BAM hanya hantar satu wakil sahaja ke All England

Kejohanan badminton tertua di dunia, All England 2015 merupakan edisi ‘terburuk’ buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana tiada seor...

Kejohanan badminton tertua di dunia, All England 2015 merupakan edisi ‘terburuk’ buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana tiada seorang pun wakilnya beraksi dalam perseorangan lelaki, manakala cabaran beregu hanya dipikul satu pasangan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Bagaimanapun, badan badminton kebangsaan itu tetap berharap, ada sinar ditunjukkan pemain negara di Arena Tertutup Birmingham sepanjang kejohanan 3-8 Mac ini.

Hanya persembahan baik mampu memberi keceriaan kepada sukan badminton tanah air yang sedang melalui tempoh sukar, terutama dengan penggantungan Datuk Lee Chong Wei.
Advertisement

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengakui, penyertaan Malaysia di All England kali ini adalah yang paling ‘sepi’ kerana tidak menghantar ramai wakil seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Pada saya, penyertaan Malaysia dalam All England kali ini agak ‘sepi’. Seperti yang semua orang tahu, Chong Wei masih dalam penggantungan dan Chong Wei Feng pula mengalami kecederaan hingga terpaksa menarik diri pada saat akhir.

“Dua lagi wakil Malaysia (bukan pemain BAM, Mohd. Arif Latif dan Zulfadli Zulkifli) terpaksa mengharungi pusingan kelayakan sebelum mendapat tempat ke undian utama. Kita harap mereka ini mampu mencatat keputusan baik.

“Dengan ketiadaan Chong Wei dan mengambil kira kesukaran dalam perseorangan lelaki, kita mengharapkan beregu lelaki dan wanita dapat melakukan sesuatu di sana nanti.

“Saya sudah cakap kepada mereka supaya membawa cabaran All England dengan bersungguh-sungguh. Kita tidak mahu kehadiran wakil Malaysia seperti tidak dirasai sebab biasanya yang bawa kecemerlangan adalah Chong Wei.

“Walaupun mereka mengatakan V Shem baharu sembuh daripada kecederaan, namun setelah bercakap dengan Wee Kiong tadi, saya yakin mereka mampu menggalas cabaran,” kata Mohamad Norza kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai penampilan pemain bebas seperti Arif dan Zulfadli, Mohamad Norza berkata, tidak kira siapa pun mereka, maruah Malaysia harus diletak di tahap paling penting.

Cabaran Malaysia pada All England kali ini turut digalas dua beregu wanita yang semakin meningkat, Woon Khe Wei-Vivian Hoo dan juara Terbuka India, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho. Pasangan Crysvia Lim-Payee Lim pula beraksi dalam saingan kelayakan.

Malaysia turut memiliki wakil dalam beregu campuran, Tan Aik Quan-Lai Pei Jing yang beraksi dari pusingan kelayakan.

-UTUSAN

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    COMMENTS

    BLOGGER: 1
    Loading...
    Name

    Arbaie,5,Badminton,11,Basikal,1,Berita Merapu,67,Bola Sepak,1,Bundesliga,4,championleague,87,EPL,426,EPLfantasy,14,euro,1,EURO2016,4,FAM,26,harimaumalaya,95,Hoki,5,Iklan,2,info,65,jersi,3,Kedah,2,La Liga,6,Lain,165,Liga Super,9,Liga Super Malaysia,2,Liga super Malaysia 2015,1,Liga super Malaysia 2015 | Pahang | JDT,1,ligasuper,221,Malaysia,210,MotoGP,2,otherleague,194,pialamalaysia,17,ragbi,1,Santai,363,Selangor,1,Seman,20,Serie A,1,StyloAktiviti,3,styoshop,1,Transfer News,104,Trip to London,6,ultras Malaya | Bola Sepak,1,WCQ,2,World Cup 2014,182,
    ltr
    item
    Stylo Sport: BAM hanya hantar satu wakil sahaja ke All England
    BAM hanya hantar satu wakil sahaja ke All England
    http://4.bp.blogspot.com/-JgTsxWV5Qms/VO0gPOxG9mI/AAAAAAAAJPo/pxLs_LQF7s8/s1600/Goh%2BV%2BShem-Tan%2BWee%2BKiong.jpg
    http://4.bp.blogspot.com/-JgTsxWV5Qms/VO0gPOxG9mI/AAAAAAAAJPo/pxLs_LQF7s8/s72-c/Goh%2BV%2BShem-Tan%2BWee%2BKiong.jpg
    Stylo Sport
    http://stylosport.blogspot.com/2015/02/bam-hanya-hantar-satu-wakil-sahaja-ke.html
    http://stylosport.blogspot.com/
    http://stylosport.blogspot.com/
    http://stylosport.blogspot.com/2015/02/bam-hanya-hantar-satu-wakil-sahaja-ke.html
    true
    176535665452988984
    UTF-8
    Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy