Tuesday, July 14, 2015

Jangan buat spekulasi mengenai TMJ.


Penyokong bola sepak tempatan diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), semalam.

Setiausaha Kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya berkata sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan perlu dirujuk kepada laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Johor Southern Tigers.

Pada masa yang sama, beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Tunku Ismail yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilantik sebagai Penaung PBNJ susulan keputusan baginda untuk meletak jawatan.

"Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan melalui laman rasmi Johor Southern Tigers dan para penyokong dinasihati agar merujuk kepada laman ini terlebih dahulu," jelas Mohd Fahmi menerusi laman Facebook berkenaan.

Semalam, Mohd Fahmy mengumumkan Tunku Ismail membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ dan tempat baginda diisi oleh Setiausaha Kerajaan negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Baginda bagaimanapun dilaporkan tidak memberi alasan di sebalik peletakan jawatan berkenaan.

-- BERNAMA

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget