Tuesday, June 30, 2015

Begovic bakal ganti Cech

Begovic bakal ganti Cech

Chelsea sekarang ni dah kehilangan penjaga gol berpengalaman diorang. Lepas Courtois masuk je, Cech terus duduk bangku simpanan.

Asmir Begovic

Sekarang ni, lepas Cech ke Arsenal, Chelsea hanya tinggal penjaga gol muda iaitu Jamal Lelakihitam atau Jamal Blackman.

Dan kalau Courtois injured panjang, gawang Chelsea sangat lemah sebab tak de penjaga gol berpengalaman.

Dan sekarang, Asmir Begovic bakal ganti Cech di Stamford Bridge. Dan kalau Begovic join Chelsea, maka, masa depannya memang malap lah. 

Courtois da kompem 1st eleven. Tak kan senang-senang Begovic nak main. kan? Baiklah Begovic stay dekat Stoke je. Tak pun, join lah JDT. Heheheee



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    Petr Cech milik Arsenal

    Petr Cech milik Arsenal

    Arsenal telah melengkapkan pembelian penjaga gol baru nya Petr Cech dari Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak £10 juta.

    Cech telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan gaji berjumlah £100,000 seminggu dan bakal menjadi benteng kekebalan Arsenal bagi musim 2015/16.

    Arsenal have confirmed the signing of Petr Cech from Premier League rivals Chelsea



    Cech has penned a four-year deal with ArsenalThe Gunners veteran keeper poses with a Arsenal customised football

    Peminat setia Chelsea telah pun melontarkan pelbagai kata-kata nista terhadap Cech dengan melabelkannya pembelot dan juga lidah bercabang kerana berpindah ke musuh tradisi mereka.


    Walaubagaimanapun, Cech tetap tenang dan mengatakan dia perlu bermain. Cech juga telah menulis surat kepada peminat Chelsea.

    The Czech keeper could make his debut against his former club in the Community ShieldI thought this would never happen but it is time for me to say goodbye to Chelsea Football Club. The club I have lived every single minute for since joining in July 2004, the club in which I thought I'd hang my gloves and boots one day and finish my career. But life doesn't always turn out the way you think it will.
    Since 2004 it has been an incredible journey with so many highs and not many lows. We have managed to win every single English trophy as well as the Europa League and the biggest of all - Champions League.

    Looking back at all the achievements, including our first ever league double in 2010, back to back titles in 2005 and 2006, and multiple EPL and FA cup wins, I couldn't be more proud!! As a team we made history together!!
    Last summer, things changed and I understood I was no longer the 1st choice keeper but I felt it was not the right time for me to go.
    During the season it became clear that my situation would not improve and as I know I am not at the stage of my career where I want to be on the bench, I made my decision to move on and look for new challenges.
    The limited playing time gave me the chance to refresh and rest mentally as well as make me realise just how much I enjoy playing football at the highest level, because I missed it badly and every game day I was not involved.

    I have the same commitment to football, the same motivation, and the same hunger for success as I had at the beginning of my career, and I love the challenges brought by the top quality players you face while playing the Premier League - simply the best and the most challenging league in the world.
    That's why I spoke to Mr Abramovich about me staying in the Premier League and I'd like to thank him from the bottom of my heart for his support in this matter. It means so much to me because without him Chelsea Football Club would not be where it is now. He deserves huge credit for what he has done for the club and for all of us.
    I would like to personally thank everybody involved with Chelsea Football Club for their support - all the players, staff, managers and all the coaching staff I have had the pleasure of working with over the years. Without them it would have been impossible for us to have achieved such success.
    But most important of all - a huge thank you goes to all the Chelsea fans. I did everything for you and you gave me your love back. I'll never forget it. It will stay with me forever.

    We will meet again but this time I will be in the other goal - I hope you will remember our history and understand it is time for me to begin a new adventure.
    I wish everybody at Chelsea Football Club all the best for the new season and for the future. Thank you for an incredible 11 years.

    p/s: kemungkinan besar Arsenal bakal di geruni musim baru ni.....



    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Monday, June 29, 2015

      Phil Neville di lantik Assistant Coach Valencia

      Phil Neville di lantik Assistant Coach Valencia

      Sesudah jobless selepas bersama mengharungi era Moyes di Old Trafford, Phil kini di lantik jadi Assistant Coach di Valencia.


      Phil akan membantu Nuno Espirito Santo di Valencia.

      Apa kata kelab Valencia?

      Neville offers a wealth of footballing knowledge to a club in constant growth. Speaking about the new addition to his coaching staff, Nuno said: “Phil Neville has great experience at the top level of competition, but above all he has knowledge and values that fit perfectly with our team and our club. He has always been a team player, and our philosophy is based on teamwork. We are –and want to continue to be- a group. I am convinced that he is going to help us a lot.”
      Nak kata Phil ni bagus ke tak sebagai Assistant Manager, aku pun tak tau nak cakap. Sebab tak proven lagi. Kita tengok je la.



      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Friday, June 26, 2015

        Korek bontot tak kena kad merah

        Korek bontot tak kena kad merah

        Tak tau lah apehal dengan pemain Chile ni, Gonzalo Jara. Macam lahanat. Saja je nak bagi red card dekat Cavani. Tengoklah tangan dia. Dia p cucok nya pungkok Cavani. Cavani bengang, tampaq muka dia, teruih kena kad merah sebab ref nampak Cavani tampaq Jara.

        Edinson Cavani red carded after Gonzalo Jara sticks finger up his bum, then dives.

        Cuba tengok video ni.






        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels:

          Gerard Deulofeu kembali ke Everton

          Gerard Deulofeu kembali ke Everton

          Antara tonggak penting Everton yang menaikkan Everton pada musim 2013/14. Namun kehilangannya pada musim 2014/15 menyaksikan Everton mengalami prestasi yang teruk dengan Lukaku juga menjadi suram. Tapi, mampukah Deulofeu memberikan impak musim baru ni?



          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Khairy Jamaluddin- Sistem FAM sekarang hanya untuk jaguh kampung


            Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bimbang standard Liga Malaysia akan membantutkan pembangunan pemain berbakat yang dilahirkan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).
            Khairy Jamaluddin

            Menurut Khairy, beliau bimbang sistem Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal mencungkil potensi sebenar produk PPBN.

            Justeru, beliau melihat menghantar pemain-pemain beraksi dalam liga bola sepak di luar negara antara pendekatan terbaik yang boleh menjamin kesinambungan karier mereka.

            “Pemain PPBN berbeza dengan pemain tempatan yang ada sekarang. Mereka ini mempunyai daya tahan yang tinggi. Apabila pergi ke luar negara mereka bukan se­perti beberapa pemain tempatan kini yang dua tiga bulan ke luar negara kemudian sudah balik.

            “Sistem FAM sedia ada pemain­nya ‘jaguh kampung’ tetapi PPBN kita nak wujudkan pemain yang lebih baik daripada sekarang.

            “Harapan saya, pemain PPBN bukan untuk masuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Kelantan dan Selangor, tetapi mereka mesti main dengan kelab di luar negara,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Persekutuan Malaysia (FMSDC) di sini semalam.

            Kata Khairy, beliau telah berbincang dengan Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim untuk cuba menempatkan pemain-pemain yang melepasi usia 17 tahun untuk beraksi dalam liga di Eropah, Korea Selatan atau Jepun.

            Beliau menambah, fokus PPBN amat berbeza dengan sistem FAM terutama dalam aspek latihan, pemain PPBN tidak manja malah mereka tidak dilatih untuk duduk dalam keadaan zon selesa maka semangat dan jiwa pemain lebih kuat.

            Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy menegaskan, beliau tidak bersetuju pengadil perlawanan bola sepak Liga Malaysia diletakkan di bawah sebuah badan bebas.

            Jika isu pengadilan berat sebelah menjadi alasan untuk diwujudkan badan bebas itu, ia tidak perlu kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai peraturan dan undang-undang sendiri dalam mengambil tindakan terhadap pengadil yang terlibat.

            “Sewaktu saya menjadi Timbalan Presiden FAM, tidak pernah ada arahan daripada sesiapa yang mahu pengadil bertindak berat sebelah kepada mana-mana pasukan, malah FAM tegas dalam soal itu. Jika ada pengadil membuat keputusan yang salah, FAM pasti mengenakan tindakan terhadap mereka,” katanya.

            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Terkini, Nathaniel Clyne £12.5juta ke Liverpool.


              Pada pendapat aku, sesi membeli belah bagi menghadapi musim 2015/2016 kini diterajui Livepool dengan pembelian yang ke 5 mereka, Nathaniel Clyne dengan nilai £12.5juta. Cargas sungguh Ian Ayre membeli-belah.

              Aku sebenarnya kagum dengan peranan Liverpool pada ketika ini. cepat dan tangkas membeli-belah, tapi dalam masa yang sama, aku risau gak. Beli banyak-banyak, pastu tak boleh pakai. Tak boleh suit game Brendan Rodger. Pastu striker pun tak boleh score.

              Itulah yang belaku musim lepas. Shopping boleh tahan jugak, tapi result, ke laut. Haih... Dan, satu lagi masalah, Liverpool asyik dok beli defender dan midfield. Mananya striker nie. Aduhh.. Striker nie yang penting nie. Balotelli tak boleh harap, Stuarage dok keja injured ja. Ogiri macam tak nak balik dah ke Liverpool, sedap duduk Lille rasanya. Borini nie plak, boring...

              Haih.... come on la Liverpool.


              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels:

                Thursday, June 25, 2015

                10 pemain Brazil termahal di EPL

                Bagi aku, Roberto Firmino nie macam overprice pn ada jugak. entah la, sehinggakan Liverpool sanggup menawarkan 29juta untuk mendapatkan khidmat beliau, mungkin ada something yang mereka tahu tapi aku tak tahu. Apapun, aku nak senaraikan 10 pemain Brazil termahal di EPL.

                 1. Robinho : £32.5juta (Real Madrid ke Manchester City)

                2. Willian: £32juta (Anzhi Makhachkala ke Chelsea)

                3. Fernandinho: £30juta (Shakhtar Donetsk ke Manchester City)

                 4. Firmino: £29juta (Hoffenheim ke Liverpool)

                 5. Anderson: £27juta (Porto ke Manchester United)

                 6. Oscar: £25juta (Internacional ke Chelsea)
                 7. David Luiz: £21.3juta (Benfica ke Chelsea)

                 8. Ramires: £19.8juta (Benfica ke Chelsea)

                 9. Jo: £18juta (CSKA Moskow ke Manchester City)
                 
                10. Paulinho: £17juta (Corinthians ke Spurs)

                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                  Labels:

                  Calcio Storico - permainan bola sepak kuno yang ganas

                  Sport: Players score by throwing or kicking the ball into a long, thin net spanning the width of the pitch (picture here, in front of the crowd)

                  Rasanya, memang ramai tak tahu tentang Calcio Storico ini. Dan sebenarnya, aku pun tak tahu pun pasal Calcio Storico. Member aku baru ja bagi tahu aku beberapa minit yang lalu. Hhahahahha... Aku ingat apa la sebenarnya yang ingin disampaikan. Dan, aku ingat nie gusti ala-ala WWF tapi stail brutal sikit. Tapi, ianya adalah permainan yang selalu kita tonton dan kita main. Bola sepak.
                  Yang menariknya, permaianan ini mempunyai konsep yang lebih kurang seperti bola sepak, tapi tiada peraturan. Kalau korang main, ikut korang la nak main macam mana. Nak bawak bola sambil terajang orang ker, nak bawak bola sambil tumbuk muka orang ker, atau nak bawak bola sambil tampar muka lawan ker. Apa yang best, tiada kad merah akan dikeluarkan asalkan tak ader orang yang mati..
                  Hahhahaha... gila punya permainan. Mungkin permainan ini adalah asal usul bola sepak, sapa tahu kan... Hahhaahah. 
                  Ini betul-betul bro, berlaku di pekan Florence, Italy. Mereka menggelarkan ia sebagai "Calcio Storico" yang membawa maksud, "Bola Sepak Kuno". Aku rasakan, orang Italy dah bosan dengan Serie A gamaknya.
                  Hahhahahhaah...















                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                    Labels:

                    Tuesday, June 23, 2015

                    Mario Mandzukic berhijrah ke Juventus

                    Mario Mandzukic berhijrah ke Juventus


                    Mario Mandzukic melengkapkan perpindahan berjumlah £13.6 juta dari Atletico Madrid ke Juventus. Mandzukic menjadi pemain Juve ke-3 setelah Juve menandatangani Paulo Dybala dari Palermo dan Sami Khedira dari Real Madrid.


                    Juventus have completed the signing of Croatia forward Mario Mandzukic from Atletico Madrid

                    The 29-year-old striker completed a medical in Turin on Monday before putting pen to paper 


                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                      Labels:

                      Friday, June 19, 2015

                      Football Manager Online

                      Football Manager Online

                      Kepada peminat tegar football manager, pastinya anda tahu bagaimana rasanya kalau tidak bermain pemainan ini.

                      Football Manager Online

                      Di sini kami berikan permainan fooball manager secara online. Hanya perlu pergi ke http://www.soccermanager.com/. Daftar dan bermainlah secara maya.

                      Mari kita lihat bagaimana permainan ini kelihatan secara online.

                      Di dalam permainan ini, anda boleh memilih untuk bermain sendirian atau bermain secara multiplayer.






                      Secara keseluruhannya, permainan ini agak baik dan seperti versi permainan komputer. Cubalah sendiri untuk menikmatinya.


                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                        Labels:

                        FAM belajar dari Liga J, jalin kerjasama

                        Mokhtar Ahmad (kiri) bertukar-tukar cenderamata dengan Mitsuru

                        Bola sepak Malaysia memasuki satu lagi lembaran baharu dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan Liga Jepun (Liga J) semalam.


                        Tanpa menetapkan tempoh tertentu untuk kerjasama berkenaan, MoU itu akan menyaksikan keha­diran pemain dari kedua-dua negara dalam liga tempatan masing-masing selain membuka peluang kepada Malaysia menghantar skuad belia mereka berlatih di negara Matahari Terbit itu.

                        Timbalan Presiden FAM, Datuk Mokhtar Ahmad menandatangani bagi pihak Malaysia manakala Mitsuru Murai, yang merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dan Pengerusi Liga J, mewakili negara itu di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini.

                        “MoU ini tidak mempunyai tempoh tertentu dan akan dilaksanakan secara percuma dan sukarela de­ngan kerjasama Liga J. Banyak yang boleh kita pelajari dari Jepun dalam membangunkan pemain kita.

                        “Sejak Liga J diperkenalkan pada 1993, mereka telah layak berturut-turut ke Piala Dunia tanpa gagal mulai 1998 (termasuk 2002 sebagai tuan rumah bersama Korea Selatan). Lagipun beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Viet­nam dan Indonesia sudah pun menjalin kerjasama sebegini,” kata Mokhtar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal FAM.

                        Murai mula berkata: “Liga Jepun mengutamakan corak permainan pantas. Kami juga menggalakkan pemain belia bawah 21 tahun untuk memulakan karier di sini.

                        “Saya tahu EPL (Liga Perdana England) memang popular tetapi anda (Malaysia) mungkin mahu lebih mengikuti perkembangan Liga J apabila semakin ramai pemain anda yang bertapak di Jepun.”




                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                          Mat Yo di pancing kelab Korea

                          Mat Yo di pancing kelab Korea

                           Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kini sedang di pancing oleh kelab Korea, Incheon United FC.

                          Jika berita ini menjadi kenyataan, maka, Mat Yo akan menjadi pemain Malaysia pertama ke Korea. Dan jika berita ini benar juga, maka kita berharap agar Mat Yo dapat mengembalikan ketajamannya di depan gawang.









                          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                            Labels:

                            Thursday, June 18, 2015

                            Bola sepak perlu pandang ke timur

                            Bola sepak perlu pandang ke timur

                            SENARIO bola sepak Malaysia sekali lagi mempamerkan cerita duka. Selepas pasukan Harimau Muda gagal di Sukan SEA, Singapura, ‘abangnya’, Harimau Malaya pula ‘terkial-kial’ mencari rentak bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.



                            Selepas dua perlawanan awal, Harimau Malaya bukan sahaja gagal ‘membaham’ pasukan yang dianggap lemah apabila seri 1-1 dengan Timor Leste bahkan tewas 0-6 kepada Palestin.

                            Hanya berita perkembangan terkini pasukan remaja Malaysia di bawah kendalian Lim Teong Kim di Eropah menjadi penawar dan harapan kepada masa depan bola sepak Malaysia. Apa yang pasti, pasukan negara, khasnya Harimau Muda, perlu satu perubahan besar bagi memastikan survival, sekurang-kurangnya di peringkat Asia.

                            Malaysia bukannya ‘pendatang baru’ dalam dunia bola sepak Asia. Sejarah bola sepak negara bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, sukan bola sepak negara berkembang selaras dengan kemajuan negara.

                            Bekas Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, yang pernah menerajui AFC, memperkenalkan kejohanan Pesta Bola Merdeka - antara kejohanan bola sepak tertua di Asia. Pasukan Malaysia juga pernah layak dua kali ke Sukan Olimpik iaitu di Munich, Jerman, pada 1972, dan di Moscow, Russia, pada 1980.

                            Di rantau Asia Tenggara, Malaysia pernah menjadi ‘kuasa’ bola sepak yang digeruni. Malah, di rantau Asia, Malaysia pernah sebaris dengan pasukan tersohor Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. Beberapa pemain kebangsaan juga pernah membarisi pasukan Asian All Stars. Entah bagaimana, tiba-tiba, prestasi pasukan bola sepak Malaysia semakin malap dan merudum.

                            Pengenalan Liga Semi Profesio­nal pada akhir 1980-an jelas tidak banyak membantu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Malaysia. Sebaliknya, sukan nombor satu itu terpalit dengan beberapa insiden rasuah yang menyaksikan beberapa pemain tempatan dan kebangsaan ditahan dan ‘dibersarakan’ terus.

                            Beberapa perkembangan terkini dikatakan telah dan sedang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pun begitu, prestasi pasukan bola sepak Malaysia yang tidak menentu mengundang pelbagai persoalan. Sejauhmanakah keberkesanan program pembangunan sukan bola sepak di Malaysia? Apakah fungsi dan peranan FAM dan Kementerian Belia dan Sukan dalam merencana pembangunan sukan bola sepak dan pasukan bola sepak Malaysia?

                            Antara faktor yang mendorong kemerosotan prestasi pasukan bola sepak Malaysia, khasnya Harimau Malaya dan Harimau Muda, secara tidak langsung, ialah, pertama, tiada atau kurangnya elemen pemantauan dalam pengurusan kedua-dua pasukan ini.

                            Kedua, jadual pertandingan liga tempatan yang ketat menyebabkan prestasi pemain kebangsaan merosot. Ketiga, kegagalan pasukan kebangsaan untuk menghasilkan beberapa ‘key player’ untuk menerajui barisan pertahanan, tengah dan serangan.

                            Pasukan Malaysia juga tidak mampu melahirkan walau seorang pun penyerang ‘deadly striker’ yang bukan sahaja lincah menggelecek, malah mampu menjaringkan gol dalam apa jua keadaan.

                            Keempat, hampir tiada langsung elemen dan sumbangan ‘sains sukan’ dalam pembangunan pemain dan pasukan bola sepak Malaysia; dan kelima, kebanyakan pemain bola sepak kebangsaan bermain ‘ala kadar’, tidak sebagaimana yang dipamerkan ketika mewakili pasukan kelab ataupun negeri yang telah membayar mereka dengan imbuhan dan gaji berpuluh ribu ringgit.

                            Justeru pasukan bola sepak Malaysia disaran ‘memandang ke timur’ bagi mencari ubat terhadap kemerosotan prestasi pasukan bola sepak Malaysia.

                            ‘Dasar pandang ke timur’ ini jelas sekali bukan sahaja baik untuk aspek pembangunan ekonomi di Malaysia, malah mampu membantu menghidupkan kembali ‘roh’ dan ‘semangat’ pasukan bola sepak Malaysia yang semakin hari semakin hilang.

                            Ini bermakna pasukan bola sepak Malaysia boleh mengambil contoh dan model beberapa pasukan dari Asia Timur yang sedang meningkat maju seperti Jepun, Korea Selatan dan China. Ketiga-tiga pasukan ini bukan sahaja pernah layak ke Piala Asia, tetapi juga pernah beberapa kali layak ke Piala Dunia dan Piala Konfederasi.

                            Jepun mempunyai Visi 100 Tahun yang menjadi panduan utama dalam program pembangunan bola sepak negara itu. Liga J yang dibentuk pada akhir 1980-an telah mengangkat prestasi pasukan Jepun sehingga layak ke Piala Dunia bahkan muncul antara 16 pasukan terbaik dalam Piala Dunia 2002.

                            ‘Visi 100 Tahun’ bola sepak Jepun ini sebenarnya dibentuk berdasarkan kepada model sukan bola sepak dalam komuniti di Eropah dengan mengambil Jerman sebagai negara contoh. Kelab-kelab bola sepak profesional di Jerman ialah sebuah entiti yang bersifat komprehensif iaitu seluruh keluarga, bermula dari usia kanak-kanak sehingga dewasa, boleh menikmati kemudahan bermain bola sepak di kelab-kelab tersebut. Malah, kemudahan sukan bola sepak disediakan oleh kerajaan di hampir semua kawasan kediaman termasuk latihan profesional kepada mereka yang berminat.

                            Walaupun bola sepak Jepun pernah melalui ‘zaman gelap’ apabila disisihkan selama beberapa tahun daripada dunia bola sepak berikutan Perang Dunia Kedua, perancangan teratur dan wawasan tinggi akhirnya meletakkan pasukan negara matahari terbit ini di tempat selayaknya.

                            Di bawah jurulatih Jerman, Dettmar Cramer, pasukan bola sepak Jepun mara ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik di Tokyo pada 1964 dan memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik di Mexico City empat tahun kemudian. Jepun juga layak buat pertama kalinya menyertai kejohanan Piala Dunia di Perancis pada 1998.

                            Pada 2002, Jepun dan Korea Selatan melakar sejarah apabila dipilih sebagai penganjur bersama Piala Dunia.

                            Sejak itu, pasukan bola sepak Jepun tidak menoleh ke belakang lagi apabila berjaya melayakkan diri beberapa kali ke kejohanan Piala Dunia di Jerman (2006), Afrika Selatan (2010) dan Brazil (2014).

                            Pasukan bola sepak Jepun juga telah menghasilkan banyak pemain berkaliber seperti Kunishige Kamamoto (penjaring terbanyak Sukan Olimpik 1968), Yasuhiko Okudera (pemain Jepun pertama bermain dalam Busdesliga di Jerman), Kazuyoshi Miura (pemain kelahiran Brazil-Jepun yang diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Asia 1993), Hidetoshi Nakata (pemain terbaik Asia 1997 dan 1998), Shunsuke Nakamura (pemain terbaik dalam Liga Scotland 2007), serta Shinji Ono (pemain terbaik Asia 2002).

                            Demikianlah kisahnya bagaimana Jepun mencatatkan kejayaan membangunkan pasukan bola sepaknya hingga berjaya mencapai satu tahap yang sangat membanggakan pada hari ini.

                            Malaysia juga tidak mustahil untuk mencapai kejayaan sebagaimana Jepun. Malah, Malaysia juga boleh berjaya seperti pasukan Asia lain, Korea Selatan dan China. Prasyarat bagi kejayaan ini ialah mesti ada perubahan besar kepada pasukan bola sepak Malaysia.

                            Beberapa cadangan boleh dipertimbangkan. Pertama, Malaysia mesti melantik jurulatih asing yang berkaliber dari negara yang mempunyai ‘budaya tinggi’ dalam sukan bola sepak, dan kedua, cadangan untuk mengambil pemain bukan kelahiran Malaysia secara proses naturalisasi mesti dipertimbangkan.

                            Ketiga, aspek sains sukan khasnya dalam membentuk sahsiah, jasmani, mental serta kualiti pemain mesti digabungkan dalam program pembangunan bola sepak Malaysia.

                            Keempat, kejohanan liga tempatan mesti diurus secara teratur dan lebih profesional dan tidak membebankan pemain-pemain dalam pasukan kebangsaan. Kelima, pasukan bola sepak kebangsaan mesti didedahkan dengan perlawanan bertaraf ‘A’ untuk menimba pengalaman dengan sebanyak mungkin. Dan akhir sekali ‘memasarkan’ pemain-pemain muda negara untuk bermain dengan kelab-kelab di luar negara khasnya di Asia.

                            Apa yang paling penting ialah bagaimana menjadikan sukan bola sepak sebagai satu ‘budaya’ di Malaysia sebagaimana yang wujud di Jepun dan kebanyakan negara di Eropah.

                            Program pembangunan bola sepak di Malaysia yang ada pada hari ini dilihat kurang membantu dalam meningkatkan prestasi sukan bola sepak dan pasukan bola sepak Malaysia. Jika kita masih ingin menunggu hasilnya, berdasarkan kepada perkembangan terkini, adalah agak sukar dan mungkin akan menjadi satu usaha yang sia-sia sahaja.

                            Satu proses transformasi pasukan bola sepak Malaysia secara besar-besaran mengambil model negara-negara di Asia Timur sebagai contoh mesti dilakukan di samping usaha membudayakan sukan bola sepak dalam kalangan rakyat.

                            Semoga pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda dapat bangkit dan kembali mengaum di dalam gelanggang sukan bola sepak Asia serta mampu bersaing sebaris dengan pasukan bola sepak tersohor dunia. Ayuh! Bangkitlah Harimau Malaya!

                            PENULIS ialah pensyarah bidang 
sains politik di Pusat Pengajian 
Antarabangsa, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah Darulaman.

                            - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/bola-sepak-perlu-pandang-ke-timur-1.104226#sthash.IHvfegVL.dpuf

                            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                              Labels:

                              Nasihat dari Palestin

                              Nasihat dari Palestin


                              Sama ada nasihat atau sindiran, ada benarnya apa yang dikatakan oleh jurulatih Palestin, Abdel Nasser Barakat mengenai skuad Harimau Malaya.

                              malaysia vs palestin

                              Abdel Nasser mencadangkan agar skuad dikendalikan oleh Dollah Salleh itu dirombak secara besar-be­saran selepas mencatat keputusan memalukan, tewas 0-6 kepada pa­su­kannya kelmarin.

                              Walaupun sebelum perlawanan bermula dia telah menjangkakan pa­sukannya akan menang, tetapi Abdel Nasser seperti tidak percaya de­ngan prestasi longlai yang dipamerkan pemain-pemain Malaysia dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 kelmarin.

                              Malah, dia mengakui terkejut apabila melihat betapa mudahnya anak-anak buahnya merobek gawang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional.

                              “Ya, kami memang menjangkakan akan menang tetapi saya amat terkejut dengan keputusan perlawanan malam ini (kelmarin), malah saya tidak sangka kami mampu memperoleh jaringan yang sangat besar.

                              “Saya juga tidak sangka bahawa kami mampu mendahului tuan rumah 3-0 pada separuh masa dan saya mendapati pemain lawan sudah berputus asa ketika kami mempunyai kelebihan tiga gol. Mereka seolah-olah tidak cuba untuk melawan.

                              “Saya fikir mereka (FAM) perlu buat yang sama seperti kami lakukan. Kami merombak keseluruhan skuad melibatkan hampir kesemua pemain. Kami menggantikan pemain yang sudah berusia dengan yang lebih muda.

                              “Saya tahu Malaysia memiliki pemain muda yang ramai dan mungkin mereka (FAM) perlu mengambil langkah drastik seperti kami,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

                              Abdel Naser melakukan 15 pertukaran terhadap skuadnya dengan memasukkan pemain berusia antara 20 hingga 24 tahun selepas mereka tersingkir di peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala Asia 2015 di Australia pada Januari lalu.

                              Sambil mengakui, bahawa pasukannya meraih kemenangan mudah dalam perlawanan menentang Malaysia, katanya matlamat untuk membina skuad masa depan negaranya seperti mula membuahkan hasil.

                              “Ini perlawanan paling mudah untuk kami sebab kami mampu menyumbat tiga gol pada separuh masa. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami masih baharu kerana pemain sedia ada ini jauh lebih muda dan mereka masih memerlukan pengalaman serta pendedahan.

                              “Memang matlamat saya ialah merangka pasukan ini untuk masa hadapan tetapi kami berjaya memasuki pusingan kelayakan ini dan secara tidak langsung pemain boleh menimba pengalaman serta mencatat kemenangan untuk menaikkan lagi semangat.

                              “Bagus untuk kami sebab menang 6-0 walaupun pemain kami belum cukup pengalaman. Kami kehilangan beberapa pemain terbaik, antara empat hingga lima orang kerana mereka cedera. Kami juga tidak memiliki bajet besar untuk membina pasukan dan saya fikir semua orang pun tahu satu lagi fakta mengenai kami (negara bergolak),” katanya lagi.



                              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                Labels:

                                Jadual perlawanan EPL musim 2015/16

                                Jadual perlawanan EPL musim 2015/16

                                Bagi peminat EPL khususnya, simpan jadual perlawanan musim 2015/16 ini. Antara pasukan yang di naikkan ke EPL ialah Watford, Bournemouth dan juga Norwich City.



                                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                  Labels:

                                  Tevez tinggalkan Juventus

                                  Tevez tinggalkan Juventus, sertai Boca Juniors


                                  Carlos Tevez is keen to return to his boyhood club Boca Juniors

                                  Masa depan Carlos Tevez di Juventus mungkin akan berakhir kerana dia telah memilih untuk menyertai kelab lamanya iaitu Boca Juniors.

                                  Menerusi pertemuan antara wakil kelab Juventus dan ejennya, Tevez berhasrat untuk kembali ke Argentina.

                                  Tevez yang mempunyai kontrak berbaki 1 tahun turut di lamar kelab lain iaitu Atletico Madrid dan juga kelab EPL


                                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                                    Labels: