Chelsea difahamkan telahpun membuat bidaan terhadap pemain tengah FC Tokyo, Yoshinori Muto, menurut president kelab tersebut. Malah terdapat laporan berkenaan pemain tersebut dan kelab EPL, Chelsea di dada-dada akhbar di Jepun malah media Sports Nippon mendakwa, kelab Chelsea telahpun membuat bidaan secara rasmi terhadap pemain itu pada bulan March yang lalu.
Kelab Chelsea yang mana pegurusnya iaitu Jose Mourinho telahpun membuat bidaan sebanyak £4 juta terhadap pemain FC tokyo tersebut, menurut ketua kelab FC Tokyo, Naoki Ogane.
"Memang benar yang kelab Chelsea telahpun membuat bidaan terhadap Muto" kata Ogane kepada Sports Nippon. "Bidaan tersebut dibuat secara rasmi dengan beberapa syarat. Apa yang pasti, mereka (Chelsea) mahu Muto berada di Chelsea mada musim panas ini"
Dalam masa yang sama, Muto masih lagi tidak dapat membuat keputusan mengenai situasi dan penghijrahan yang akan berlaku terhadap dirinya.
"Saya masih tidak dapat membuat keputusan lagi" katanya. "Apabila mendapat peluang sebegini, ia merupakan satu penghargaan kepada saya dari kelab yang hebat."
Sehingga sekarang, hanya 6 orang pemain Jepun pernah bermain di EPL – Junichi
Inamoto (Arsenal, Fulham, West Brom and Cardiff), Kazuyuki Toda (Tottenham Hotspur), Hidetoshi Nakata (Bolton Wanderers), Ryo Miyaichi (Arsenal, Bolton & Wigan), Shinji Kagawa (Manchester United) dan Maya Yoshida (Southampton).
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit