Friday, August 14, 2015

Arsenal bunuh diri di Emirates. -Ulasan segera-




Kekalahan Arsenal 0-2 ke atas West Ham di Emirates merupakan sesuatu yang tidak disangkakan oleh semua pihak termasuk pundit, peminat dan admin sekali. Oleh itu, saya merasakan adalah lebih baik jika post mortem untuk game ini dilakukan.

Bukan senang nak gain courage balik untuk menulis lepas kalah dengan West Ham ni. Asyik kena bambu ja dengan member-member Liverpool dan Man.U. Tapi nak buat macam mana, kalah tetap kalah.



Arsenal turun dengan full strength team tetapi memasukkan Debuchy instead of Bellerin kerana Wenger mahukan Debuchy gain confidence setelah berehat panjang akibat cedera sejak musim lepas. Sanchez hanya disenaraikan sebagai pemain reserve kerana beliau pun masih belum betul-betul fit dan masih lagi memerlukan masa untuk stay fokus setelah Copa America yang lalu.

Tak payah kita tengok statistik perlawanan. Tak guna statistik power tapi tak ada gol. Gol adalah result. Ternyata, West Ham lebih clinical di depan gol walaupun hanya 8 percubaan. Arsenal ada 22 percubaan tetapi tak ada gol yang dicetak. Maknya Arsenal tak begitu clinical di depan gol dan tiada clinical finisher seperti Mauro Zarate di West Ham.



Salah satu faktor Arsenal kalah adalah sebab ketiadaan clinical finisher. Arsenal mempunyai ramai pemain yang boleh supply final ball dengan bagus. Penyokong Arsenal sememangnya perlu bersikap realistic kerana mereka tahu Olivier Giroud tak mungkin boleh menjadi penjaring yang bagus sekiranya tiada Ozil, Cazorla serta Ramsey yang mampu provide opportunities untuk menjaringkan gol.

Faktor kedua adalah ketiadaan defensive midfielder yang betul-betul tenang setelah pasukan ketinggalan gol. Memang tidak dinafikan Coquelin merupakan defensive midfielder yang bagus TETAPI hanya apabila Arsenal mendahului gol, bukan ketinggalan gol. Coquelin sangat bagus ketika bertahan tetapi jika Arsenal memerlukan pemain untuk dictate tempo game untuk menyerang, Coquelin bukanlah orangnya. Ketika Arsenal menyerang, statistik passing Coquelin adalah tidak begitu baik, malah passing beliau selalu disekat sebelum tiba dikaki Ozil. Bagi aku, ketika Arsenal ketinggalan gol, Mikel Arteta lebih sesuai dimasukkan untuk membantu mengimbangi rentak serangan, daripada terus membabi buta menyerang tanpa tempo yang betul.



Faktor ketiga pula adalah mentaliti. Arsenal tiada mentaliti untuk menjuarai liga. Walaupun baru 1 game saja, tetapi peminat sudah nampak apa yang terjadi. Ketinggalan 2 gol saja satu team menggelabah, passing ke laut, foul, dan lain-lain lagi. West Ham kelihatan lebih bersedia menghadapi Arsenal dalam game tersebut. Ada pendapat yang mengatakan bahawa game pre-season oleh kelab-kelab besar seperti Arsenal memberikan opportunity kepada pasukan lawan untuk menganalisis game mereka pada masa akan datang. Itu juga betul. Pre-season game juga memberikan bayangan kepada Slaven Bilic (West Ham) tentang keupayaan pasukan serta kelemahan Arsenal yang perlu dieksploitasi ketika EPL berlangsung.



Cerita panjang-panjang pun Arsenal dah kalah. Apa-apa pun, kita berbalik ke dunia nyata. No overconfident, be humble, respect others team. EPL Kali ni akan penuh dengan kejutan. Arsenal perlu lebih relevant dan bertindak segera jika mahukan kejuaraan liga. Benzema? Krychowiak? Entah la. Hanya Pak Wenger ja tahu. Hahaha~

-bergkamp-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget