Skuad hoki wanita hampiri misi pertahan emas

/
0 Comments

Skuad hoki wanita hampiri misi pertahan emas

Semakin hampir mempertahankan pingat emas. Skuad hoki wanita negara berjaya mara ke perlawanan akhir apabila mengalahkan Indonesia 5-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sengkang semalam.


Pasukan bimbingan bekas penjaga gol negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu bakal bertemu Thailand di perlawanan akhir Jumaat ini dalam usaha untuk mempertahankan emas dimenangi dua tahun lalu di Myanmar.

“Kami hanya mahu mencari kemenangan saja tadi,” kata Nasihin selepas perlawanan tamat semalam.

Jelasnya, ketua pasukan Siti Noor Amarina Ruhani dan tonggak pertahanan, Raja Norsharina Raja Shabuddin yang kurang cergas.



Dalam perlawanan semalam, Noor Hasliza Md Ali membuka tirai jaringan pada minit ke-11 sebelum Fatin Shafika Md Sukri meledak jaringan kedua 15 minit kemudian.

Penyerang Fazilla Sylvester Silin menambah jaringan m-35 sebelum pemain tengah Indonesia Tiffani Satya Makharti menjaringkan gol sagu hati lima minit kemudian.

Bagaimanapun, Siti Rahmah Othman terus menjarakkan kedudukan itu m-42 sebelum Noor Hasliza sekali lagi menjaringkan gol m-53.

Thailand mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan tuan rumah 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung pada sebelah malam.




Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    No comments:

    LightBlog