Friday, April 10, 2015

Mat Yo kembali ke tempat asal

Mat Yo ke Terengganu


Mat Yo ke Terengganu

Selepas berkelana hampir 17 tahun, penyerang kebangsa­an, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo akhirnya kembali menabur bakti di negeri kelahirannya, Terengganu.

Mat Yo ke TerengganuMeskipun kepulangan pemain berusia 29 tahun itu didakwa atas alasan peribadi, kelibat bekas penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap mengundang perhatian ramai.

Menurut anak kelahiran Besut, Terengganu itu, kali terakhir dia bersama Terengganu ialah ketika membarisi skuad bawah 12 tahun negeri pada tahun 1998 sebelum mengambil keputusan untuk berhij­rah.

“Sebenarnya, saya memutuskan untuk kembali ke Terengganu atas sebab peribadi dan ini telah dipersetujui sendiri oleh Sathia (jurulatih ATM, B. Sathianathan).

“Ini kali kedua saya beraksi bersama Terengganu dan saya harap saya dapat menyumbang sesuatu untuk pasukan selepas ini,” kata­nya.

Dia ditemui pemberita selepas majlis menadatangani kontrak bersama pasukan itu yang turut dihadiri oleh pengurus pasukan, Marzuki Sulong; ketua jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman.

Diacu dengan soalan berkaitan punca sebenar dia memilih Terengganu, Mat Yo tetap mempertahankan alasan awalnya iaitu disebabkan masalah peribadi dan menafikan penghijrahan itu disebabkan pergeseran dengan bekas majikannya iaitu ATM.

“Seperti yang saya beritahu tadi, ini lebih kepada masalah peribadi sahaja dan tak lebih daripada itu,” katanya yang berharap tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan selepas ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berharap kehadiran Mat Yo dapat mengukuhkan jentera serangan pasukan yang kini diterajui oleh Paolo Rangel, Issey Farran Nakajima dan Abdul Manaf Mamat.

“Dengan adanya Mat Yo, kita berharap bahagian serangan dapat dilonjakkan lagi.

“Kita sudah ada Issey yang boleh berlari dengan pantas dan Mat Yo yang boleh mengawal bola dengan baik. Ini penting kerana Terengganu kekurangan di situ (penyerang yang pandai menggelecek bola),” katanya.

Mat Yo akan menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad Penyu dan dijangka diturunkan dalam aksi menentang Felda United, Sabtu depan.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget