Monday, July 20, 2015

Roma tumbangkan Real menerusi penentuan penalti


International Champions Cup 2015: Roma tumbangkan Real menerusi penentuan penalti


AS Roma muncul juara Piala Kejuaraan Antarabangsa selepas menewaskan gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid menerusi penentuan sepakan pe­nalti, semalam.


Selepas kedudukan terikat tanpa jaringan, kelab Itali itu berjaya me­nyudahkan semua sepakan penalti, sebelum penjaga gol, Morgan De Sanctis menafikan tendangan pemain lawan, Lucas Vazquez.

Pemain tengah Roma, Seydou Keita melengkapkan sepakan penentuan tersebut untuk kemena­ngan 7-6.



Skuad Los Blancos, yang turun dengan reputasi sebagai pasukan paling ‘mahal’ di dunia membariskan bintang-bintang mereka seperti Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Namun, itu tidak memadai untuk membantu mereka membolosi gawang Roma di depan 80,746 penonton.

Ia merupakan perlawanan pertama yang mengecewakan buat pengendali baharu Real Madrid, Rafael Benitez setelah menggantikan Carlo Ancelotti di Santiago Bernabeu , bulan lalu.

“Saya menganggap ia satu perlawanan yang baik dan anda boleh saksikan mereka mendapat keputusan seri. Saya rasa kami mempunyai banyak peluang, namun mereka (Roma) juga berpeluang di awal permainan.

“Anda tidak boleh mengharapkan tempo permainan yang tinggi hanya dalam tempoh lima hari kejohanan.

“Kami mungkin tidak menunjukkan aksi terbaik sepanjang kejohanan, namun saya percaya pasukan ini, terutama benteng pertahanan sedang mengukuhkan ­prestasi mereka,” kata Benitez.

Ronaldo, yang merupakan atlet ketiga menerima bayaran tertinggi di dunia selepas petinju, Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao, dikeluarkan pada babak pertama, diikuti Bale pada minit ke-55.

Real, juara Eropah 10 kali menamatkan saingan La Liga musim lalu di tangga kedua di belakang musuh tradisi, Barcelona.

Mereka memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol menerusi Bale sebelum dia dikeluarkan. – AFP


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget