Manchester City 3-0 Chelsea. City garang diawal musim.

/
0 Comments
Sementara aku masih ada mood untuk cerita kisah semalam, baik aku karang cepat-cepat. Kang, idea melambak, tapi pemalas macam anak gajah, memang sampai kesudah aku cerita kisah City tapau Chelsea.

Hahahhahaa... Salam 3-0. Semalam aku tengok game nie pun dah minit ke 40'an. Memang laju nak mati.serang menyerang antara satu sama lain. Apa yang pasti, time aku tengok game semalam, Costa balut kepala, Begovic tumbuk muka Cahill. Ganas tul. Tak puas hati punya pasal, ditumbuknya muka Cahil. Patah idung. Yang bestnya, 2nd harf, yang patah idung Cahill, yang kena sub, Terry.






Hahahhahaha.. Lawak siut.

Gol pertama Aguero aku tengok replay ja. Standard gol aguero. pusing-pusing pastu slowly sepak bola tue melewati tangan Bergovic. Gol.. yang herannya, dalam tengah pusing-pusing tue, diorang tak leh langsung nk clear bola tue keluar. Aguero memang power.





Yang gol kedua memang aku tengok. Dari tandukan Vincent Kompany. Menanduk baik kearah hujung gol. Teka siap jaga Kompany? Ivanovic. Gol ketiga pun berpunca daripada Ivanovic. Flop pass kemudian di ganggu Silva lalu hinggap kekaki Fernandinho. Apa lagi, rembatan rendah yang kencang, yang gagal diselamatkan penjaga gol Chelsea, Bergovic.




Tapi, apapun game semalam, apa yang aku boleh katakan, pertahanan City adalah yang terbaik. Memang susah gila nak tebuk dari arah tengah. Chelsea banyak menggunakan Hazard untuk menebuk benteng pertahanan dari arah tepi padang. Banyak hantaran lintang dilakukan. Namun pertahanan City nampak bertenaga dan berjaya mengekang serangan Chelsea.

Daripada kedudukan pertahanan Chelsea pula, City banyak menyerang dari bahagian kiri Chelsea yang dianggotai oleh Ivanovic. Mungkin push yang agak ketara keatas Ivanovic, menyebabkan beliau melakukan kesilapan yang membawa kepada gol Kompany dan Fernandinho.

Malah pada ketika perlawanan itupun, Ivanovic berkali-kali diayamkan oleh Rahem Sterling. Itu tak termasuk lagi dengan ayam Kolarov lagi. Sekali sekala, serangan akan bermula di sebelah tengah padang dan sangat jarang sekali serangan City daripada ke arah bahagian kiri Chelsea yang dikawal  Azpilicueta.



Garang City tahun nie. Chelsea pula, agak suram daripada segi perpindahan pemain. AKu tak kisah pun sapa kalah atau menang, sebenarnya aku harap kedua pasukan seri jer.

Hahhahaha..

Malam nie kita tengok pula perlawanan Liverpool menentang Bournemouth pukul 3.00am. Aku tak sure aku tengok ka dak, tapi, tengok lah keadaaan.

ps: Point fantasy Vincent Kompany banyak oooi... Tapi aku letak sub... Hampes tooi...

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    No comments:

    LightBlog