Thursday, August 13, 2015

Antara Jose Mourinho dan Eva Carneiro, siapa yang bersalah?


Pada perlawanan yang lepas, berlaku kejadian di mana Jose Mourinho begitu berang kepada pegawai perubatan pasukan Chelsea, Eva Carneiro. Rentetan daripada peristiwa itu, Eva digantung daripada berkhidmat kepada pasukan Chelsea, malah beliau dilarang berada di bangku simpanan. Hukuman beliau tidak sahaja terhenti disitu, malah sehinggakan ketika pasukan Chelsea berlatih pun, beliau dilarang untuk bersama-sama pasukan.

Agak drastik tindakan Jose Mourinho.

Rata-rata komen di media mempertikaikan tindakan Jose Mourinho dengan keputusan yang telah dibuat. Malah mereka rasakan adalah tidak berpatutan dengan hukuman yang dikenakan kepada Eva walaupun pada dasarnya, Eva hanyalah menjalankan tugas beliau sebagai pegawai perubatan pasukan. Adakah Jose Mourinho sangat melampau? Bagi aku tidak.


Seperti yang dikatakan dan yang diperjelaskan oleh Jose, sebagai sebuah pasukan, mereka perlu membaca perlawanan. Membaca perlawanan bermaksud setiap orang perlu tahu apa yang patut didahulukan. Dalam kes ini, Jose menjelaskan, mereka lebih memerlukan kemenangan.

Pada hujung perlawanan, Eden Hazard dijatuhkan, dengan segera Eva dan pembantunya melulu untuk membantu Hazard yang sedang terbaring di tengah padang. Situasinya disini, Chelsea sedang menyerang untuk gol kemenangan dan masa tidak menyebelahi mereka. Apabila Eva berlaku ketengah padang, memang reaksi Jose Mourinho sangat-sangat diluar jangkaan. Amarah yang ditunjukkan sangat-sangat terpancar daripada sudut muka Jose. Seperti dijangka, gol kemenangan tidak dapat dizahirkan. Perlawanan berkesudahan dengan seri.




Chelsea telahpun rugi 2 mata berharga. Jose perlu mencari alasan yang terbaik. Dengan tindakan Eva sebelum itu, dijadikan sebab mengapa pasukan Chelsea seri perlawanan tersebut. Alasan tidaklah sangat kukuh, tapi itulah realiti. Somebody need to be scapegoat. Namanya EVA CARNEIRO.

Apapun, itulah bola sepak. Jose sebagai juara musim lepas, perlu mengekalkan kejuaraan, dan dengan keputusan seri seolah-olah kalah baginya. Mungkin nasib tidak menyebelahinya. Cuba kita andaikan, andaikan sekiranya semasa Eden Hazard dijatuhkan dihujung perlawanan, Eva dan pembantunya meluru ke tengah padang untuk merawat beliau, dan didapati Eden Hazard mengamai kecederaan serius. Adakah Eva akan disingkirkan dari pasukan Chelsea? Aku rasa mungkin tidak. Malah mungkin beliau akan diangkat sebagai penyelamat. Siapa tahu kan..


Dalam semua-semua situasi tadi, dapat disimpulkan, yang Eva adalah mangsa keadaan, manakala Jose pula perlu mencari alasan atas apa yang berlaku, dan beliau memilih Eva sebagai scapegoatnya.. Bagi aku pula, orang yang sepatutnya yang dipersalah adalah siapa? Dan aku memilih Eden Hazard.

Dialah punca segala.


hahhaahahaha...



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget