Tuesday, July 14, 2015

Azman terima desakan berundur dari The Red Warriors



Azman terima desakan berundur dari The Red Warriors

Kelantan terus dipalit kontroversi apabila pengurus pasukan, Azman Ibrahim didesak pihak tertentu untuk melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan The Red Warriors berkuatkuasa serta merta.

Azman IbrahimMenurut sumber, Azman mendapat tekanan daripada ahli majlis Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk melepaskan jawatan yang di­sandang sejak enam tahun lalu.
 “Difahamkan tugas Azman selaku pengurus berakhir sejurus Kelantan mencatat kemena­ngan 3-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, minggu lalu.

“Apa yang boleh saya katakan, mungkin itulah kelibat terakhir dia bersama pasukan Kelantan.

“Tempat (pengurus pasukan) itu hampir pasti akan diisi oleh orang baharu dalam kalangan ahli majlis KAFA sendiri,” kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sumber itu turut memberitahu, keputusan mengarahkan Azman melepaskan jawatan dianggap sesuatu yang pelik memandangkan pasukan itu baharu sahaja kehila­ngan jurulatih mereka, Mohd. Azraai Khor Abdullah, minggu lalu.

“Saya rasa arahan itu tidak kena pada masanya. Tak manis orang kata di saat-saat Kelantan mula cipta kebangkitan tiba-tiba pengurus pula diminta meninggalkan pasukan.

“Perkara ini tak sepatutnya berlaku, kalau hendak sangat dia letak jawatan lebih elok tunggu habis (liga) musim ini,” ujar sumber itu lagi.

Azman dianggap pengurus pa­ling cemerlang dalam sejarah bola sepak Kelantan sejak sembilan dekad lalu apabila berjaya membawa skuad pantai timur itu meraih kegemilangan dalam tempoh yang begitu singkat.

Pengurus pa­ling berpengaruh itu berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama pada 2010, sebelum meraih gelaran kedua pada 2012.

Dia juga membantu The Red Warriors mencipta sejarah treble pada 2012 dengan muncul juara Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super.

Sementara itu, Azman ketika dihubungi berkata, beliau masih belum menerima sebarang arahan sama ada secara lisan atau bertulis supaya meletak jawatan.

“Sekiranya betul khidmat saya tidak diperlukan, saya akur dan bersetuju melepaskan jawatan.

“Memang saya sudah berhasrat berbuat demikian (lepas jawatan).

“Memandangkan Tan Sri Annuar (Musa) (Presiden KAFA) suruh saya uruskan pasukan pada awal musim, maka saya teruskan sehingga ke hari ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/azman-terima-desakan-berundur-1.113820#sthash.kerrUo6t.dpuf

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget