Terima Kasih Lee Chong Wei

/
1 Comments

Untuk kali ke 4 jaguh badminton negara Dato Lee Chong Wei gagal di pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta setelah tewas 14 - 21 di set pertama dan 17 - 21 di set kedua. Kita boleh tengok yang Chen Long berada dalam class tersendiri masa final tempoh hari dan LCW pulak macam biasa turun menggalas harapan atau kita boleh katakan beban secara berseorangan seperti biasa.

Permulaan permainan nampak meyakinkan dari pemain berstatus Dato ini, tapi tak sampai pertengahan set pertama LCW mula goyah dan hasil dia kita lihat Chen Long diberikan laluan atau mata mudah untuk menang set pertama.
Skrip sama terjadi pada permulaan set kedua namun dua pemain ni mempamerkan gerakan gerakan yang menghiburkan pada pertengahan pemainan dengan Chen Long yang banyak mengajak LCW bermain secara rally. Di hujung permainan LCW ada tunjuk sikit kebangkitan tapi Chen Long bermain lebih baik untuk merangkul Kejuaraan Dunia buat kali kedua berturut turut.

Macam mana pun pujian dan respect pada LCW yang kita tahu baru bangkit dari isu dopping sebelum ni dan boleh pergi sampai final selain minor injury dihadapi pada awal kejohanan ni.

Tapi yang masih menjadi persoalannya sekarang sampai bila kita nak gigit jari berputih mata di final kejohanan yang besar besar macam ni? Sampai bila LCW mesti pikul tugas keseorangan? Dan sampai bila bila lah lagu Negaraku takkan berkumandang setiap kali final Kejuaraan Dunia mahupun Olimpik. Apa pula rahsia pemain pemain China ni disebalik gaya pegang raket dihujung, atau adakah mereka sebenarnya dah siapkan 10 pengganti Lin Dan dan 10 lagi pengganti Chen Long untuk digunakan pada 50 lagi edisi Kejuaraan Dunia yang akan datang? Gigit jari lagi kita kalau macam tu.....


- Haniz Jefry


You may also like

1 comment:

Anonymous said...




Misbun adalah "PERMATA" yg dpt mngGILAP permata yg ada pd Chong Wei

Misbun mampu mngGILAP ramai lg permata2...TAPI Misbun dipinggirkan, nape?

Politik Malaysia terlalu bobrok..habis smua merit-BAKAT dibuang jauh2!?

Seorg anak "PERMATA" pintar matematik, Ady Putera juga mrk lenyapkan!!??

Kesian..negara ini betul2 ddlm keGELAPan!!!

LightBlog