Tuesday, June 16, 2015

Perlawanan ragbi jadi pertarungan ‘gusti’

Perlawanan ragbi jadi pertarungan ‘gusti’


PEMAIN Malaysia, Mussolini Magele ditumbuk dua pemain Algeria,

Kejohanan Ragbi Piala Crescent antara pasukan Malaysia dan Algeria yang berlangsung di padang Politeknik Merlimau di sini kelmarin dicemari insiden pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan hingga menyebabkan perlawanan tertangguh selama lima minit.

Punca pergaduhan dalam perlawanan akhir itu dipercayai akibat pemain Algeria yang tidak berpuas hati de­ngan beberapa keputusan pe­ngadil yang didakwa mereka memihak kepada Malaysia sepanjang perlawanan.

Pergaduhan itu menyebabkan pemain Malaysia, Mohd. Saizul Hafifi Md. Noor dan seorang pegawai pertandingan yang cuba menenangkan pemain cedera ringan sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhd. NurHishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat punca sebenar pergaduhan dan difahamkan pemain Malaysia telah pulang ke Kuala Lumpur, manakala pasukan Algeria pulang ke negaranya malam tadi.

“Kita juga ada menerima laporan polis mengenai insiden tersebut daripada kedua-dua pasukan dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya termasuk akan memanggil beberapa pemain serta pegawai pertandingan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam.

Malaysia muncul juara selepas menang 19-11.



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget