Apabila Faizal Saari dalam masalah, siapa yang membantu? MHC?? KBS??

/
1 Comments

Faizal Saari, pemain kelahiran pantai timur yang berjaya mengharumkan nama Negara dikejohanan dunia di Singapura tempoh hari. Bagi aku, Faizal Saari nie memang star la, memang punya ego, dan bagi aku, ini biasa bagi seorang lelaki. Tak ada ego, bukan lelaki la namanya..

Tapi dalam kes Faizal Saari yang tidak hadir untuk kem latihan Negara, aku tengok, seolah-olah semua pihak macam marah kan dier, Iyerlah kan, mesti orang berbunyi, star memang suka buat perangai macam tue. Tapi, tak ada pun yang menceritakan apa masalah Faizal dan aku yakin, Faizal Saari tak akan berbuat perkara yang memalukan keluarganya dan dirinya sendiri melainkan Faizal betul-betul mempunyai masalah peribadi yang tak dia dapat ceritakan kepada umum.

Kita semua maklum, pada musim tengkujuh yang lalu, kawasan Pantai Timur dibadai teruk sehinggakan ramai yang mengalami kerugian dan kerosakan, malah ada juga yang kehilangan nyawa. Tidak terkecuali Faizal Saari yang mana keluarganya tinggal di Kelantan, Rantau Panjang.

Laporan akhbar tempoh hari ada menyiarkan mengenai kelibat Faizal Saari menjual kuih untuk membantu keluarganya yang terlibat dengan banjir tempoh hari. Seorang bintang hoki, wakil Malaysia, pemain yang ditabal sebagai MPV dalam kejohanan dunia di Singapore, tolong family jual kuih. So apa maknanya?

Ok.. kita flash back sikit, banjir, rumah rosak, pastu jual kuih. Jual kuih untuk apa? Untuk dapat duit kan. Duit untuk apa? Untuk memperbaiki kehidupan kan.. Dalam kes ini, kalaulah Faizal Saari seorang yang berduit, adakah dia perlu membantu keluarganya menjual kuih?

Mak aku dulu jual kuih, dan aku tahu, untung jual kuih nie bukan banyak mana pun. Kalau ada tempahan, barulah dapat lebih sikit. Kalau takat jual pagi-pagi, untung tue tidaklah seberapa, tapi memadai..

Aku tak pasti sama ada Faizal Saari ada masalah kewangan yang runcing atau tidak, yang aku pasti, mamat nie bukan mewah sangat pun. Pakai keta 2nd ja pun. Itu pun hilang tahun lepas, dan aku tak pasti, dah jumpa ker belum . Tapi last time aku dengar, kete dia hilang dekat Bukit Jalil.

Lepas tue, aku terbaca pula yang isteri adiknya yang mengalami masalah kesihatan yang adak teruk, tidak dipastikan pula sakit apa. Jadi, kalau korang la dalam situasi sebegitu rupa, rumah kat kampun grosak teruk, banyak peralatan rosak, isteri adik sakit, korang rasa, apa yang perlu diutamakan, latihan hoki dipadang atau keluarga dirumah?

Itu korang jawab sendiri… Ini apa yang aku baca, kalau dah dipanggil untuk wakil Negara, perlu bagi penghormatan…. Puih…. Time keluarga ada masalah, apa inisiatif yang diberikan.. Last-last kena usaha sendiri..

Dan semua ini, hanyalah tanggapan aku.. dan apa yang aku Nampak..korang, aku tak tahulah apa yang korang nampak, sebab apa yang diceritakan di media-media tempatan, taka da satupun yang menceritakan apa masalah Faizal Saari sebenarnya…


You may also like

1 comment:

aRz MoHa said...

kalau dalam masalah datang kiri dan kanan macam mana nak beri tumpuan?

MSN juga perlu beri bantuan dari segi kaunseling dan bantuan kewangan lain. Pemain yang bagus perlu dijaga

LightBlog