Thursday, April 9, 2015

Jangan salah faham erti naturalisasi

Jangan salah faham erti naturalisasi

Malaysia bukan sebuah negara yang sewenang-wenangnya memberi kerakyatan kepada mana-mana pemain asing kecuali pemain berkenaan mempunyai pertalian darah dengan negara ini.

Matthew Davies

Pengendali skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, penyokong dan pemerhati bola sepak negara perlu diberi pemahaman yang jelas dalam isu ini kerana ramai menjangkakan kehadiran pemain-pemain seperti Junior Eldstal, Brendan Gan dan yang terbaharu, Matthew Davies, merupakan hasil naturalisasi semata-mata tanpa melihat latar belakang pemain berkenaan.

“Apabila kita sebut naturalisasi di sini, bukan bermakna kita membawa seseorang pemain luar dan memberi kerakyatan negara ini sewenang-wenangnya tanpa ada asas yang kukuh.

“Di sini, kita lihat dua pemain yang hadir sebelum ini iaitu Brendan, ayahnya berasal dari Negeri Sembilan manakala Junior pula ibunya dari Sabah, jadi setiap pemain ini ada pertalian dengan Malaysia.

“Yang terbaharu, Matthew juga ada kaitan dengan negara ini memandangkan ibunya berasal dari Sabah dan sekiranya mereka ingin bermain bersama pasukan negara, tiada masalah buat kami kerana situasi itu pasti beri kebaikan kepada bola sepak negara untuk jangka masa panjang.

“Saya harap selepas ini lebih banyak pihak membantu kita untuk mendapatkan maklumat pemain-pemain sebegini jika mereka masih ada di luar negara. Yang penting mereka ada kemahuan beraksi dengan kita,” katanya yang ditemui di Institut Sukan Negara (ISN) semalam.

Matthew yang berusia 20 tahun menjadi pemain kacukan ketiga, selepas Junior dan Brendan, apabila Pahang mengesahkan mereka berjaya menyelesaikan proses memohon kewarganegaraan Malaysia pemain itu pada minggu lalu, dan pemain yang dilahirkan di Australia itu bakal beraksi bersama skuad Tok Gajah selaku pemain tempatan.

Matthew Davies

Mengenai peluang Matthew untuk beraksi dalam skuadnya di Sukan SEA Singapura, Kim Swee berkata, masih terlalu awal untuk dia mengatakan bek kanan itu akan berada dalam senarai 30 pemain awal.

“Saya baharu dimaklumkan mengenai Matthew, jadi saya kena teliti terlebih dahulu ter­utamanya pendaftaran dia bersama Pahang dalam masa terdekat dan se­perti semua orang tahu, saya masih ada kuota seorang lagi pemain yang boleh didaf­tarkan.

“Tidak semestinya Matthew Da­vies, satu kekoso­ngan ini masih terbuka kepada pemain-pemain lain. Jika dia menunjukkan prestasi baik, dia pasti akan berada dalam perancangan.

“Maklumat yang saya dapat mengenai Matthew ialah dia bermain dengan Perth Glory dan ada 19 cap dalam A-League, satu liga yang lebih baik berbanding liga kita,” katanya.

Scott Ollerenshaw

Difahamkan, urusan Pahang membawa Matthew menjadi warganegara Malaysia bermula dua bulan lalu setelah diperkenalkan oleh bekas pemain Sabah, Scott Ollerenshaw dan dia sah menjadi warganegara negara ini pada minggu lalu.


p/s: ensem bak ang mamat ni. mesti ramai gegirl datang stadium lepas ni


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget