Friday, April 10, 2015

Maruah sukan Malaysia dalam bahaya..

 

Bagi aku, maruah sukan Malaysia sekarang dalam bahaya. Aku tak pasti, sama ada kita ada butang panik atau tidak untuk memperbaiki kedudukan kita dalam sukan yang biasanya kita hebat. Aku pun tak tahu, adakah sekarang nie musim yang mana, sukan-sukan popular semua semakin menjahanam.

Apa yang aku maksudkan, bukan sahaja prestasi bola sepak, malah prestasi badminton dan juga prestasi hoki kini bagai dalam bahaya. Dalam keadaan nie, baik kiranya, kita adakan Suruhanjaya Diraja atau RCI untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam sukan kita nie. Tak pun kita panggil Juru Audit negara untuk melakukan aduit menyeluruh bagi menyiasat apa yang sedang berlaku.

Korang ingat bab-bab politik sahaja ka kena ada RCI atau Suruhanjaya SIasatan Diraja, aku rasa sukan negara pun perlu ada benda-benda macam nie. Sebab apa? Sebab macam dah tak boleh buat apa dah sekarang nie.




Terkini, bola sepak Malaysia jatuh 11 anak tangga dan menghuni kedudukan ke 164. MEMALUKAN.... Apa nak jadi la dengan bola sepak sekrang nie. Lepas tue, hoki pulak. Kalah semalam dengan Korea. Main. Kekalahan ke tiga selepas menang dengan India. Dan, badminton pula. Dah bungkus dah semua, single ker, bergu ker, wanita ker, semua bungkus. BUNGKUS OOOI....

Gila la. Memang nak jahanam dah sukan Malaysia nie. Aku tensenn wooooi...


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget