Monday, April 13, 2015

Antara Lee Chong Wei, Badminton dan Malaysia


Aku sebenarnya hairan kenapa kes Lee Chong Wei ini sangat-sangat diutamakan dan sangat-sangat mendapat perhatian terutamanya dari pihak BAM mahupun dari menteri belia dan sukan, KJ itu sendiri. Jawapan yang seringkali diucapkan adalah bagi memastikan Lee Chong Wei layak ke sukan Olimpik di Brazil 2016. Sebenarnya, aku tak berapa yakin sangat dengan jawapan tue.

Korang cuba selami apa yang berlaku dalam badminton Malaysia kebelakangai. Terbuka Malaysia, bungkus. Terbuka Singapura, tersungkur. Nanti kejohanan dunia kat Indonesia, agak-agak apa yang akan berlaku. Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu, tapi bukan dari Lee Chong Wei, tetapi dari pemain-pemain yang lain.

Terkesan dengan fenomena yang aku sebut tadi, tak hairanlah apabila BAM memberikan tekanan yang agak drastik dan agak tegas kepada pemain-pemain, malah kepada jurulatih. Malah kedengaran, KPI-KPI yang ditetapkan oleh BAM yang tidak dapat dipenuhi dengan cemerlang, maka mereka ini digugurkan.

Tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam BAM, tapi apa yang kita boleh lihat, beberapa pemain yang hebat meninggalkan BAM. Malah, ada jurulatih meninggalkan BAM. Alasan, tekanan daripada pihak pengurusan. Entah betul, entah tidak, tidak dapat dipastikan. Mungkin ada isu lain, kita tak tahu. Apa yang kita tahu, mereka-mereka ini lari, meninggalkan BAM dan menyertai kelab-kelab profesional lain. Bagi aku, KPI-KPI yang diceritakan tadi hanyalah alasan, dan berkemungkinan besar, ada isu lain yang menyebabkan pemain-pemain dan jurulatih meninggalkan BAM.

Berbalik kepada isu Lee Chong Wei. Sebutan kes yang berlansung di Amsterdam sudahpun berlalu, malah Lee Chong Wei dikatakan lebih tenang selepas apa yang berlaku. Chong Wei dilihat akan mula berlatih untuk mempersiapkan dirinya bagi menghadapi kejohanan akan datang. Soalan aku, kenapa penting sangat menumpukan sepenuhnya kepada Lee Chong Wei? Adakah sekadar mengharapkan Lee Chong Wei SAHAJA mewakili Malaysia untuk kejohanan dunia. Bagaimana pemain-pemain lain selain yang berada di dalam BAM. Dan soalan aku yang paling penting, kenapa BAM, sebagai badan yang mengelola badminton Malaysia tidak menitikberatkan pemain-pemain dari kelab profesinal lain untuk kejohanan-kejohanan dunia??

Ini semua politik semata-mata. Daripada kaca mata aku, yang hanya membaca berdasarkan laporan-laporan akhbar, media-media elektronik, aku hanyalah kerdil. Menyatakan pendapat aku dalam blog aku yang picisan ini, tapi tak bermakna aku tak sayangkan Malaysia. Kalau ini berlanjutan, maka badminton Malaysia akan sampai disuatu tahap yang mana kita tidak lagi boleh bersaing di pentas dunia.

Kalau betul, BAM ikhlas membangunkan badminton Malaysia, dan tidak hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata, maka kita tidak akan ketandusan pemain-pemain muda. Malah, negara-negara Eropah mula mengukir nama dipersana dunia. Jangan dilupa, pemain-pemain daripada India. pemain perseorangan India Saina Nehwal berjaya menjadi pemain no 1 dunia. Come on la Malaysia. India pun sudah melakar nama di carta BWF sana.

Macam aku cakap tadi, ini hanya retorik politik semata-mata. Mahu Malaysia berapa di persada dunia dan hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata. Umur pun dah meningkat tua. Sepatutnya, Lee Chong Wei sudahpun mempunyai anak didik nya sendiri bagi meneruskan legasi badminton. Dan sepatutnya kita sudahpun mempunyai Lee Chong Wei ke 2, juara dunia yang baru, tetapi apa yang berlaku, hanya mengharapkan Lee Chong Wei semata-mata.

Aku mengharapkan keputusan doping Lee Chong Wei memihak kepadanya. Tetapi, aku tidak mengharapkan Lee Chong Wei membawa harapan Malaysia ke persada dunia. Bagilah pula pemain-pemain lain untuk menggalas harapan negara di peta dunia. Dan ikhlas dari aku, sepatutnya Lee Chong Wei bersara terus dari badminton kerana aku yakin, beliau mempunyai formula untuk melahirkan pemain-pemain yang berwibawa sepertinya. Dan aku yakin, sekiranya dia bersara, barulah 'orang-orang politik' tahu, di mana kepentingan maruah negara.

Kepada ahli politik-politik dalam sukan badminton Malaysia nie, tolong lah, pergi jauh-jauh. Kamu semua memalukan Malaysia sebenarnya...


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget