Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami, Stylo Sport




Luis Garcia
"Assalamualaikum kepada pembaca dan penyokong Stylo Sport. Dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat mengakhiri ibadat berpuasa dan seterusnya Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Aku sebenarnya betul-betul memohon kemaafan sebab kalau artikel yang aku keluarkan, mesti stok panas-panas dan pedas-pedas. Biasalah.. hati orang muda yang inginkan sesuatu perubahan drastik. Hehehehe.. 

Apapun, aku harap para pembaca dan pengikut berita-berita di Stylo Sport akan sentiasa bersama kami dan terus memberi sokongan kepada kami dari masa dan semasa. Sokongan anda semua sentiasa kami ucapankan ribuan terima kasih."


Ewento Marcelo
"Setinggi penghargaan kepada semua pembaca, pelawat, pengomen dan peminat Stylo Sport. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua. Sempena syawal ni, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri. Rasanya kami terpaksa tutup kedai buat sementara waktu. Kepada mereka yang memandu, berhati-hati di jalan raya. Berehatlah dahulu jika mengantuk ataupun letih. Dan tak lupa juga, sempena pembukaan liga eropah tidak lama lagi, nantikan produk terbaru kami yang akan kami perkenalkan. Di harap, semua pembaca Stylo Sport agar kekal bersama kami. Salam Ukhwah, Salam Sukan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat. 

Bergkamp
"Kepada pembaca-pembaca Stylo Sport yang aku kagumi, anda semua memang terbaik. Walaupun artikel yang ditulis aku kadang-kadang berbau sinis dan straight forward, namun isi kandungan artikel tersebut adalah demi memenuhi kehendak pembaca yang mahukan sesuatu info mengenai sukan. 

Oleh itu, dikala masa yang mengizinkan ini, aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca-pembaca sekalian.

Teruskanlah membaca dan menyokong kami. Kami di Stylo Sport akan sentiasa membawakan yang terbaik untuk anda.

-Stylo Sport Crew-

Recent Comments Widget