Thursday, April 9, 2015

Siapa sebenarnya Matthew Davies, pemain import Pahang.

 

Matthew Davies ini merupakan pemain terbaru Pahang. Menariknya mengenai Matthew Davies ini disebabkan taraf kewarganegaraan beliau. Apa tidaknya, apabila beliau pernah bermain dengan kelab Australia, Perth Glory dan dan mempunyai 19 cap dalam A-League. Tambahan pula ibunya berasal daripada Sabah.

Seperti Junior Eldstal dan Brendan Gan, Matthew Davies kini mempunyai taraf warganegara Malaysia (sepertimana yang dilaporkan oleh UTUSAN) dan sudah kedengaran ada bunyi-bunyi yang Matthew Davies berkemungkinan akan diserapkan dalam skuad kebangsaan.


Namun, itu semua masih lagi spekulasi malah Datuk Ong Kim Swee masih lagi belum memutuskan sama ada Matthew Davies layak untuk skuad kebangsaan atau tidak.


Kalau korang tanya pendapat aku, aku rasa awal lagi kot. Mamat nie baru sahaja menandatangai dengan Pahang. Kualiti beliau di pentas Malaysia masih lagi belum teruji. So, rileks la dulu. tengok dulu macam mana game mamat nie. Memang la Sukan Sea dah dekat, tapi tak semestinya Matthew nie main kan...



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget