Thursday, April 9, 2015

AirAsia QPR Coaching Clinic penuhi impian empat pemain bola sepak muda.


Pemain terbaik dari jelajah QPR Coaching Clinic dari Thailand, Malaysia & China ke London bagi pengalaman sekali dalam seumur hidup bersama QPR

LONDON, 1 April 2015 – Empat pemain muda yang mengambil tempat dalam jelajah AirAsia QPR Coaching Clinics lewat tahun lepas telah ke London untuk menjalani latihan selama seminggu di Akademi QPR dan melawat stadium Loftus Road. Mereka juga berpeluang bertemu dan melihat pasukan utama QPR berlatih di London.


Pemain-pemain bola muda ini juga bertemu Chris Ramsey, Pengurus Pasukan QPR dan menjadi sebahagian dari barisan kawalan terhormat semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan Everton.


Berada dalam lingkungan umur 14-17 tahun, peminat sukan bola ini yang berasal dari Thailand, China dan Malaysia telah dipilih dari siri jelajah klinik latihan yang dianjurkan oleh AirAsia , bersama QPR in the Community Trust pada November 2014. Diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif QPR in the Community Trust, Andy Evans, empat orang jurulatih telah menyampaikan klinik latihan di bandar-bandar sekitar Asia; di Bangkok, Beijing, Guangzhou, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Sepanjang perlaksanaan program yang mempunyai misi memberi inspirasi dan mencari bakat bola sepak Asia ini pada peringkat akar umbi ini, telah memanfaat 435 orang golongan muda.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, “AirAsia berbangga untuk memenuhi impian pemain bola muda dari rantau ini dan dengan kerjasama bersama QPR in the Community Trust bagi memberi empat orang pemain bola muda ini pengalaman sekali dalam seumur hidup ke London selama seminggu. Adalah tujuan kami di AirAsia untuk sentiasa menyumbang semula kepada komuniti di mana kami beroperasi dengan memberi peluang kepada bakat muda yang tanpa platform seperti ini mungkin tidak akan dikenal pasti. Kami berharap pengalaman ini akan memberikan mereka pendedahan yang diperlukan untuk mengasah bakat dan pembangunan diri mereka.”

Andy Evans

Andy Evans, Ketua Pegawai Eksekutif QPR in the Community Trust berkata “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada AirAsia atas sokongan berterusan yang diberikan, di mana kami merasa bangga dapat berkerjasama sekali lagi tahun ini. AirAsia dan QPR berkongsi nilai yang sama dalam membangun bakat muda. AirAsia telah menyediakan platform bagi pemain muda di rantau ini untuk membangun kemahiran bola sepak mereka, seperti apa yang kami lakukan di QPR academy di Barat Kota London. Kami sangat teruja bagi menerima pemenang ini yang kami telah latih November lalu, dan meneruskan pengalaman yang sama di sini.”



Peserta jelajah klinik latihan bola sepak ini di telah diperkenalkan dengan latihan yang digunakan oleh para pemain kelab bola sepak professional bagi mengasah bakat dan prestasi di padang seperti manipulasi bola, teknik menghantar dan merembat dan pelbagai aspek taktikal permainan ini. Pemain-pemain ini diajar pelbagai teknik dan kemahiran dan bagaimana untuk melaksanakannya ketika perlawanan bola sepak yang sebenar.


AirAsia telah terlibat dengan pelbagai inisiatif pembangunan sukan bagi memberi manfaat kepada golongan muda, dengan memberi pelbagai peluang, menyediakan platform untuk mencapai kejayaan dan mengenal pasti kelebihan serta potensi diri. Lebih penting lagi, AirAsia telah membolehkan pelbagai atlit mengejar impian mereka untuk beraksi di tahap paling tinggi seperti Zulfahmi Khairuddin, pelumba MotoGP r dan pemain skuasy antarabangsa Low Wee Wern.

Ikuti perkembangan empat pemain muda ini melalui laman social AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia), dan juga laman www.qpr.co.uk bagi liputan AirAsia QPR Coaching Clinic ini.

Kumpulan AirAsia
Mengenai Kumpulan AirAsia AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah utama dan terbesar di Asia, menyediakan perkhidmatan rangkaian penerbangan terluas dengan 90 destinasi. Semenjak 13 tahun beroperasi, AirAsia telah menerbangkan 250 juta tetamu dan memperkembangkan barisan pesawatnya daripada dua ke lebih daripada 180. Ia kini bangga menjadi syarikat penerbangan Asean (Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara) yang sejati, dengan operasi yang berpusat di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India, menyediakan perkhidmatan ke jaringan penerbangan yang merangkumi semua negara Asean dan juga China, India dan Australia. AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia melalui kajiselidik tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax bagi enam tahun berturut-turut dari 2009 – 2014. AirAsia menjadi syarikat pernerbangan global pertama yang bekerjasama dengan INTERPOL untuk melaksanakan penggunaan sistem I-Checkit, bagi menyaring pasport para penumpang melalui perbandingan maklumat yang terkandung dalam pangkalan data Kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (Stolen and Lost Travel Documents: SLTD) badan polis dunia itu.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget