehingga sekarang, Russell Crowe masih belum berhubung secara rasmi dengan Leed United mengenai hasrat beliau tersebut..


        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels:

          Messi usha apa tu?


          Cuba tengok mata Messi tu. Agaknya, apa yang di ushakannya tu?





          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Faizal Saari Masih Berpeluang Sarung Jersi Negara - Tai Beng Hai


            Penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari masih berpeluang merebut tempat dalam skuad kebangsaan pada kejohanan akan datang walaupun namanya digugurkan dalam jelajah ke Australia, awal bulan depan.

            Pengendali sementara skuad hoki negara, Tai Beng Hai bagaimanapun berkata pemain berusia 24 tahun itu perlu menjalani ujian kecergasan setelah lama menghilangkan diri daripada skuad kebangsaan.

            "Beliau (Faizal) perlu melalui proses sama seperti pemain lain. Saya rasa semua pemain kena faham apabila mewakili negara, mereka perlu letakkan maruah negara pada satu tahap tertinggi.

            "Pemain tidak boleh keluar masuk ikut sesuka hati dan saya harap ia pengajaran kepada mana-mana pemain. Semua pemain kena faham, apabila mewakili negara, ia satu penghormatan," kata Tai ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad negara, di sini Rabui.

            Media hari ini melaporkan nama Faizal digugurkan daripada senarai 20 pemain dalam jelajah ke Australia selepas gagal menghadiri sesi latihan skuad kebangsaan selepas tamat Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura bulan lepas, yang menyaksikan Malaysia muncul juara.

            Tai berkata skuad negara akan beraksi dalam lapan aksi pemanas badan termasuk tiga perlawanan menentang skuad kebangsaan Australia pada jelajah berkenaan dari 3 hingga 17 Mac ini.

            Jelajah itu adalah persiapan skuad 'The Malaysian Hockey Tigers' untuk menghadapi Piala Sultan Azlan Shah 2015 di Perak dari 5 hingga 12 April, serta pusingan ketiga Liga Hoki Dunia di Belgium pada Jun, yang merupakan kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

            "Selebihnya membabitkan aksi menentang IAS (Illawarra Academy of Sports) dan WAIS (Western Australian Institute of Sports)," kata Tai.

            Dalam pada itu, Setiausaha Agung Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Johari Abdul Aziz menyatakan kesediaan badan induk hoki negara itu bertemu dengan Faizal bagi mengetahui gambaran sebenar masalah dihadapi pemain berkenaan.

            "Kita tidak mahu halang dia daripada bermain hoki. Kalau kita halang dia, mana dia hendak pergi, jadi kita kena tengok kehidupan beliau yang bergantung pada hoki," katanya.

            Sementara itu, perunding skuad hoki negara, Neil Hawgood berkata adalah penting baginya mencari punca berhubung kegagalan Faizal untuk menghadiri latihan pusat skuad kebangsaan.

            "Sebabnya mungkin serius. Ia boleh jadi beliau terlibat dalam isu-isu yang serius, kita tidak tahu.

            "Saya tidak tahu punca sebenar (di sebalik kehilangannya daripada skuad kebangsaan), jadi bagaimana saya boleh menyatakan dia (Faizal) akan menerima layanan sama dengan pemain lain. Untuk berlaku adil (kepadanya), tunggu sehingga kita mengetahui alasannya," kata Hawgood.



            -- BERNAMA

            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Gary share video latihan di Dortmund


              Gary Steven Robbat telah memuatnaik videonya sedang menjalani latihan di kem Dortmund. Macam mana dengan sessi latihan passing ni? Menarik bukan? Agak-agaknya lah kan, nak ke Gary pulang balik ke Kedah berhijrah ke Pahang kalau dia dapat peluang macam ni?





              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels:

                Motivasi bagi mendapatkan bentuk badan yang berketak


                Hari ni aku nak share macam mana nak dapatkan bentuk badan yang super duper umphh (macam kita orang lah). Video yang bermanfaat untuk semua.


                p/s: kita orang lagi power dari dia orang semua dalam video ni. Sebab terlupa lunch tadi, kita orang punya six packs tetiba bertukar dari one pack. :p Bilalah boleh dapat badan gaya gini?



                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                  Labels:

                  Safuwan Baharudin terima pengalaman berharga bersama Melbourne FC


                  Respect betul kami dengan pemain dari Singapura ni. Manakan tidak, bukan senang nak main dengan sebuah pasukan yang berada di liga utama.

                  Pemain yang baru berusia 23 tahun ini yang di pinjamkan dari Lions XII meraih pengalaman berharga apabila dia terpilih dalam kesebelasan utama skuad Melbourne FC. Bukan hanya pemanas bangku simpanan, tetapi bermain bersama bintang terkemuka bola sepak seperti Damien Duff dan Robert Koren.

                  Sejak menyertai Melbourne FC pada 29 Januari lalu, Safuwan telah di senaraikan dalam 3 perlawanan sebelum ini menentang Melbourne Victory, Wellington Phoenix dan Perth Glory yang mana menyaksikan dia bermain pada 2 perlawanan awal.

                  Jika prestasi Safuwan menyerlah, dia bakal menandatangani kontrak kekal bersama Melbourne FC.

                  Kerjasama antara FAS dengan Melbourne FC harus di jadikan contoh di sini bagi melahirkan pemain yang mampu mengekang kepantasan corak permainan dan saiz fizikal pemain luar.


                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                    Labels:

                    Apabila Faizal Saari dalam masalah, siapa yang membantu? MHC?? KBS??


                    Faizal Saari, pemain kelahiran pantai timur yang berjaya mengharumkan nama Negara dikejohanan dunia di Singapura tempoh hari. Bagi aku, Faizal Saari nie memang star la, memang punya ego, dan bagi aku, ini biasa bagi seorang lelaki. Tak ada ego, bukan lelaki la namanya..

                    Tapi dalam kes Faizal Saari yang tidak hadir untuk kem latihan Negara, aku tengok, seolah-olah semua pihak macam marah kan dier, Iyerlah kan, mesti orang berbunyi, star memang suka buat perangai macam tue. Tapi, tak ada pun yang menceritakan apa masalah Faizal dan aku yakin, Faizal Saari tak akan berbuat perkara yang memalukan keluarganya dan dirinya sendiri melainkan Faizal betul-betul mempunyai masalah peribadi yang tak dia dapat ceritakan kepada umum.

                    Kita semua maklum, pada musim tengkujuh yang lalu, kawasan Pantai Timur dibadai teruk sehinggakan ramai yang mengalami kerugian dan kerosakan, malah ada juga yang kehilangan nyawa. Tidak terkecuali Faizal Saari yang mana keluarganya tinggal di Kelantan, Rantau Panjang.

                    Laporan akhbar tempoh hari ada menyiarkan mengenai kelibat Faizal Saari menjual kuih untuk membantu keluarganya yang terlibat dengan banjir tempoh hari. Seorang bintang hoki, wakil Malaysia, pemain yang ditabal sebagai MPV dalam kejohanan dunia di Singapore, tolong family jual kuih. So apa maknanya?

                    Ok.. kita flash back sikit, banjir, rumah rosak, pastu jual kuih. Jual kuih untuk apa? Untuk dapat duit kan. Duit untuk apa? Untuk memperbaiki kehidupan kan.. Dalam kes ini, kalaulah Faizal Saari seorang yang berduit, adakah dia perlu membantu keluarganya menjual kuih?

                    Mak aku dulu jual kuih, dan aku tahu, untung jual kuih nie bukan banyak mana pun. Kalau ada tempahan, barulah dapat lebih sikit. Kalau takat jual pagi-pagi, untung tue tidaklah seberapa, tapi memadai..

                    Aku tak pasti sama ada Faizal Saari ada masalah kewangan yang runcing atau tidak, yang aku pasti, mamat nie bukan mewah sangat pun. Pakai keta 2nd ja pun. Itu pun hilang tahun lepas, dan aku tak pasti, dah jumpa ker belum . Tapi last time aku dengar, kete dia hilang dekat Bukit Jalil.

                    Lepas tue, aku terbaca pula yang isteri adiknya yang mengalami masalah kesihatan yang adak teruk, tidak dipastikan pula sakit apa. Jadi, kalau korang la dalam situasi sebegitu rupa, rumah kat kampun grosak teruk, banyak peralatan rosak, isteri adik sakit, korang rasa, apa yang perlu diutamakan, latihan hoki dipadang atau keluarga dirumah?

                    Itu korang jawab sendiri… Ini apa yang aku baca, kalau dah dipanggil untuk wakil Negara, perlu bagi penghormatan…. Puih…. Time keluarga ada masalah, apa inisiatif yang diberikan.. Last-last kena usaha sendiri..

                    Dan semua ini, hanyalah tanggapan aku.. dan apa yang aku Nampak..korang, aku tak tahulah apa yang korang nampak, sebab apa yang diceritakan di media-media tempatan, taka da satupun yang menceritakan apa masalah Faizal Saari sebenarnya…

                    Faizal Saari, Bintang Hoki Negara Tolong Keluarga Jual Kuih


                    "SAYA tidak berniat untuk 'hilang' dari kem latihan sejak 6 Februari lalu tetapi terpaksa berbuat demikian bagi menenangkan fikiran ekoran pelbagai masalah yang saya hadapi."

                    Demikian pengakuan tonggak skuad hoki negara, Faizal Saari semalam sambil berharap segala masalah yang dihadapinya ketika ini selesai sebelum kembali menyertai latihan skuad negara pada Rabu depan.

                    Penyerang skuad yang mendapat jolokan The Speedy Tigers itu juga terpaksa membantu keluarganya berniaga dan mencuci kediaman rumah mereka di Rantau Panjang, Kelantan selepas dilanda banjir baru-baru ini.

                    "Memang saya nak kembali berlatih tetapi banyak sangat masalah yang dihadapi sekarang ini. Tak seronok kalau bermain tetapi kepala dibebani dengan seribu satu macam masalah. Saya bertindak demikian kerana mahu mencari ketenangan.

                    "Saya tengah berehat sekarang ini di kampung (Rantau Panjang, Kelantan). Saya bantu keluarga mencuci rumah, berniaga dan selesaikan beberapa perkara selepas banjir baru-baru ini.

                    "Biarlah semua masalah ini selesai dahulu dan tunggu sehingga saya berjumpa dengan Datuk Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara). Saya akan kembali melapor diri pada Rabu depan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

                    Biarpun enggan mendedahkan masalah sebenar yang dialaminya ketika ini, namun penyerang berusia 24 tahun itu mengakui isteri kepada adiknya, Mohd. Fitri Saari yang juga hilang daripada kem skuad negara kerana mengalami masalah kesihatan teruk.

                    Misteri kehilangan dua tonggak skuad hoki negara itu mula menjadi perhatian selepas tidak kelihatan sepanjang sesi latihan sebaik berakhirnya kempen Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura bulan lalu.

                    Mereka juga tidak beraksi dalam lima perlawanan persahabatan menentang Mesir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu.

                    Bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan Faizal Saari merajuk dengan Konfederasi Hoki Malaysia disebabkan kelewatan menjelaskan bayaran bonus tertunggak, namun ia dinafikan Setiausaha Kehormat badan induk itu, Datuk Mohd. Johari Abdul Aziz baru-baru ini.

                    "Bukan saya merajuk, cuma biar masalah ini selesai dahulu. Secara jujur saya memang nak bantu skuad hoki negara pada kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (di Belgium, Jun depan)," tambah Faizal.

                    Sumber : Kosmo

                    Aku tanya apa khabar... Arsenal..


                    Hahhahaha... apa nak jadi dengan Arsenal nie. Dengan Monaco pun tersembam, dah la kat tempat sendiri. Dan aku harap prestasi macam ini akan berterusan... Hahahhaha

                    Geoffrey Kondogbia menjaringkan gol pertama MOnaco.. power siutt...

                    Dikuti gol kedua Monaco oleh Dimitar Berbatov

                    Namun, pada minit ke 90, Alex Oxlade-Chamberlain menjaringkan gol pertama Arsenal

                    Tak lama selepas gol Arsenal, Monaco kembali mengganas, juga pada hujung perlawanan gol oleh Yannick Ferreira-Carrasco


                    Malah, dilaman sosial Twitter, pelbagai luahan perasaan negatif terhadap perlawanan semalam dihemburkan... aku layan jaaa.. hahahaha

                    Harap-harap, Arsenal kekal dengan prestasinya, senang sikit Liverpool nak potong...hehehehhe

                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                      Labels:

                      Piala AFC: Pahang 3 - 2 Yadanarbon FC


                      PAHANG bermula langkah kanan pada aksi pembukaan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mengalahkan wakil Myanmar, Yadanarbon FC 3-2 di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar, hari ini.


                      Pemain gantian, R. Gopinathan muncul wira skuad 'Tok Gajah' menerusi gol kemenangan pada minit ke-88 selepas kedua-dua pasukan pasukan terikat 2-2 pada perlawanan yang disiarkan oleh sebuah televisyen berbayar itu.

                      Pada aksi hari ini, Pahang berada di depan menerusi gol penyerang importnya, Dickson Nwakaeme seawal minit kelima selepas beliau bijak menyambar bola yang ditampan keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Thiha Sithu.

                      Dickson terus menjadi 'duri dalam daging' untuk pasukan tuan rumah apabila menggandakan kedudukan untuk skuad 'Tok Gajah', tujuh minit kemudian selepas bijak menggelecek pemain tuan rumah sebelum menolak masuk bola bagi menewaskan Sithu untuk kali kedua.

                      Yadanarbon FC berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-40 selepas pertahanan Pahang, Damion Stewart tertampan bola masuk ke gol sendiri dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa.

                      Bersambung babak kedua, Pahang terus menggandakan asakan bagi memburu jaringan seterusnya namun ditimpa malang selepas kapten pasukan, Mohd Razman Roslan dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-55 kerana mengasari pemain lawan di dalam kotak penalti.

                      Pemain import dari Ivory Coast, Djedje Maximin Djawa yang mengambil sepakan penalti, mudah menolak masuk bola ke dalam gawang bagi menyamakan kedudukan untuk Yadanarbon FC.

                      Ketika permainan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, Gopinathan muncul wira menerusi sepakan lencong bagi mengesahkan tiga mata mutlak menjadi milik Pahang.

                      Satu lagi perlawanan kumpulan G membabitkan Global FC dari Filipina dan South China dari Hong Kong berlangsung lewat hari ini di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina.

                      Pahang akan menerima kunjungan Global FC pada aksi kedua kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala South China akan menentang Yadanarbon FC di Stadium Mongkok, Hong Kong dan kedua-dua perlawanan berlangsung 11 Mac ini. - Bernama

                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                        Labels:

                        Wednesday, February 25, 2015

                        Live : Pahang Vs Yadanarbon


                        Untuk menonton live, sila klik di sini: http://www.bazookapenaka.my/bptv/

                        Pasukan Pahang akan berdepan dengan wakil kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Mandalar Thiri, Mandalay petang ini dalam aksi sulung perlawanan Kumpulan G Piala AFC 2015.

                        Perlawanan bakal berlangsung pada jam 5.30 petang dan bakal disiarkan secara langsung ke kaca TV anda.




                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                          Labels:

                          Kad merah semasa bermain badminton


                          Dalam usaha untuk meraih gelaran antarabangsa pertamanya di dalam perseorangan lelaki 2015 Austrian Open International Challenge di Wien, Austria, perseorangan lelaki Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin terpaksa gigit jari apabila kalah kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long di dalam 'rubber set' 14-21, 21-18 dan 21-19.

                          Namun disebalik kekalahan itu, timbulnya kontroversi akibat dari layangan kad merah ke atas Iskandar Zulkarnain Zainuddin.


                          Di dalam set ketiga, Iskandar berjaya menyamakan mata 19-19, sebelum Angus Ng Ka Long bertindak balas dengan memukul bulu tangkis ke bawah yang jauh ke dalam sudut kanan garisan Iskandar untuk meletakkan dirinya ke hadapan dengan 20-19. Iskandar kemudian cuba menenangkan dirinya ke bawah dengan mengikat tali kasutnya, tetapi pengadil melayangkan kad kuning serta-merta sebagai amaran melewatkan permainan. Selepas perbincangan ringkas dengan pengadil mengenai kad kuning, Iskandar pergi ke tepi gelanggang untuk mengesat peluh tanpa kebenaran daripada pengadil, dan telah dilayangkankan kad merah serta-merta oleh pengadil.

                          Angus Ng Ka Long telah diisytiharkan pemenang selepas perlawanan itu dibayangi oleh keputusan kontroversi daripada pengadil.


                          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                            Labels:

                            BAM hanya hantar satu wakil sahaja ke All England

                            Kejohanan badminton tertua di dunia, All England 2015 merupakan edisi ‘terburuk’ buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana tiada seorang pun wakilnya beraksi dalam perseorangan lelaki, manakala cabaran beregu hanya dipikul satu pasangan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

                            Bagaimanapun, badan badminton kebangsaan itu tetap berharap, ada sinar ditunjukkan pemain negara di Arena Tertutup Birmingham sepanjang kejohanan 3-8 Mac ini.

                            Hanya persembahan baik mampu memberi keceriaan kepada sukan badminton tanah air yang sedang melalui tempoh sukar, terutama dengan penggantungan Datuk Lee Chong Wei.
                            Advertisement

                            Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengakui, penyertaan Malaysia di All England kali ini adalah yang paling ‘sepi’ kerana tidak menghantar ramai wakil seperti tahun-tahun sebelumnya.

                            “Pada saya, penyertaan Malaysia dalam All England kali ini agak ‘sepi’. Seperti yang semua orang tahu, Chong Wei masih dalam penggantungan dan Chong Wei Feng pula mengalami kecederaan hingga terpaksa menarik diri pada saat akhir.

                            “Dua lagi wakil Malaysia (bukan pemain BAM, Mohd. Arif Latif dan Zulfadli Zulkifli) terpaksa mengharungi pusingan kelayakan sebelum mendapat tempat ke undian utama. Kita harap mereka ini mampu mencatat keputusan baik.

                            “Dengan ketiadaan Chong Wei dan mengambil kira kesukaran dalam perseorangan lelaki, kita mengharapkan beregu lelaki dan wanita dapat melakukan sesuatu di sana nanti.

                            “Saya sudah cakap kepada mereka supaya membawa cabaran All England dengan bersungguh-sungguh. Kita tidak mahu kehadiran wakil Malaysia seperti tidak dirasai sebab biasanya yang bawa kecemerlangan adalah Chong Wei.

                            “Walaupun mereka mengatakan V Shem baharu sembuh daripada kecederaan, namun setelah bercakap dengan Wee Kiong tadi, saya yakin mereka mampu menggalas cabaran,” kata Mohamad Norza kepada Utusan Malaysia.

                            Mengulas mengenai penampilan pemain bebas seperti Arif dan Zulfadli, Mohamad Norza berkata, tidak kira siapa pun mereka, maruah Malaysia harus diletak di tahap paling penting.

                            Cabaran Malaysia pada All England kali ini turut digalas dua beregu wanita yang semakin meningkat, Woon Khe Wei-Vivian Hoo dan juara Terbuka India, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho. Pasangan Crysvia Lim-Payee Lim pula beraksi dalam saingan kelayakan.

                            Malaysia turut memiliki wakil dalam beregu campuran, Tan Aik Quan-Lai Pei Jing yang beraksi dari pusingan kelayakan.

                            -UTUSAN

                            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                              Labels:

                              JDT Lakar Kemenangan Pertama Piala AFC, Tewaskan East Bengal 4-1

                               

                              Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan pertama dalam kempen Piala AFC selepas menewaskan pasukan dari India, East Bengal 4-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam ini.

                              Meskipun turun tanpa dua penyerang import, Jorge Pereira Diaz dan Luciano Figueroa, barisan pemain JDT masih mampu menampilkan corak permainan kemas untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.


                              JDT mendahului perlawanan seawal minit ke-sembilan menerusi tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi di luar kotak penalti.

                              Skuad bimbingan Bojan Hodak turut memiliki banyak peluang untuk menambah jaringan, namun beberapa percubaan S.Chanturu, Safee Sali dan Mohamad Fadhli Shas sering kali tersasar.

                              Sebaliknya, East Bengal berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi jaringan Soleye Ranti Martins.

                              Empat minit kemudian, skuad Harimau Selatan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Thailand, Sivakorn Pu-Udom selepas bola terkena tangan pertahanan East Bengal, Milan Susak.

                              Peluang tersebut tidak dipersiakan apabila kapten pasukan, Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti bagi menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Mondal Abhijit.

                              Bersambung babak kedua, JDT semakin garang apabila menambah dua lagi jaringan menerusi Chanturu pada minit ke-47 dan Safee minit ke-53.

                              Chanturu menyumbat masuk gol selepas menerima hantaran Mohamad Fadhli Shas manakala Safee menjaringkan gol menerusi sepakan gunting, hasil hantaran Mohd Nazrin.

                              Selepas berdepan East Bengal, JDT yang diletakkan dalam Kumpulan F, akan beraksi dalam dua perlawanan di tempat lawan, menentang pasukan dari Singapura, Belestier Khalsa pada 10 Mac dan pasukan dari Hong kong, Kitchee pada 18 Mac.

                              -- BERNAMA

                              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                Labels:

                                Manchester City kalah kepada Barcelona. City 1-2 Barca..


                                Kalah ditempat sendiri, sesuatu yang mendukacitakan tambahan pula sebelum perlawanan, City dilihat banyak bermain mind game bagi melemah dan merencatkan minda pemain-pemain Barcelona. tetapi nampak gayanya, tidak berjaya.

                                Suarez dengan gol pertama

                                Gol kedua Suarez

                                Aguero dengan gol City
                                Kalau korang suruh aku buat analisis, aku cuma leh cakap, semalam aku tidoq awal..hahahhha...

                                ok bbye...

                                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                  Labels:

                                  Bola sepak milik kita semua


                                  Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menghormati keputusan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan sebagai penasihat persatuan berkenaan, baru-baru ini.

                                  Tengku Abdullah, bagaimanapun berkata baginda sentiasa terbuka dan sedia menerima nasihat daripada semua pihak termasuk TMJ dalam usaha membangunkan bola sepak negara.


                                  “Saya tidak nafi memang ada kelemahan sedikit sebanyak tapi kita sedang berusaha dan berharap untuk memperbaikinya…dan saya menghargai pandangan Tunku Mahkota (Johor) dan pandangan yang lain.

                                  “Saya mengalu-alukan dan terima sesiapa sahaja yang hendak memberi pandangan. Bola sepak milik kita semua…bola sepak bukan hak saya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada FAM, di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.

                                  TMJ melalui laman Facebook ‘Johor Southern Tigers’ pada Khamis lepas, mengumumkan untuk meletak jawatan selaku penasihat FAM.

                                  TMJ yang dilantik sebagai penasihat badan induk bola sepak negara itu pada Oktober lepas oleh Tengku Abdullah, bertitah bahawa baginda tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

                                  Sementara itu, Tengku Abdullah berkata bahawa baginda berpuas hati dengan peningkatan kesemua 24 pasukan negeri dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.



                                  Terdahulu, baginda menerima tajaan sebuah bas oleh Bank Rakyat kepada FAM yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek.



                                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                    Labels:

                                    FAM cadang wujud Liga Rakyat


                                    Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang mewujudkan Liga Rakyat dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain amatur dan muda di peringkat akar umbi.

                                    Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata setiap daerah di negara ini, digalak menghantar sebuah pasukan bagi mewakili daerah masing-masing untuk bersaing dalam liga berkenaan.

                                    “Saya berharap ini dapat mempopularkan bola sepak di daerah-daerah dan sama-sama kita dapat mencungkil banyak lagi pemain dalam kalangan amatur dan pemain muda dari daerah dan mukim,” katanya hari ini.

                                    Tengku Abdullah ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada FAM di Menara Kembar Bank Rakyat di sini, hari ini.

                                    Baginda, bagaimanapun tidak menerangkan secara terperinci konsep liga tersebut.

                                    Tengku Abdullah berkata FAM kini sedang menunggu penajaan dalam merealisasikan usaha ‘merakyatkan sukan bola sepak’ di negara ini.

                                    FAM, pada masa ini menganjurkan beberapa liga yang terdiri daripada tahap profesional dan separuh profesional seperti Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM manakala Liga Daerah-Daerah dianjurkan persatuan bola sepak daerah masing-masing.


                                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                      Labels:

                                      Tuesday, February 24, 2015

                                      Liverpool bangkit dipertengahan musim...


                                      Bekas pertahanan Liverpool, Mark Lawrenson berpendapat Liverpool kini telah bangkit setelah berjaya menewaskan Southampton pada pertemuan Ahad lalu dengan 2 gol tanpa balas. Ini menunjukkan Liverpool kini bersedia untuk bersaing untuk tempat ke 4 liga.

                                      Ramai orang berpendapat yang pada musim ini, Liverpool akan menampilkan corak permainan menyerang pad musim ini namun apa yang berlaku sebenarnya adalah pertahanan Liverpool yang lebih banyak menunjukkan revolusi atau perubahan yang ketara. Dan dengan perubahan ini, yang banyak menyumbangkan perubahan dan bentuk permainan Liverpool masa kini.

                                      Dengan formasi 3-4-2-1, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dilihat akan terus mengekalkan formasi ini kerana dengan bentuk pertahanan ini, adalah sangat bersesuaian dengan formasi serangan pantas atau counter attack.


                                      Liverpool bukan sahaja menerapkan mentaliti pertahanan, tetapi ia memberi dimensi baru kepada pasukan untuk memenangi setiap perlawanan. Malah jika dibandingkan dengan musim yang lalu, kebanyakkan taktik permainan lebih kepada mentaliti serangan, hasilnya, banyak gol dihasilkan, namun banyak juga bolos.

                                      Tetapi pada perlawanan menentang Southampton pada hari Ahad yang lalu, permainan Liverpool tidak hanya sekadar untuk menyerang semata-mata. Malah kalau dilihat daripada statistiknya, Liverpool hanya mempunyai satu cubangan ke gol lawan setelah perlawanan berlangsung selama 70 minit.

                                      Dengan kemenangan 2-0 ke atas Southampton yang lalu, ini bermakna pasukan Liverpool telah tidak bolos selama 6 perlawanan dalam 10 perlawanan tanpa kalah. Dan mesej Rodger sangat jelas, mata untuk setiap pelawanan adalah penting bagi Rodgers. Dan dia boleh mengharapkan pertahanan Liverpool untuk membantunya dalam meraih mata perlawanan.



                                      Kadangkala, sukan bola sepak ini sangat susah untuk difahami.. Setelah membayar £20juta untuk pertahanan Dejan Lovren, Liverpool dilihat sangat menagih pengalaman dan mengharapkan Lovren menjadi pertahanan yang kental dan membantu Liverpool secara total. Namun, apa yang diharapkan tidak kesampaian.

                                      Rodgers cuba untuk bermain 4 pertahanan dimana Lovren dilihat menjadi pertahanan tengah, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan lalu Rodger cuba untuk bermain hanya menggunakan 3 pertahanan di mana Emre Can diberi kepercayaan untuk membantu Skrtel.

                                      Apa yang menarik mengenai Can adalah keupayaan beliau membuat hantaran-hantaran dan kebolehan beliau berada dalam posisi pertahanan walaupun pada hakikatnya, posisi asal Emre Can adalah ditengah padang. Dan dengan keupayaan ini, banyak membantu pasukannya dalam membuat gerakan-gerakan dan hantaran-hantaran dalam membantu barisan tengah dan serangan.


                                      Selain Emre Can, Jordon Ibe juga memainkan peranan yang agak menarik. Kalau dilihat daripada posisi asal Ibe, mentaliti beliau lebih kepada menyerang. Namun, dengan posisi Ibe dibahagian kanan dilihat lebih kepada bertahan.

                                      Ibe dilihat sangat memahami posisi beliau dalam pasukan, walaupun dalam posisi bertahan, namun kebolehan beliau untuk menyerang sangat-sangat ditagih pasukan. Laju dan pantas, beliau boleh kembali dalam posisi bertahan apabila Liverpool diserang. Posisi yang jarang digunakan oleh mana-mana pasukan, namun Ibe dapat menyesuaikan perubahan yang diterapkan Rodgers. Sama seperti Lazar Markovic mahupun Alberto Moreno, pantas dalam menyerang dan boleh bertahan dengan baik apabila diserang lawan.


                                      Kini, Liverpool di tempat ke 6 liga. Hanya berbeza 2 mata untuk tempat ke 4 dan 10 mata untuk tempat ke 2 liga. Dengan momentum permainan Liverpool sebegini rupa, tidak mustahil, tempat 3 atau ke 4 liga dapat dikejar, secara rasionalnya..



                                      sumber: BBC


                                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                        Labels:

                                        Manny Pacquiao giat berlatih di Filipina

                                        The 36-year-old looks extremely focused as he takes a rest during a training session in the Philippines

                                        Perlawanan antara Manny Pacquiao menentang Floyd Mayweather telah pun termeterai. Perlawanan ini akan berlangsung pada 2 May 2015. Perlawanan yang paling mahal dan di tunggu-tunggu sepanjang abad oleh peminat tinju.

                                        Mayweather shared the signed contract for the fight via his Shots social media account last Friday

                                        Floyd Mayweather telah memuatnaik gambar tandatangan antara mereka setelah bersetuju dengan kontrak yang di berikan.


                                        Manny Pacquiao juga telah mengesahkan berita ini di laman Twitternya dan tidak sabar untuk menentang seterunya itu yang gilakan wang dan kemenangan.

                                        Manny Pacquaio stretches prior to a training session at a gym in General Santos City in Mindanao 

                                        Pacquiao was pictured training at the same gym on the southern island of Mindanao at the weekend 


                                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                          Labels: