KIM SWEE HILANG SABAR

/
1 Comments

KIM SWEE HILANG SABAR


Kelemahan ketara di bahagian serangan mengundang kemarahan pengendali skuad bawah-23 negara, Datuk Ong Kim Swee selepas membenam Brunei 2-0 di Stadium Bishan.

Kim Swee hilang sabar

Dalam perlawanan Sukan SEA keempat Kumpulan B dengan Brunei , Malaysia terpaksa menunggu sehingga minit ke-71 untuk memecah kebuntuan perlawanan menerusi Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari dan Adam Nor Azlin, selang enam minit kemudian.

Kim Swee menggunakan kesempatan dalam sidang media selepas perlawanan untuk melepaskan kemarahannya ekoran prestasi hambar anak buahnya dengan berkata, "Saya tak perlu tunjukkan kepada mereka untuk menjaringkan gol dengan penjaga gol sudah ditewaskan. 

"Perlukah saya masuk ke dalam padang untuk menunjukkan kepada mereka? saya tidak boleh!

"Ia sepatutnya perlawanan yang mudah. Tapi anda menyukarkan diri anda. 

"Kalau anda berusia 22 tahun dan 23 tahun saya perlu tunjukkan macam mana nak jaringkan gol tanpa penjaga gol, itu ada yang tidak kena. 

"Pemain perlu tingkatkan diri, 

"Apa yang mengecewakan saya, kita mempunyai 10 pemain yang boleh bermain untuk edisi Sukan SEA akan datang. Anda rasa mereka akan bersedia."



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    1 comment:

    Fendi Rocka said...

    macam mana boleh hilang pulak...cicir ke

    LightBlog