Thursday, April 30, 2015

Pertelingkahan antara Perak dan JDT

Pertelingkahan antara Perak dan JDT

Rasanya admin pun lambat nak update cerita ni. Bukan apa, akibat dari kesibukan kerja di office. Sebenarnya aku rasa meluat dengan sebilangan kecil penyokong bola sepak yang suka membuat provokasi. Media massa pun sama kadang-kadang. Persatuan pula, sayangkan peminat, cakap peminat mereka tidak bersalah.


Inilah sikap segelintir penyokong yang patut di label biadap. Kita datang stadium bukan untuk bergaduh. Kita menyokong pasukan kita. Golonga biadap ni mereka hanya berani bila mereka berkumpulan sahaja. Tapi bila sorang-sorang, lari lintang pukang.


Persoalannya, kenapa perlu bersikap demikian? Kenapa terikut-ikut cara orang luar. Mereka yang mencipta Hooligan, dan kita pun tiba-tiba jadi Hooligan? Adakah gologan ini tidak pernah berfikir jika keluarga mereka jadi mangsa, apakah yang akan mereka rasa?

Golongan biadap inilah penyebab kebencian dan mewujudkan sikap balas dendam. Padahal yang kayanya pemain bola. Kalau datang stadium nak tunjuk hero, pergilah jadi sojar. Kita patut berfikiran waras dan berfikir secara dewasa. Jika pemikiran seperti pariya, anak-anak cucu cicit kau pun ikut pemikiran pariya kau.




Gaduh-gaduh, tunjuk gangster, vandalisme, curi mencuri itu hanya ada pada mereka yang bangsat sahaja. Hentikanlah perangai bangsat itu.

HIDUP SECARA AMAN!


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    Wednesday, April 29, 2015

    Isteri ‘lelaki berpengaruh’ beri Chong Wei kapsul dicemari bahan terlarang, kata laporan

    Isteri ‘lelaki berpengaruh’ beri Chong Wei kapsul dicemari bahan terlarang

    Dadah anti-radang dexamethasone yang diharamkan ditemui di dalam suplemen kesihatan jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei yang diterimanya daripada isteri seorang "lelaki yang sangat berpengaruh di Malaysia", menurut laporan panel 3 anggota Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

    Lee Chong Wei

    Bahaya Cordyceps

    Menurut laporan itu, kira-kira pada 2007 atau 2008, wanita yang tidak dinamakan itu mula memberi Lee sedikit cordyceps tulen dari bekalannya sendiri yang dibelinya dalam bentuk mentah, dijadikannya serbuk dan dikapsulkan di sebuah kedai di Kuala Lumpur.

    Susulan itu, dia mula menghantar kapsul Cordyceps itu secara tetap kepada Lee sebagai hadiah.

    "Atlet itu (Lee) tidak mahu memberitahu nama wanita itu kerana bimbang dia akan menerima akibatnya, sekiranya dia dikaitkan dengan kes dadah," menurut laporan 13 muka surat yang ditandatangani pengerusi panel Rune B. Hansen.

    Laporan itu bagaimanapun berkata, Lee mendedahkan nama wanita tersebut pada satu sesi pendengaran tertutup bersama hanya 3 orang ahli panel itu, yang turut dihadiri peguam Malaysia.

    "Pada pendapat panel, ini mengukuhkan lagi kebolehpercayaan beliau," kata laporan itu.

    Menurut laporan itu, seorang peguam, Song Wei Kar, pada Mac tahun lepas melawat kedai di Kuala Lumpur itu di mana wanita itu menjadikan serbuk dan menkapsulkan Cordyceps mentahnya.

    Pemilik kedai itu mengesahkan kepada Song yang dia memproses Cordyceps tulen itu seperti dikatakan.

    Bagaimanapun, beliau tidak mahu memberikan kenyataan kerana bimbang ia akan menjejaskan perniagaannya.

    Menurut laporan itu, tuan punya kedai itu mengakui proses yang dilakukan ke atas Cordyceps tu melibatkan kemungkinan risiko pencemaran.

    Makan Cordyceps setiap pagi


    cordycepsLee memberitahu panel anti-doping itu beliau makan 2 kapsul Cordyceps setiap pagi pada bulan Ogos 2014, termasuk pada pagi berlangsungnya perlawanan separuh akhir Kejohanan Dunia BWF.

    "Bagaimana pencemaran itu berlaku tidak diketahui dengan pasti, tetapi kemungkinan besar ia berlaku semasa proses pengisaran Cordyceps mentah itu menjadi serbuk dan semasa ia diletakkan ke dalam kapsul gelatin di kedai di Kuala Lumpur itu," kata laporan itu.
    Analisis makmal juga mendapati kehadiran dexamethasone "dalam dan/atau pada sarung salah satu daripada 2 kapsul" yang masih tinggal dalam bekas yang digunakan Lee dari Ogos 2014 itu, kata laporan itu.

    Panel itu berpendapat, kemungkinan yang paling besar menyebabkan ujian ke atas Lee positif untuk dadah anti-radang itu ialah kerana dia memakan kapsul Cordyceps itu dan sarung gelatin kapsul itu tercemar.

    Laporan itu juga berkata Lee mula mengambil makanan tambahan Cordyceps pada atau sekitar 1995 pada usianya 13 tahun kerana ibunya percaya ia bermanfaat untuk kesihatan.

    Apabila beliau berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000, ibunya selalu menumbuk Cordyceps menjadikannya serbuk dan memasukkan ke dalam kapsul gelatin.

    Lee dan atlet lain juga dibekalkan dengan makanan tambahan Cordyceps oleh Institut Sukan Negara (ISN) dari tahun 2005 hingga 2008.

    Kemudiannya, apabila dia mula mengambil kapsul yang diberikan wanita yang tidak dinamakan itu, pakar nutrisi sukan di ISN memberitahunya ia selamat digunakan kerana Cordyceps ialah produk berasaskan makanan.

    Mengumumkan dapatan panel itu pada 27 April, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kapsul Cordyceps yang mengandungi dexamethasone menjadi punca utama kepada penggantungan bekas pemain nombor satu dunia itu.

    Lee digantung 8 bulan oleh BWF kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas. Bagaimanapun, hukuman penggantungan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas itu akan berakhir 30 April ini.

    Panel BWF yang menjalankan perbicaraan itu mendapati Lee secara "tidak sengaja" mengambil dexamethasone itu.

    Ia berpuas hati yang Lee tidak berniat menipu, setelah meneliti keterangan yang diberikan pada pendengaran yang diadakan di Belanda pada 11 April.

    "Panel yakin ia bukan kes dadah dengan niat untuk menipu," ia membuat kesimpulan.

    Bagaimanapun, panel itu mendapati Lee cuai dalam menerima dan mengambil kapsul yang "diberikan kepadanya dalam bekas yang tidak berlabel atau mempunyai deskripsi," kata laporan itu.

    "Lee merupakan atlet terkemuka dunia selama hampir 10 tahun. Bagi atlet dalam kedudukan yang begitu tinggi, beliau seharusnya sangat berhati-hati mengelak kecuaian.

    "Dengan menerima kapsul Cordyceps itu, Lee mendedahkan dirinya sepenuhnya kepada risiko yang tidak perlu, dengan memakan bahan terlarang selama bertahun, tidak kira sama ada sumbernya ialah Cordyceps itu sendiri atau kapsul gelatin itu," kata laporan itu.

    Lee, 32, menerima kehadiran dexamethasone dalam sampel beliau dan hakikat yang ia suatu pelanggaran anti-doping.

    Pemenang 2 kali pingat perak Olimpik itu kini dapat meneruskan kerjayanya dan berharap dapat beraksi pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun depan.



    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Manny Pacquiao semasa muda

      Gambar Manny Pacquiao semasa muda

      Siapa yang sangka wajah ini akan menjadi lagenda sukan tinju dunia. Dari muka naif dan sekarang di geruni di arena tinju. Dan hanya beberapa hari lagi pertarungan tinju terbesar dunia antara Manny Pacquiao menentang Floyd Mayweather pada 1 Mei ini.

      Manny Pacquiao pictured as a teenager in a boxing gym in Manila before he became a global superstar

      The FIlipino boxer working out at the LM Gym in Manila, Philippines as a 17-year-old before he fought his way to the top of the game

      Pacquiao has made a remarkable rise through the weight divisions from being an incredibly slight light-flyweight when he made his debut

      Pacquiao left home aged 14 to move to the Philippines capital Manila to pursue his career in the sport which has made him an icon

      The 36-year-old spent his early career fighting in the Far East before being given his chance on the big stage in Las Vegas in 2001

      Pacquiao pictured as a 17-year-old in the LM Gym in Manila when mega-fights, like the one against Floyd Mayweather, were just a dream

      Pacquiao has been involved in some of the biggest fights over the last decade but Saturday's occasion will eclipse all of them

      The teenage version of Pacquiao before he went on to become a world champion and achieve massive success on the world stage




      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Liverpool kalah lagi.. Ok, bye..







        Kalah lagi. Dengan ini, berakhirlah cita-cita Liverpool untuk bermain Liga Juara-Juara musim hadapan. Haih... Apa la nasib, dengan Hull City pun tak boleh belah. Gol Dawson pun hasil daripada kelekaan pertahanan Liverpool. Free header kot.


        Haih... Aku kecewa.. Damn... Malas nak komen lebih-lebih. Bodo piang...

        Ps: daripada segi matematik tambahannya, Liverpool masih boleh ke Liga Juara-Juara... Puuihhh..


        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels:

          Monday, April 27, 2015

          Chong Wei kembali beraksi

          Chong Wei kembali beraksi

          Pemain perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana kesalahan kes doping, Ogos tahun lalu.



          Bagaimanapun, dalam kenyataannya hari ini, BWF memberitahu, hukuman penggantungan tersebut berkuat kuasa 30 Ogos lalu dan akan berakhir 30 April ini.


          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Schumacher Junior bakal sehebat ayahnya

            Schumacher Junior bakal sehebat ayahnya

            Di mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah perumpamaan anak kepada lagenda F1, Michael Schumacher.

            Mick Schumacher - who bears a striking resemblance to his father, Michael - makes his debut in the ADAC Formula 4 series in Germany this weekend

            Schumacher Junior kini berlumba di Formula 4 dan jika prestasinya cemerlang dia bakal di naikkan ke Formula 3.

            Schumacher Junior is pictured in the garage The first race of the season takes place on Saturday

            Schumacher Junior bakal menjadi perhatian semua pihak samada dia membawa aura ayahnya atau tidak.


            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Aksi menarik Liga Super minggu ini

              Aksi menarik Liga Super minggu ini



              Insiden pergaduhan di 2 stadium. Hmm... Kalau tak gaduh, tak sah.

              Afiq Azmi Gaduh Mulut - Kelantan vs Selangor



              Pergaduhan pemain Perak vs JDT




              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels:

                JDT Rehatkan Bojan Hodak

                JDT Rehatkan Bojan Hodak

                Bojan Hodak di rehatkan

                Bekas pembantu jurulatih kelab Valencia dan Inter Milan, Mario Gomez dilantik sebagai pengendali baharu skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menggantikan Bojan Hodak, gara-gara pasukan Harimau Selatan itu memerlukan perubahan taktikal.

                Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengesahkan Hodak kini direhatkan dan tugasnya akan digantikan oleh jurulatih dari Argentina itu.

                Tunku Mahkota Johor itu berkata keputusan dibuat memandangkan skuad Harimau Selatan memerlukan perubahan taktikal untuk meningkatkan tahap permainan pasukan itu.

                Menurutnya, walaupun direhatkan, namun, pihaknya sentiasa membuka peluang kepada Hodak sekiranya jurulatih berasal dari Croatia itu mahu kembali satu hari nanti bagi bersama-sama melakukan kemajuan terhadap skuad JDT.

                "Kami ada berbual menerusi telefon dan Hodak tidak berkecil hati serta faham keputusan yang dilakukan. Johor memerlukan sesuatu yang baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

                Beliau berkata kontrak Hodak akan tamat Oktober ini dan jurulatih Ismail Ibrahim akan memangku tugas membimbing skuad JDT untuk satu perlawanan sahaja iaitu menentang pasukan India, East Bengal dalam aksi Piala AFC, Selasa ini.

                Mario Gomez ganti Bojan Hodak

                Mario Gomez
                Tunku Ismail berkata Gomez, 58, jurulatih yang kini berada di Hong Kong, dijangka tiba di negeri ini, Jumaat ini.

                Katanya Gomez amat teruja dan tidak sabar untuk mengendalikan JDT setelah mengikut perkembangan pasukan tersebut.

                Gomez menurut Tunku Ismail, merupakan jurulatih yang berpengalaman besar dan amat berminat untuk menjadi sebahagian daripada projek pembangunan bola sepak yang dilakukan di negeri ini.

                Di bawah bimbingan Hodak, JDT merangkul Piala Sumbangsih musim ini dengan mengalahkan Pahang 2-0 serta membantu pasukan itu layak ke final Piala FA dan Piala Malaysia musim lepas.

                Dalam saingan Liga Super musim ini, JDT kini menghuni tangga keempat liga dengan 15 mata selepas sembilan perlawanan.

                -- BERNAMA

                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                  Labels:

                  Hazard, Kane menang anugerah PFA

                  Hazard, Kane menang anugerah PFA

                  Eden Hazard telah memenangi Anugerah PFA mengalahkan Harry Kane, David De Gea, Philippe Coutinho, Alexis Sanchez dan juga Diego Costa.

                  Eden Hazard

                  Eden Hazard's season by numbers

                  Sementara Harry Kane dari Tottenham Hotspur telah mengalahkan Thibaut Courtois, David de Gea, Raheem Sterling, Philippe Coutinho dan juga Eden Hazard bagi anugerah PFA Young Players.

                  Harry Kane

                  Sementara itu, Steven Gerrard dan juga Frank Lampard telah memenangi PFA Merit Award kerana khidmat mereka di arena bola sepak yang berterusan.

                  Steven Gerrard and Frank Lampard (right) were honoured with the merit award at the PFA awards on Sunday


                  Ji So-yun
                  PFA Women's Player of the Year: Ji So-yun

                  Leah Williamson
                  PFA Women's Young Player of the Year: Leah Williamson

                  PFA Premier League Team of the Year
                  PFA Premier League Team of the Year

                  PFA Championship Team of the Year
                  PFA Championship Team of the Year

                  PFA League One Team of the Year
                  PFA League One Team of the Year

                  PFA League Two Team of the Year
                  PFA League Two Team of the Year 



                  Senarai penuh pemenang:

                  PFA Player of the Year: Eden Hazard
                  PFA Young Player of the Year: Harry Kane
                  PFA Premier League Team of the Year
                  PFA Championship Team of the Year
                  PFA League One Team of the Year
                  PFA League Two Team of the Year
                  PFA Women's Player of the Year: Ji So-yun
                  PFA Women's Young Player of the Year: Leah Williamson


                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                    Labels:

                    Perlawanan Arsenal Chelsea semalam membosankan?


                    Entah, aku tak tahu. Aku tidur awal semalam. Sedap oo tidur dengan hujan renyai-renyai, disulami dengan bunyi-bunyi cengkerik yang menyulami malam hari. So perlawanan Arsenal Chelsea, aku tak layan. Sebab tak penting pun.

                    Hahhahahaha...

                    Tapi apa yang aku tengok, rata-rata mengatakan perlawanan semalam telah berjaya menbosankan hapir sedua-dua penyokong tak kira sama ada penyokong kipas susah mati Arsenal, mahupun penyokong kipas susah mati Chelsea. Nasib baik perlawanana bermula pukul 11 malam. Kalau perlawanan pukul 1.30 pagi, mau kena maki Mourinho dengan Wenger pagi-pagi nie.

                    Macam aku cakap la. Perlawanan tak penting. ahahahah.. Tapi aku belaja jugak la gambar-gambar untuk perlawanan semalam yer..

                    hehehehe














                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                      Labels:

                      Bayern Munich juara Bundesliga 2015.


                      Dengan hanya berbaki lima lagi perlawanan, Bayern Munih telahpun mengesahkan kedudukannya mereka selaku juara liga Jerman atau Bundesliga setelah menang keatas Herta Berlin dengan jaringan 1 gol semalam.

                      Walaupun hanya berbaki lima perlawanan, kedudukan Bayern Munih dipersada liga tidak akan diganggu setelah Bayern memperoleh 76 mata berbanding persaing kedua liga, Wolfsburgdengan 61 mata.


                      Wolfsburg sepatutnya mengalahkan Gladbach bagi memastikan Bayern menunggu minggu hadapan untuk ditabalkan sebagai juara, namun Wolfsburg tewas sekaligus menesahkan kedudukan Bayern Munich selaku juara liga Jerman.


                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                        Labels:

                        Friday, April 24, 2015

                        Sibuk weh. Bukan sebab Liverpool kalah...

                        Dream team..
                        Siot ja korang nie. Aku sibuk erh, ada audit bagai, dok settle keja tak abih lagi, pastu cakap aku tak update sebab Liverpool kalah..  hahahhahah... Walaupun Liverpool kalah, aku tetap update jugak la weh. (kalau rajin)

                        Hahahhahaha..

                        Apapun, sehari dua nie memang memanjang ja cerita pasal Liverpool. Tukar manager la, 10 orang player nak keluar Liverpool la, Gerrard menangis sebab tak dapat medal tahun nie la.


                        Itu biasa. Aku dah lali dah. Aku dah redho dah betapa lemaunya Liverpool tahun ni berbanding tahun lepas. Terkesan daripada Luis Suarez meninggalkan Liverpool, sehingga saat ini, masih belum dapat 'recover' sepenuhnya.

                        Ok. Aku ada beberapa isu nak cakap nie, tapi tak pasti, sempat atau tidak aku nak update untuk harinie. Tapi, bukan nak kata la, cita pasal bola nie, byk sngt info au nk load, sampai tak terkeluar dari otak nie. Tapi apapn, aku mesti cerita punya, terbaik untuk Stylo Sport.

                        Chow dulu.. Nanti aku story lain.

                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                          Labels: