Melalui AirAsia Bloggers Community (AABC), aku ke London.

/
2 Comments

Rasanya lama pulak aku tak update cerita kat Stylo Sport nie. Setelah Liverpool kena April Fool dengan Arsenal, aku rasa, aku perlu menyepikan diri seketika. hahahhaa... Apa tidaknya, kena bahan kiri kanan depan belakang. Memang tak boleh tepis dah. Kena tibai dekat 4 bijik, korang ingat aku ada peluru ka nak tembak orang balik, memang redha ja bro...

Hahhahahaa...

Untuk pengetahuan korang semua, time tido aku dah kembali kepada normal. Dekat 2 minggu jugak la tak normal, kerana masih terkenangkan kehidupan di London.. Hohohohoh... Poyo ja lebih. Tapi, bagi aku, satu pengalaman berharga untuk aku dan untuk Stylo Sport terutamanya krew STylo Sport. Memang menjadi satu motivasi kepada kami semua kerana kami semua nie sebenarnya masih baru dalam dunia Blogging ini, tetapi apabila ada penghargaan daripada sesuatu pihak seperti AirAsia, ia menjadikan kami lebih teruja untuk berblog.

Aku nak cerita sedikit bagaimana aku boleh terpilih untuk ke London yang disponsorkan oleh AirAsia. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya pemilihan blog yang dijalankan oleh AirAsia lebih kepada mereka yang berada dalam komuniti blog AirAsia yang dinamakan AirAsia Bloggers Community (AABC). Dan aku telah terpilih oleh AirAsia untuk trip tersebut.

Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana nak join AirAsia Bloggers Community (AABC) nie kan. Ramai sebenarnya pm aku bertanyakan benda yang sama. Dari personal email, whatsapp sehinggakan ke FB. sebenarnya mudah jer. Korang hanya perlu menghantar details blog korang ke maa_corpcomm@airasia.com. Korang cakap la berminat nak join komuniti AirAsia nie, dan bagitahulah detail blog korang berkisarkan apa benda. Kalau Stylo Sport, lebih berkisarkan pasal sukan dan bola sepak, jadi memang sesuailah Stylo Sport dijemput untuk ke London untuk cover cerita AirAsia QPR Coaching Clinics kat London tue haaaaa... Kalau korang punya blog pasal traveling ka, parenting ka, peluang untuk join mana-mana event AirAsia mungkin semakin cerah.

Sebagai contoh, aku ambil blog Ben Ashaari. Dia pernah dapat jemputan ke Paris melalui AirAsia. Paris habaq hang. Lagi sempoi. Sampai harinie dok cerita keindahan Paris tak habis-habis. hahahahha. Aku pun sama, dok teringat kesejukan pekan London.



Terkini, member blogger aku, Lan Careno (http://marqiscareno.blogspot.com)dan Daus Redscraz (http://redscarz.blogspot.com) dapat trip ke Cebu, Filipina hasil dari usaha mereka dalam aktiviti AirAsia Bloggers Community (AABC), UNLOCK THE FUN tempoh hari di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur tempoh hari. Trip lagi. Jalan-jalan lagi. Untung-untung.


So, kalau korang berminat untuk join AirAsia Bloggers Community (AABC), korang boleh la email details blog korang ke maa_corpcomm@airasia.com. Malah, pihak AirAsia sangat-sangat mengalukan penyertaan lebih ramai blogger dalam komuniti diorang. Mana tahu kan, aritue ke London, lepas-lepas nie ke Madrid, Sepanyol pulak. Tengok Real Madrid main ker. Tapi aku mengharapkan ke Anfield, Liverpool walaupun aritue kena belasah teruk dengan Arsenal.

hahahhahaha....


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    2 comments:

    Cikk Mimin said...

    mcm best je AABC ni

    Daus Redscarz said...

    Harap-harap dapat ke Eropah pulak nanti.. Tak kisah mana-mana pun..

    LightBlog