Faizal Saari, Bintang Hoki Negara Tolong Keluarga Jual Kuih

"SAYA tidak berniat untuk 'hilang' dari kem latihan sejak 6 Februari lalu tetapi terpaksa berbuat demikian bagi menenangkan...


"SAYA tidak berniat untuk 'hilang' dari kem latihan sejak 6 Februari lalu tetapi terpaksa berbuat demikian bagi menenangkan fikiran ekoran pelbagai masalah yang saya hadapi."

Demikian pengakuan tonggak skuad hoki negara, Faizal Saari semalam sambil berharap segala masalah yang dihadapinya ketika ini selesai sebelum kembali menyertai latihan skuad negara pada Rabu depan.

Penyerang skuad yang mendapat jolokan The Speedy Tigers itu juga terpaksa membantu keluarganya berniaga dan mencuci kediaman rumah mereka di Rantau Panjang, Kelantan selepas dilanda banjir baru-baru ini.

"Memang saya nak kembali berlatih tetapi banyak sangat masalah yang dihadapi sekarang ini. Tak seronok kalau bermain tetapi kepala dibebani dengan seribu satu macam masalah. Saya bertindak demikian kerana mahu mencari ketenangan.

"Saya tengah berehat sekarang ini di kampung (Rantau Panjang, Kelantan). Saya bantu keluarga mencuci rumah, berniaga dan selesaikan beberapa perkara selepas banjir baru-baru ini.

"Biarlah semua masalah ini selesai dahulu dan tunggu sehingga saya berjumpa dengan Datuk Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara). Saya akan kembali melapor diri pada Rabu depan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Biarpun enggan mendedahkan masalah sebenar yang dialaminya ketika ini, namun penyerang berusia 24 tahun itu mengakui isteri kepada adiknya, Mohd. Fitri Saari yang juga hilang daripada kem skuad negara kerana mengalami masalah kesihatan teruk.

Misteri kehilangan dua tonggak skuad hoki negara itu mula menjadi perhatian selepas tidak kelihatan sepanjang sesi latihan sebaik berakhirnya kempen Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Singapura bulan lalu.

Mereka juga tidak beraksi dalam lima perlawanan persahabatan menentang Mesir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan Faizal Saari merajuk dengan Konfederasi Hoki Malaysia disebabkan kelewatan menjelaskan bayaran bonus tertunggak, namun ia dinafikan Setiausaha Kehormat badan induk itu, Datuk Mohd. Johari Abdul Aziz baru-baru ini.

"Bukan saya merajuk, cuma biar masalah ini selesai dahulu. Secara jujur saya memang nak bantu skuad hoki negara pada kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (di Belgium, Jun depan)," tambah Faizal.

Sumber : Kosmo

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

Arbaie,5,Badminton,11,Basikal,1,Berita Merapu,67,Bola Sepak,1,Bundesliga,4,championleague,87,EPL,426,EPLfantasy,14,euro,1,EURO2016,4,FAM,26,harimaumalaya,95,Hoki,5,Iklan,2,info,65,jersi,3,Kedah,2,La Liga,6,Lain,165,Liga Super,9,Liga Super Malaysia,2,Liga super Malaysia 2015,1,Liga super Malaysia 2015 | Pahang | JDT,1,ligasuper,221,Malaysia,210,MotoGP,2,otherleague,194,pialamalaysia,17,ragbi,1,Santai,363,Selangor,1,Seman,20,Serie A,1,StyloAktiviti,3,styoshop,1,Transfer News,104,Trip to London,6,ultras Malaya | Bola Sepak,1,WCQ,2,World Cup 2014,182,
ltr
item
Stylo Sport: Faizal Saari, Bintang Hoki Negara Tolong Keluarga Jual Kuih
Faizal Saari, Bintang Hoki Negara Tolong Keluarga Jual Kuih
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0220/Kosmo/Sukan/su_01.1.jpg
Stylo Sport
http://stylosport.blogspot.com/2015/02/faizal-saari-bintang-hoki-negara-tolong.html
http://stylosport.blogspot.com/
http://stylosport.blogspot.com/
http://stylosport.blogspot.com/2015/02/faizal-saari-bintang-hoki-negara-tolong.html
true
176535665452988984
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy