Muslim Ahmad dan Nurul Azwan Roya turut di tamatkan kontrak
Selepas gagal mempamerkan persembahan memberangsangkan dalam kempen Liga Super, kini tiba giliran pengendali Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Azman Adnan dipecat oleh majikannya.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Delegasi PDRM, Datuk Muhammad Fuad Karim yang turut mengesahkan dua tonggak utama skuad The Cops iaitu Muslim Ahmad serta Mohd. Nurul Azwan Roya ditamatkan kontrak mereka apabila kedua-dua pemain tersebut gagal mempamerkan aksi yang memuaskan.
“Nampak gayanya macam itulah (pemecatan Azman). Kontrak Muslim serta Azwan turut ditamatkan,” kata Muhammad Fuad kepada pemberita mengenai isu pemecatan serta penamatan kontrak Azman, di sini semalam.
Walaupun saingan Liga Super masih berbaki tujuh perlawanan, Muhammad Fuad belum mengesahkan pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Azman.
Bekas juara Liga Perdana musim lalu itu dilihat terpaksa bergelut untuk menyesuaikan diri dalam mengharungi kempen Liga Super, malah mereka sekadar menduduki tempat ketujuh carta liga selepas mengumpul 21 mata hasil tujuh kemenangan.
Pada awal saingan liga, PDRM berjaya mencatatkan enam kemenangan setelah menumpaskan Johor Darul Ta’zim 1-0, kemudian membelasah Kelantan 4-0, dan seterusnya mengalahkan Perak, Sarawak, Sime Darby serta Terengganu, sebelum tumpas empat perlawanan selepas itu.
Bagaimanapun, kemerosotan PDRM hanya jelas kelihatan sebaik aksi kedua Liga Super bermula pada Jun lalu yang menyaksikan skuad The Kops itu tewas dalam empat daripada lima perlawanan yang telah dilangsungkan.
Selain Azman, terdapat beberapa lagi jurulatih yang turut senasib dengannya iaitu bekas pengendali JDT, Bojan Hodak, Robert Albert (Sarawak), B. Sathianathan (Angkatan Tentera Malaysia), George Boateng (Kelantan), Abdul Rahman Ibrahim (Terengganu), Goran Paulic (JDT II) dan Mohd. Azraai Khor Abdullah yang mengambil keputusan meletakkan jawatan.
Pendapat aku lah kan, dunia bola sepak ni memang kejam. Tak perform je, cantas. Bukan nak bagi masa. Kadang-kadang jurulatih dengan player ambil masa nak serasi. Tapi dalam cerita Azman Adnan ni, terlalu awal pulak kena cantas.
Kot ye pun, tunggulah habis musim. Lepas tu buatlah post mortem. Jurulatih bukannya boleh buat mejik pun. Nak menang saje. Baik main game bola je. Agaknya, PDRM ni rindu Dollah kot. Baik abam Dol balik PDRM lah. Ambil balik abam Jeman ni. Mesti pepom lagi PDRM.
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pdrm-pecat-azman-1.115590#sthash.mTFwCcK0.dpuf
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pdrm-pecat-azman-1.115590#sthash.mTFwCcK0.dpuf
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit