Wednesday, February 25, 2015

FAM cadang wujud Liga Rakyat


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang mewujudkan Liga Rakyat dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain amatur dan muda di peringkat akar umbi.

Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata setiap daerah di negara ini, digalak menghantar sebuah pasukan bagi mewakili daerah masing-masing untuk bersaing dalam liga berkenaan.

“Saya berharap ini dapat mempopularkan bola sepak di daerah-daerah dan sama-sama kita dapat mencungkil banyak lagi pemain dalam kalangan amatur dan pemain muda dari daerah dan mukim,” katanya hari ini.

Tengku Abdullah ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan tajaan bas oleh Bank Rakyat kepada FAM di Menara Kembar Bank Rakyat di sini, hari ini.

Baginda, bagaimanapun tidak menerangkan secara terperinci konsep liga tersebut.

Tengku Abdullah berkata FAM kini sedang menunggu penajaan dalam merealisasikan usaha ‘merakyatkan sukan bola sepak’ di negara ini.

FAM, pada masa ini menganjurkan beberapa liga yang terdiri daripada tahap profesional dan separuh profesional seperti Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM manakala Liga Daerah-Daerah dianjurkan persatuan bola sepak daerah masing-masing.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget