Wednesday, February 25, 2015

Kad merah semasa bermain badminton


Dalam usaha untuk meraih gelaran antarabangsa pertamanya di dalam perseorangan lelaki 2015 Austrian Open International Challenge di Wien, Austria, perseorangan lelaki Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin terpaksa gigit jari apabila kalah kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long di dalam 'rubber set' 14-21, 21-18 dan 21-19.

Namun disebalik kekalahan itu, timbulnya kontroversi akibat dari layangan kad merah ke atas Iskandar Zulkarnain Zainuddin.


Di dalam set ketiga, Iskandar berjaya menyamakan mata 19-19, sebelum Angus Ng Ka Long bertindak balas dengan memukul bulu tangkis ke bawah yang jauh ke dalam sudut kanan garisan Iskandar untuk meletakkan dirinya ke hadapan dengan 20-19. Iskandar kemudian cuba menenangkan dirinya ke bawah dengan mengikat tali kasutnya, tetapi pengadil melayangkan kad kuning serta-merta sebagai amaran melewatkan permainan. Selepas perbincangan ringkas dengan pengadil mengenai kad kuning, Iskandar pergi ke tepi gelanggang untuk mengesat peluh tanpa kebenaran daripada pengadil, dan telah dilayangkankan kad merah serta-merta oleh pengadil.

Angus Ng Ka Long telah diisytiharkan pemenang selepas perlawanan itu dibayangi oleh keputusan kontroversi daripada pengadil.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget