Wednesday, July 22, 2015

Tunku Ismail dilantik Penaung Diraja PBNJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Pure passion!!


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuatkuasa hari ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST), yang sekali gus menyaksikan segala urusan berkaitan dengan persatuan bola negeri tersebut perlu dipersembahkan serta mendapat persetujuan daripada Tunku Ismail terlebih dahulu.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengumumkan peletakan jawatan beliau selaku presiden persatuan dan pengumuman tersebut dilakukan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya menerusi akaun Facebook rasmi JST pada 12 Julai lalu.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Tunku Ismail diisi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Sebenarnya aku dah menjangkakan hal ni. Bukan senang nak lepaskan jawatan setelah kita penat-penat naikkan pasukan tu. Dah berkorban sana sini, lepas tu lepas jawatan macam tu je, memang tak lah.

Aku sokong cara TMJ ni. TMJ ni dah boleh di anggap bapa pemodenan sukan bola sepak johor. Tanpa dia, sepi scene bola sepak Malaysia. Biasanya hanya beberapa pasukan saja yang kongker. Johor pun dah lama sepi. Sejak ada TMJ, baru penuh stadium.

Dan jawatan TMJ ni memang bagus demi kesinambungan yang telah dia buat. Kalau dulu dia konsentret dengan JDT, sekarang dia konsentret keseluruhan dari segala aspek.

Hopefully dalam masa 10-15 tahun akan lahir pemain Malaysia yang bermain di liga luar untuk jangka masa panjang dan bukannya main 2-3 bulan lepas tu balik.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tunku-ismail-dilantik-penaung-diraja-pbnj-1.115535#sthash.0vrjEY8u.dpuf


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget