Thursday, June 11, 2015

MALAYSIA VS TIMOR LESTE

MALAYSIA VS TIMOR LESTE





Date : 11 June 2015 (Thursday)
Time : 8.45pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil







Malam ini akan berlangsungnya Kelayakan Piala Dunia 2018. Kalau nak cerita peluang Harimau Malaya untuk menang sememangnya ada. Bermain di tempat sendiri tentunya memberikan kelebihan kepada kita.

Dan menentang Timor Leste pastinya merupakan "makanan" kepada Harimau kita. Jika di lihat diatas kertas, Harimau Malaya tentunya boleh menang sekurang-kurangnya 3-0.

Namun, harus kita ingat, perlawanan ini bukanlah di atas dasar atas kertas sahaja. Inisiatif, semangat, kepintaran, taktikal, teknikal dan kerja sepasukan perlulah ada di dalam setiap pemain. 

Peminat telah memberikan yang terbaik untuk setiap pemain. Dan setiap pemain haruslah membayar jasa dan pengorbanan peminat dengan menghadiahkan kemenangan walaupun 1-0.

Kerana perlawanan timbal balik di Timor Leste nanti pastinya sukar jika Harimau Malaya hanya menang 1-0. 

Perlawanan menentang Timor Leste juga merupakan ujian kepada setiap pemain yang selepas ini akan menentang Palestin yang pada dasar kotak fikiran kita, "sebuah negara yang bergolak pastinya tidak mampu menghadirkan satu pasukan yang kuat".

Jika di lihat di kaca televisyen, Palestin hampir setiap hari berperang, namun mereka mempunyai satu pasukan yang kuat. Dengan kelengkapan infrastuktur yang kurang hebat berbanding kita, mengapa mereka jauh lebih hebat dari kita? Satu persoalan yang gagal di terjemah.

Cakap panjang pun tak guna, marilah kita meramaikan diri kita di depan TV malam ini!!!!


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget