Monday, August 17, 2015

Terima Kasih Lee Chong Wei


Untuk kali ke 4 jaguh badminton negara Dato Lee Chong Wei gagal di pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta setelah tewas 14 - 21 di set pertama dan 17 - 21 di set kedua. Kita boleh tengok yang Chen Long berada dalam class tersendiri masa final tempoh hari dan LCW pulak macam biasa turun menggalas harapan atau kita boleh katakan beban secara berseorangan seperti biasa.

Permulaan permainan nampak meyakinkan dari pemain berstatus Dato ini, tapi tak sampai pertengahan set pertama LCW mula goyah dan hasil dia kita lihat Chen Long diberikan laluan atau mata mudah untuk menang set pertama.
Skrip sama terjadi pada permulaan set kedua namun dua pemain ni mempamerkan gerakan gerakan yang menghiburkan pada pertengahan pemainan dengan Chen Long yang banyak mengajak LCW bermain secara rally. Di hujung permainan LCW ada tunjuk sikit kebangkitan tapi Chen Long bermain lebih baik untuk merangkul Kejuaraan Dunia buat kali kedua berturut turut.

Macam mana pun pujian dan respect pada LCW yang kita tahu baru bangkit dari isu dopping sebelum ni dan boleh pergi sampai final selain minor injury dihadapi pada awal kejohanan ni.

Tapi yang masih menjadi persoalannya sekarang sampai bila kita nak gigit jari berputih mata di final kejohanan yang besar besar macam ni? Sampai bila LCW mesti pikul tugas keseorangan? Dan sampai bila bila lah lagu Negaraku takkan berkumandang setiap kali final Kejuaraan Dunia mahupun Olimpik. Apa pula rahsia pemain pemain China ni disebalik gaya pegang raket dihujung, atau adakah mereka sebenarnya dah siapkan 10 pengganti Lin Dan dan 10 lagi pengganti Chen Long untuk digunakan pada 50 lagi edisi Kejuaraan Dunia yang akan datang? Gigit jari lagi kita kalau macam tu.....


- Haniz Jefry

Labels:

Thursday, August 13, 2015

Lee Chong Wei, Zulfadli Terus Mara Ke Pusingan Ketiga Esok


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa mengharungi aksi sehingga ke rubber set sebelum memastikan kemaraannya bagi mengiringi Zulfadli Zulkiffli di pusingan ketiga Kejohanan Dunia, di Istora Senayan, di sini hari ini.

Chong Wei menempah tempatnya selepas menundukkan pemain Jerman, Marc Zweibler 21-14, 17-21, 21-8 dalam pertarungan sejam bagi melebarkan rekod pertemuannya dengan lawan itu kepada 11-0.

Selepas menang selesa di set pertama, Chong Wei hilang tumpuan di set berikutnya untuk membolehkan Zweibler mencuri set itu yang juga kali pertama dilakukannya dalam 11 pertemuan mereka sejak Mei 2009.

"Saya memang kurang fokus dalam set kedua dan terpaksa bertarung dalam tiga set tetapi kemudiannya saya mahu cepat tamatkan perlawanan set ketiga," katanya.

Chong Wei yang akan menentang pilihan kelapan, Wang Zhengming dari China di pusingan ketiga esok, mengakui dia perlu memperbaiki permainannya dengan memberi lebih fokus dalam setiap langkah lawan agar tidak lagi terheret dalam perlawanan yang panjang.

"Saya sememangnya berminat untuk berentap dengan Wang dan akan buktikan sesuatu esok," katanya yang menang dalam semua 13 pertemuan dengan pemain China itu yang kali terakhir ditemuinya di Terbuka Taiwan Julai lepas.

Terdahulu, juara remaja dunia 2011, Zulfadli berjaya mengenepikan pemain Ireland, Scott Evans 21-16, 21-13 bagi melangkah ke pusingan ketiga dan akan menentang Wei Nan dari Hong Kong.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata, semua perlawanannya di kejohanan ini adalah pengalaman terbaik buatnya kerana ini adalah penampilan sulungnya di kejohanan berprestij ini.

"Saya benar-benar bersyukur dengan kemenangan ini kerana berjaya melangkah ke pusingan seterusnya...Alhamdulillah," katanya.

Sementara itu, juara Sukan SEA, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho mara ke pusingan ketiga acara bergu wanita selepas menundukkan pilihan ke-16, Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-17, 21-14.

Di pusingan ketiga, mereka akan menentang pilihan utama, Misaki Matsumoto/Ayaka Takahashi dari Jepun yang sebelum itu menyekat laluan satu lagi pasangan negara, Joyce Choong/Yap Cheng Wen 21-10, 21-9.

Gandingan Lim Yin Loo/Lee Meng Yean turut kalah kepada pasangan tuan rumah yang juga pilihan kesembilan, Nitya Krishinda Maheswari/Gresya Poli 21-17, 13-21, 11-21.

--BERNAMA

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    Wednesday, May 6, 2015

    Chong Wei Feng atau Zulfadli Zulkifli bakal digugurkan?

    bam-berdepan-dilema
    Persatuan Badminton Malaysia BAM cuba menidakkan kemampuan 2 pemain, Chong Wei Feng dan Zulfadli Zulkifli untuk bertanding di Kejohanan Dunia di Jakarta Indonesia tidak lama lagi.
    Persatuan Badminton Malaysia BAM kini berdepan 'dilema' ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak selain cuba menidakkan kemampuan 2 pemain, Chong Wei Feng dan Zulfadli Zulkifli untuk bertanding di Kejohanan Dunia di Jakarta Indonesia tidak lama lagi.

    Atas dasar merit kedua - dua pemain itu layak mewakili negara berdasarkan pada ranking ke 31 (Wei Feng) dan 41 (Zulfadli) dunia. Namun BAM masih berura - ura dan bertegas mahu menyenaraikan Datuk Lee Chong Wei untuk beraksi dengan menggantikan salah seorang daripada pemain yang disebutkan.

    Umum mengetahui Chong Wei baru terlepas daripada hukuman selepas gagal ujian doping yang menyaksikan rankingnya jatuh, digantung 8 bulan sekaligus tersingkir daripada kelompok pemain - pemain terbaik untuk layak secara otomatik.

    Keputusan BAM, kiranya menggugurkan Wei Feng atau Zulfadli bekas juara remaja dunia itu bakal mengundang padah satu hari nanti!!

    Seharusnya BAM menghormati kedudukan kedua - dua pemain ini biarpun harapan untuk mereka menjadi juara adalah tipis. Terbaik mungkin yang mampu dilakukan oleh salah seorang pemain itu adalah layak ke suku akhir, bergantung kepada undian pula.

    Hairan, mengapa BAM dan Morten Frost terlalu berkeras mahu membuka laluan kepada Lee Chong Wei sedangkan bekas pemain nombor satu dunia itu pada saya tidak berada kedudukan 'mental' terbaik untuk bertanding.

    Pengurusan BAM dan Frost sendiri perlu membuka minda, berfikiran jauh dan berfikir dari luar kotak. 

    Tidak dinafikan Datuk Lee Chong Wei adalah pemain terhebat negara namun saya berpendapat BAM perlu sedikit tegas dengan 'membekukan' Chong Wei seketika daripada penyertaan ke kejohanan dunia selepas isu dopingnya itu. Jadikan keputusan ini sebagai satu pengajaran atau hukuman dalaman selain menunjukkan ketegasan BAM.

    Lee Chong Wei sudah bergelar naib juara dunia sebanyak 2 kali. Apakah BAM dan Frost rasa kehadirannya kali ini akan membawa kejayaan? Kiranya masih mahu bergantung harap kepada Chong Wei, bilakah pula pemain - pemain lain mahu merasai suasana dan pengalaman bermain pada kejohanan dunia. Sampai bila kita akan bergantung kepada Lee Chong Wei??

    Bukalah peluang kepada Wei Feng, Zulfadli atau mana - mana pemain lain untuk sama - sama beraksi di Kejohanan Dunia. 

    Saya juga berpendapat Lee Chong Wei perlu secara 'gentlemen' menolak tiket 'wild card' PBSI kerana yang lebih penting ketika ini adalah merencanakan satu lembaran baru dalam kariernya.

    Pemburuan tempat ke Sukan Olimpik Rio tahun depan serta kembali menguasai kedudukan pemain nombor satu dunia perlu dijadikan matlamat utama.

    Sebelum mengundur diri kali ini, harus saya ingatkan padah yang mungkin diterima adalah kehilangan seorang lagi tonggak yang bakal meninggalkan BAM kiranya badan induk itu bertegas mahu menggantikannya. 

    BAM dan Morten Frost sudah bermain api apabila mengetepikan Lai Pei Jing dan Tan Aik Quan dari skuad ke Piala Sudirman.

    Selamat Mencuba...Ma'as Salamah...

    - Zainal Abidin Rawop

    Labels:

    Arif bermain baik, lebih baik daripada sesetengah pemain BAM: Morten Frost Hansen


    Pemain bebas, Mohamad Arif Abdul Latiff adalah antara 20 pemain yang terpilih menganggotai skuad negara pada Sukan SEA di Singapura, Jun ini.

    Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata Mohamad Arif telah menampilkan prestasi memberangsangkan dalam acara perseorangan lelaki dalam kejohanan yang disertainya sejak Januari tahun ini.

    "(Pemilihan) ini menunjukkan saya bersikap terbuka. Saya mempertimbangkan bukan sahaja pemain BAM, malah pemain dari luar (BAM) juga. Jika mereka memiliki kualiti, mereka layak berada dalam pasukan.

    "Arif bermain baik, lebih baik daripada sesetengah pemain BAM bukan sahaja semasa pemilihan tetapi dalam beberapa kejohanan sejak Januari lepas," katanya kepada pemberita di pejabat BAM di Bukit Kiara di Kuala Lumpur, Selasa.

    Frost mengumumkan 20 pemain, yang masing-masing terdiri dari 10 pemain lelaki dan wanita pada temasya dwitahunan itu di Singapura.

    Selain Mohamad Arif, juga disenaraikan dalam acara perseorangan lelaki ialah Chong Wei Feng, Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

    Dalam kategori wanita, pemain yang terpilih ialah Tee Jing Yi, Ho Yen Mei, Lim Yin Fun dan pemain berusia 15 tahun Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita.

    "Kami memilih pemain muda, Goh Jin Wei. Beliau akan membuat penampilan sulung dalam pasukan senior kebangsaan dan saya teruja untuk melihat beliau beraksi dalam acara individu dan berpasukan," kata Frost.

    Sementara itu, dalam kategori beregu, Frost memilih Goh V Shem/Tan Wee Keong dan Teo Kok Siang/Mak Hee Chun untuk bersaing dalam acara beregu lelaki, manakala Vivian Hoo/Woon Khe Wei dan Amelia Anscelly/Soong Fie Cho akan beraksi dalam acara beregu wanita.

    Pasangan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing pula akan bersaing dalam acara beregu campuran.

    Mengulas mengenai sasaran pada Sukan SEA 2015, Frost optimis kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mampu memenangi pingat, manakala dalam acara individu, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya empat pemain mara ke perlawanan akhir.

    "Pada masa ini, kita perlu menerima hakikat bahawa tahap kita tidak terlalu tinggi, namun yang lebih penting, saya mahu mereka komited dan menampilkan prestasi yang baik.

    "Sudah semestinya saya mahu melihat komitmem mereka dalam usaha mencapai penghargaan kepada negara. Dan, sudah tentu untuk memenangi seberapa banyak pingat emas," katanya.

    Dalam perkembangan lain, Frost berkata BAM menyasarkan sekurang-kurangnya skuad negara mara ke suku akhir pada Piala Sudirman yang akan berlangsung di Dongguan, China dari 10 hingga 17 Mei.

    "Saya berharap skuad negara layak ke suku akhir," katanya.

    Chong Wei akan mengetuai cabaran negara pada Piala Sudirman bersama-sama Cheam June Wei dalam acara perseorangan lelaki; Tee Jing Yi dan Lim Yin Fun (perseorangan wanita); V Shem/Wee Kiong dan Teo Kok Siang/Mak Hee Chun (beregu lelaki); Vivian/Khe Wei dan Amelia/Fie Choo (beregu wanita) dan Chan Peng Soo/Goh Liu Ying dan Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan (beregu campuran).

    Malaysia diundi dalam Kumpulan 1D bersama-sama Korea Selatan dan India.

    --BERNAMA

    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Friday, April 17, 2015

      BAM Teruskan Sesi Perlawanan Simulasi Untuk Nilai Prestasi Pemain


      Pendekatan melalui perlawanan simulasi antara pemain akan diteruskan sebagai satu daripada platform untuk menilai prestasi pemain badminton perseorangan lelaki sebelum layak mendapat tempat dalam kejohanan.

      Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata perkara itu telah dibincangkan dengan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berikutan prestasi yang dipamerkan pemain ketika sesi pemilihan ke Kejohanan Piala Sudirman dan Sukan SEA yang dijalankan selama dua hari.

      "Setelah dua hari sesi pemilihan ini, apa yang diperolehi, selain mendapat pemain yang akan dipilih, kita juga dapat lihat pemain bermain bersungguh-sungguh, kalah atau menang itu jatuh kemudian.

      "Pemain dari luar, seperti Arif (Mohammad Arif Abdul Latif) dan Chun Seang (Tan Chun Seang) turut menunjukkan permainan yang kompetitif. Pemain yang muda-muda juga mencuba yang terbaik untuk kalahkan pemain senior," katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

      Menurut jurulatih dari Indonesia itu, pendekatan melalui perlawanan simulasi dapat membantu persediaan skuad negara dalam usaha mempersiapkan pemain pelapis dalam acara perseorangan lelaki.

      Sebanyak 14 pemain perseorangan lelaki termasuk dua pemain dari kelab iaitu Mohammad Arif dan Chun Seang menghadiri sesi pemilihan bagi membentuk skuad negara ke Piala Sudirman di China, bulan depan dan Sukan SEA di Singapura, Jun ini.

      Pada pertemuan terakhir hari ini, pemain di bawah naungan BAM iaitu Liew Daren dan Chong Wei Feng menepati sasaran apabila menewaskan lawan masing-masing.

      Daren menewaskan Chun Seang 21-17 dan 21-16 manakala Wei Feng pula menewaskan Mohammad Arif 21-18 dan 21-10.

      Namun, Hendrawan berkata kejayaan yang diperolehi hari ini bukan penentuan muktamad sebaliknya pemain masih perlu memenuhi beberapa kriteria lain yang ditetapkan oleh Pengarah Teknikal BAM.

      "Ini salah satu markah. Selain itu, Frost juga melihat kesungguhan pemain sama ada mereka sudah mencuba yang terbaik atau tidak, di samping dari segi kecergasan, fizikal, pencapaian sebelum atau terbaik dan bagaimana pemain memberi sumbangan dalam pasukan," katanya.

      Mengenai persediaan pemain ke Piala Sudirman, Hendrawan berkata beliau dan Frost sudah mempunyai bayangan pemain yang berjaya mencuri tumpuan namun masih menanti keputusan pendengaran kes doping Datuk Lee Chong Wei.

      Bagaimanapun, beliau dan Frost sependapat untuk menggabungkan tenaga senior dan pemain muda sebagai persediaan kepada pemain pelapis untuk memikul cabaran negara selepas beberapa pemain bersara kelak.

      "Kita harus siap pemain muda supaya mendapat peluang menerusi kombinasi pemain dalam satu-satu pertandingan," katanya.

      Sementara itu, Wei Feng berkata beliau selesa dengan sesi pemilihan selama dua hari yang diadakan oleh BAM itu kerana memberi peluang mengenal pasti serta memperbaiki kelemahan yang dilakukan ketika perlawanan dengan pemain yang berbeza-beza.

      "Saya puas hati dengan keadaan saya dari satu perlawanan ke perlawanan lain. Pada perlawanan awal, saya berdepan Sateish (R.Sateishtharan) permainan saya agak goyang lagi, dan diperbaiki ketika bertemu Iskandar (Iskandar Zulkarnain Zainuddin) dan hari ini dengan Arif, saya rasa lebih baik.

      "Saya sudah perbaiki dari segi kawalan gelanggang dan pertahanan juga sudah dapat rentak, sebab sebelum ini saya banyak buat serangan sahaja kerana masih cedera ketika itu," katanya yang kini hampir pulih sepenuhnya daripada kecederaan di peha kanan.

      Daren pula berpuas hati dengan prestasi permainan beliau setelah berjaya melepasi salah satu 'kayu pengukur' yang ditetapkan BAM bagi memilih pemain perseorangan lelaki ke dua kejohanan besar itu.

      "Sudah tentu saya mahu mewakili negara ke Piala Sudirman dan Sukan SEA jika berpeluang. Saya rasa latihan yang dibuat juga bagus dan cergas untuk menyertai kejohanan itu," katanya.

      -- BERNAMA

      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Thursday, April 16, 2015

        Arif Dapat 'Seru' Kembali Sertai Sesi Pemilihan BAM


        Pemain kelab, Mohammad Arif Abdul Latif terpanggil menyertai sesi pemilihan pemain ke Kejohanan Badminton Piala Sudirman dan Sukan SEA di Singapura berikutan ia lebih telus.

        Mohammad Arif, yang kini turut mendapat tunjuk ajar daripada bekas jurulatih kebangsaan Rashid Sidek, berkata kesudian menerima tawaran daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu kerana dikhabarkan bahawa semua pemain yang dipanggil perlu bersaing antara satu sama lain bagi merebut slot ke kejohanan berkenaan.

        "Kalau dijalankan macam ini, memang adalah adil bagi saya mungkin kurang puas hati dengan kumpulan tapi itu tidak menjadi masalah, yang penting semua pemain main dan di situ kita dapat berikan sesuatu," katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Rabu.

        Mohammad Arif diundi dalam kumpulan A bersama dengan tiga pemain di bawah naungan BAM iaitu Chong Wei Feng, R. Satheishtharan dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam sesi pemilihan yang turut melibatkan 10 lagi pemain perseorangan lelaki serta tujuh pemain perseorangan wanita.

        Mohamad Arif sebelum ini pernah meninggalkan sesi pemilihan skuad Piala Thomas tahun lepas berikutan tidak puas hati dengan cara BAM mengendali sesi berkenaan.

        Pada sesi yang bermula hari ini dan berakhir esok, seorang lagi pemain perseorangan lelaki dari kelab yang turut dipanggil ialah Tan Chun Seang dan pemain perseorangan wanita S. Sannatasah.

        Pemain di bawah naungan BAM yang lain adalah Liew Daren, Goh Soon Huat, Cheam June Wei, Soo Teck Zhi, Nur Mohd Azriyn Ayub, Chong Yee Han, Soong Joo Ven, Tan Kian Meng dan Lim Chi Wing.

        Pemain wanita pula terdiri daripada Goh Jin Wei, Lim Yin Fun, Lee Zii Yii, Ho Yen Mei, Tee Jing Yi dan Lim Chiew Sien.

        Mengikut format sesi pemilihan BAM, 14 pemain lelaki dibahagikan kepada empat kumpulan manakala pemain wanita dibahagi kepada dua kumpulan dan setiap pemain perlu menghadapi tiga perlawanan.

        Ditanya mengenai peluang beliau pada pemilihan kali ini, pemain berusia 25 tahun itu berkata peluang adalah seimbang dan beliau akan berdepan Wei Feng pada perlawanan penentuan kumpulan A, Khamis.

        Mohamad Arif, yang juga mendapat khidmat jurulatih Indonesia, Nova Armada turut menyimpan impian untuk kembali beraksi di pentas Sukan SEA selepas kali terakhir berbuat demikian pada temasya 2011 di Indonesia, menyaksikan pasukan negara meraih pingat perak selepas tewas 1-3 kepada tuan rumah.

        "Kalau ikutkan ranking semasa, mungkin saya boleh terpilih. Saya ada dua lagi kejohanan Terbuka Australia dan New Zealand. Harap dapat tunjukkan sesuatu yang membolehkan saya berpeluang lebih cerah untuk terpilih," katanya.

        -- BERNAMA


        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels:

          Monday, April 13, 2015

          Antara Lee Chong Wei, Badminton dan Malaysia


          Aku sebenarnya hairan kenapa kes Lee Chong Wei ini sangat-sangat diutamakan dan sangat-sangat mendapat perhatian terutamanya dari pihak BAM mahupun dari menteri belia dan sukan, KJ itu sendiri. Jawapan yang seringkali diucapkan adalah bagi memastikan Lee Chong Wei layak ke sukan Olimpik di Brazil 2016. Sebenarnya, aku tak berapa yakin sangat dengan jawapan tue.

          Korang cuba selami apa yang berlaku dalam badminton Malaysia kebelakangai. Terbuka Malaysia, bungkus. Terbuka Singapura, tersungkur. Nanti kejohanan dunia kat Indonesia, agak-agak apa yang akan berlaku. Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu, tapi bukan dari Lee Chong Wei, tetapi dari pemain-pemain yang lain.

          Terkesan dengan fenomena yang aku sebut tadi, tak hairanlah apabila BAM memberikan tekanan yang agak drastik dan agak tegas kepada pemain-pemain, malah kepada jurulatih. Malah kedengaran, KPI-KPI yang ditetapkan oleh BAM yang tidak dapat dipenuhi dengan cemerlang, maka mereka ini digugurkan.

          Tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam BAM, tapi apa yang kita boleh lihat, beberapa pemain yang hebat meninggalkan BAM. Malah, ada jurulatih meninggalkan BAM. Alasan, tekanan daripada pihak pengurusan. Entah betul, entah tidak, tidak dapat dipastikan. Mungkin ada isu lain, kita tak tahu. Apa yang kita tahu, mereka-mereka ini lari, meninggalkan BAM dan menyertai kelab-kelab profesional lain. Bagi aku, KPI-KPI yang diceritakan tadi hanyalah alasan, dan berkemungkinan besar, ada isu lain yang menyebabkan pemain-pemain dan jurulatih meninggalkan BAM.

          Berbalik kepada isu Lee Chong Wei. Sebutan kes yang berlansung di Amsterdam sudahpun berlalu, malah Lee Chong Wei dikatakan lebih tenang selepas apa yang berlaku. Chong Wei dilihat akan mula berlatih untuk mempersiapkan dirinya bagi menghadapi kejohanan akan datang. Soalan aku, kenapa penting sangat menumpukan sepenuhnya kepada Lee Chong Wei? Adakah sekadar mengharapkan Lee Chong Wei SAHAJA mewakili Malaysia untuk kejohanan dunia. Bagaimana pemain-pemain lain selain yang berada di dalam BAM. Dan soalan aku yang paling penting, kenapa BAM, sebagai badan yang mengelola badminton Malaysia tidak menitikberatkan pemain-pemain dari kelab profesinal lain untuk kejohanan-kejohanan dunia??

          Ini semua politik semata-mata. Daripada kaca mata aku, yang hanya membaca berdasarkan laporan-laporan akhbar, media-media elektronik, aku hanyalah kerdil. Menyatakan pendapat aku dalam blog aku yang picisan ini, tapi tak bermakna aku tak sayangkan Malaysia. Kalau ini berlanjutan, maka badminton Malaysia akan sampai disuatu tahap yang mana kita tidak lagi boleh bersaing di pentas dunia.

          Kalau betul, BAM ikhlas membangunkan badminton Malaysia, dan tidak hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata, maka kita tidak akan ketandusan pemain-pemain muda. Malah, negara-negara Eropah mula mengukir nama dipersana dunia. Jangan dilupa, pemain-pemain daripada India. pemain perseorangan India Saina Nehwal berjaya menjadi pemain no 1 dunia. Come on la Malaysia. India pun sudah melakar nama di carta BWF sana.

          Macam aku cakap tadi, ini hanya retorik politik semata-mata. Mahu Malaysia berapa di persada dunia dan hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata. Umur pun dah meningkat tua. Sepatutnya, Lee Chong Wei sudahpun mempunyai anak didik nya sendiri bagi meneruskan legasi badminton. Dan sepatutnya kita sudahpun mempunyai Lee Chong Wei ke 2, juara dunia yang baru, tetapi apa yang berlaku, hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata.

          Aku mengharapkan keputusan doping Lee Chong Wei memihak kepadanya. Tetapi, aku tidak mengharapkan Lee Chong Wei membawa harapan Malaysia ke persada dunia. Bagilah pula pemain-pemain lain untuk menggalas harapan negara di peta dunia. Dan ikhlas dari aku, sepatutnya Lee Chong Wei bersara terus dari badminton kerana aku yakin, beliau mempunyai formula untuk melahirkan pemain-pemain yang berwibawa sepertinya. Dan aku yakin, sekiranya dia bersara, barulah 'orang-orang politik' tahu, di mana kepentingan maruah negara.

          Kepada ahli politik-politik dalam sukan badminton Malaysia nie, tolong lah, pergi jauh-jauh. Kamu semua memalukan Malaysia sebenarnya...


          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Thursday, April 2, 2015

            India unggul dalam Ranking terbaru BWF wanita. Malaysia???


            Semakin hari, Malaysia semakin kebelakang. Siri Super kat Malaysia, tiada wakil Malaysia manakala India mula semakin meningkat naik prestasinya. Aku tak tahu la apa nak jadi dengan prestasi pemain-pemain negara sekarang nie, dan aku merasakan, mungkin mereka terkesan disebabkan GST kot.. Aku rasa ja.

            hahahhaha..

            Apa yang menarik, India, kini berada di kelompok elite malah di tempat pertama dalam ranking terbaru wanita di dunia. Malaysia, erm.... korang tengok sendiri la dan buat nilaian... Apa yang aku boleh cakap, 'awk kat mana, awak kat mana'

            hahahahha...


            Pemain wanita perseorangan India, Saina Nehwal teruja melihat namanya tertera sebagai pemain ranking nombor satu dunia apabila Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai ranking terbaru, Khamis.
            Saina muncul wanita pertama negara itu menduduki ranking nombor satu dunia dalam sejarah sukan badminton selepas menjuarai Kejohanan Terbuka India di New Delhi, Ahad lepas.

            Pemain berusia 25 tahun itu menjuarai gelaran itu selepas mengalahkan bekas juara dunia, Ratchanol Intanon dari Thailand dengan keputusan staright set 21-16 dan 21-14 pada final.

            Sebelum final, Saina sudah mencapai status nombor satu dunia apabila mengalahkan pemain Jepun, Yui Hashimoto 21-15 dan 21-11 pada perlawanan separuh akhir.

            Saina merupakan pemain badmiton kedua India dinobatkan sebagai jaguh nombor satu dunia selepas pencapaian Prakash Padukone dalam kategori lelaki pada 1986.

            "Saya tidak begitu memikirkan ranking nombor satu dunia semasa Terbuka India. Saya hanya memikirkan gelaran Terbuka India apabila layak ke final buat julung kali selepas empat tahun," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur, Rabu.

            "Dia India, sukan kriket begitu popular...dan saya tidak dapat bayangkan apabila stadium badminton penuh dengan penonton yang hebat dan memenangi kejuaraan hadapan mereka adalah satu pencapaian bermakna sekali," katanya.

            Saina, yang menyifatkan prestasi semasa yang konsisten itu sebagai impian luar dugaan, membuka langkah kanan dengan menewaskan pemain Indonesia, Maria Febe Kusumastuti 21-13, 21-16 dalam masa 37 minit.

            Beliau akan meneruskan saingan pusingan kedua dengan menentang pemenang pusingan kelayakan, Yao Xue dari China yang sebelum itu mengalahkan pemain Thailand, Busanan Ongbumrungpan 21-11, 11-21 dan 21-15.

            Selain Saina, wakil India yang melepasi pusingan pertama ialah pemain perseorangan lelaki iaitu juara Terbuka India, K. Srikanth yang mengalahkan pemain England, Rajiv Ouseph 21-10, 15-21, 24-22.

            Parupalli Kashyap mengalahkan pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun (21-15, 11-21, 21-14) dan H.S.Prannoy yang mengalahkan Scott Evans dari Ireland dengan 22-20 dan 21-18.

            --BERNAMA

            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Malaysia tiada wakil perseorangan lelaki di Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2015


              Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2015 yang sedang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil menjadi satu lagi mimpi ngeri buat skuad kebangsaan apabila buat kali pertama dalam sejarah penganjurannya tiada wakil perseorangan lelaki daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) layak ke dalam senarai undian utama.

              Chong Wei Feng, Liew Daren dan Goh Soon Huat nyata gagal memberikan saingan apabila mereka tersingkir di peringkat kelayakan tetapi bekas juara remaja dunia Zulfadli Zulkiffli menjadi penyelamat maruah negara buat seketika apabila melangkah ke undian utama sebelum tersingkir di pusingan pertama.

              Ketiadaan jaguh badminton negara yang juga juara 10 kali Terbuka Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dalam edisi kali ini nyata memberi kesan besar sekali gus membuktikan tanggungjawab yang digalas­nya selama ini tidak mampu untuk dipikul oleh mana-mana pemain perseorangan lelaki lain.

              Meskipun senario seperti ini sudah dijangka, terutama selepas kegagalan skuad kebangsaan di kejohanan Siri Super Premier All England, BAM seharusnya sudah memiliki pelan perubahan kerana pada ketika ini hanya perubahan radikal sahaja yang dilihat mampu menyelamatkan sukan badminton negara yang semakin merudum.

              Juara dua kali Terbuka Malaysia (1996, 2001), Ong Ewe Hock menyifatkan ketiadaan wakil dalam acara perseorangan lelaki dalam kejohanan yang berlangsung di tempat sendiri merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima meskipun pada hakikatnya trend kejatuhan ini sudah mula kelihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

              Kehadiran Morten Frost Hansen selaku Pengarah Teknikal dilihat menghidupkan semula peluang negara untuk kembali menjadi antara negara yang digeruni tetapi memerlukan masa untuk direalisasikan.

              “Trend kejatuhan ini sudah nampak sejak dua tiga tahun lalu dan adalah fakta yang tidak boleh dinafikan,” katanya.

              Bekas pemain kebangsaan berusia 43 tahun itu menjelaskan ada beberapa perkara yang boleh diberikan perhatian sekiranya BAM ingin melakukan perubahan, antaranya memberikan ruang kepada bekas-bekas pemain kebangsaan untuk terlibat dalam merangka program latihan bersesuaian.

              “BAM boleh menjemput bekas pemain seperti saya untuk terlibat di dalam jawatankuasa kejurulatihan bagi memberikan pandangan kerana kami semua pernah melalui fasa selaku pemain selain mengetahui apa yang diperlukan,” katanya.

              Selain mengekalkan program untuk barisan pemain senior, BAM perlu menghantar para pemain muda untuk menyertai lebih ba­nyak kejohanan agar memberikan mereka lebih banyak pengalaman dan dapat membantu mematangkan corak permainan mereka.

              Ewe Hock memberitahu, mereka perlu dihantar lebih kerap dan pada masa sama menilai semula persembahan mereka selepas setiap kejohanan untuk tujuan penambahbaikan sebelum dihantar menyertai kejohanan lain.

              “Pemain seperti Goh Jin Wei (juara termuda perseorangan wanita sirkit kebangsaan) perlu kerap dihantar menyertai kejohanan dan bukannya disimpan atas alasan terlalu muda untuk beraksi dalam kejohanan-kejohanan besar.

              “Jangan dalam tempoh setahun hanya hantar dua atau tiga kejohanan sahaja, kerana kebanyakan negara lain memberi ruang kepada pemain muda dan hasilnya sema­kin ketara. Hanya kita sahaja ber­ada di takuk lama dan makin teruk.

              “Jangan pula setiap kali hantar pemain muda untuk beraksi mahu dia menang sebab sekarang ini keadaan kritikal, kalau hantar mana-mana pemain pun belum tentu menang,” katanya.

              Dia juga menggesa agar BAM memberi perhatian serius terhadap semua aspek termasuk dari segi kejurulatihan dan pengurusan sekiranya mereka benar-benar mahu mengubah perkara ini selain membuka ruang untuk sebarang pandangan serta kritikan yang membina demi kebaikan sukan itu.

              “Buka ruang untuk orang berikan kritikan, pandangan dan bukan tutup pintu untuk perkara se­perti ini. Sekarang ini orang nak beri nasihat tetapi tidak mahu dengar,” katanya.

              Sebelum ini, anggota skuad juara Piala Thomas 1992, Kwan Yoke Meng turut menyuarakan kebimbangannya terhadap situasi sukan badminton negara dan berharap pemain muda akan diberikan lebih ruang untuk menimba pengalaman.

              Dia memberitahu, kebanyakan pemain sekarang seolah-olah berada dalam zon selesa kerana kurang persaingan tetapi perkara ini tidak akan berlaku sekiranya mereka diberikan tekanan dan perebutan tempat untuk berada dalam skuad kebangsaan.

              “Kita memiliki barisan pemain muda yang bagus dan mereka seharusnya diberikan lebih peluang untuk menyertai kejohanan besar bagi mencari pengalaman,” kata­nya.

              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels:

                Monday, March 9, 2015

                Keputusan penuh Kejohanan All England 2015

                Juara perseorangan All England, Chen Long

                Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan All England 2015

                Perseorangan lelaki
                Chen Long (CHN x1) mn Jan Jorgensen (DEN x2) 25-21, 21-17, 21-15
                Perseorangan wanita
                Carolina Marin (ESP x6) mn Saina Nehwal (IND x3) 16-21, 21-14, 21-7
                Beregu lelaki
                Mathias Boe/Carsten Mogensen (DEN x2) mn Fu Haifeng/Zhang Nan (CHN) 21-17, 22-20
                Beregu wanita
                Bao Yixin/Tang Yuanting (CHN x8) mn Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN x5) 21-14, 21-14
                Beregu campuran
                Zhang Nan/Zhao Yunlei (CHN x1) mn Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (INA x4) ) 21-10, 21-10


                 Perseorangan wanita
                Carolina Marin (ESP x6) mn Saina Nehwal (IND x3) 16-21, 21-14, 21-7

                 Beregu lelaki
                Mathias Boe/Carsten Mogensen (DEN x2) mn Fu Haifeng/Zhang Nan (CHN) 21-17, 22-20


                Beregu wanita
                Bao Yixin/Tang Yuanting (CHN x8) mn Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN x5) 21-14, 21-14





                Beregu campuranZhang Nan/Zhao Yunlei (CHN x1) mn Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (INA x4) ) 21-10, 21-10


                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                  Labels:

                  Punca sebenar Tan Boon Heong tinggalkan BAM

                  Tan Boon Heong kecewa dengan BAM

                  Tan Boon Heong akui punca peletakan jawatannya daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rabu lalu disebabkan sudah tidak mempunyai gandingan tetap.

                  Pemain beregu lelaki negara itu berkata, meninggalkan badan induk berkenaan adalah jalan terbaik buat diri dan masa depan kerjayanya.

                  "Saya kecewa kerana sudah tiada lagi gandingan. Saya sendiri tidak pasti dengan siapa lagi saya boleh bergandingan jika kekal bersama BAM.

                  "Sebab itu, saya buat keputusan ini. Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua pemain yang masih ada dalam BAM," kata Boon Heong ketika dihubungi.

                  Masa depan Boon Heong, 28, bersama BAM mula suram selepas gandingannya selama tujuh tahun setengah, Koo Kien Keat membuat keputusan meninggalkan badan induk itu Februari tahun lalu. 

                  Keputusan Kien Keat menyaksikan Boon Heong tidak mempunyai gandingan tetap. Dia digandingkan bersama Hoon Thien How dan Ow Yao Han, namun kedua-dua kombinasi berkenaan gagal menghasilkan keputusan cemerlang di pentas antarabangsa. 

                  Lebih malang, Thien How lebih dulu meninggalkan BAM bersama seorang lagi pemain beregu, Lim Khim Wah apabila menghantar surat peletakan jawatan kepada badan induk berkenaan, bulan lalu. 

                  Mengulas lanjut mengenai perancangannya selepas ini, Boon Heong kemungkinan besar bergerak secara profesional dan mengakui ada menerima tawaran daripada penaja untuk menggandingkan dia dan Kien Keat semula. 

                  "Saya belum buat keputusan lagi mengenai perkara ini (kembali bergandingan dengan Kien Keat) tetapi memang ada tawaran untuk kami bergandingan semula. 

                  "Saya perlu masa untuk berfikir sebelum buat keputusan. Buat masa sekarang saya mahu berehat dulu," kata Boon Heong. 

                  Sepanjang bersama Kien Keat-Boon Heong, bekas pasangan nombor satu dunia itu merangkul dua gelaran utama iaitu pingat emas Sukan Asia 2006 dan kejuaraan Seluruh England 2007. Mereka juga hampir meraih gelaran juara dunia pada tahun 2010 di Paris, Perancis sebelum sekadar muncul naib juara. 


                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                    Labels: