Pemain import T-Team meninggal ketika beraksi

/
0 Comments

Pemain import T-Team meninggal ketika beraksi

Pemain import pasukan T-Team, Faramola David Oniya meninggal dunia dalam aksi persahabatan di antara Kelantan dengan T-Team di stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini. - See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pemain-import-t-team-meninggal-ketika-beraksi-1.102749#sthash.yOiAT3Ra.dpuf

Faramola David Oniya

Pemain berasal dari Nigeria tersebut tiba-tiba rebah pada minit ketiga perlawanan sebelum dibawa oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan. Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd. Shahrizan Mat Zin berkata, pihaknya terkejut dengan kejadian berkenaan memandangkan sebelum perlawanan pemain itu dibenarkan beraksi. 

“Dia tidak mengadu apa-apa masalah sebelum ini dan memang ingin beraksi pada perlawanan ini.


“Dia memang pemain yang bagus dan selalu memberi arahan kepada rakan sepasukan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam. 

Perlawanan itu dihentikan pada minit ke-60 oleh pengadil perlawanan Ku Alauddin Ku Muhammad. 
Ketika itu, Kelantan sedang mendahului T-Team dengan jaringan 3-2.
 Mohd. Shahrizan memberitahu, pengesahan kematian pemain itu pada pukul 10.05 minit melalui Penolong Jurulatih Pasukan, Azhari Salim.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    No comments:

    LightBlog