Saturday, April 18, 2015

PANAS... Perlawanan Manchester United dan Chelsea DITANGGUHKAN....


Aku baru diberitahu tadi yang perlawanan antara Manchester United dan Chelsea yang akan berlangsung pada pukul 12.30 pagi ini (waktu Malaysia) di Old Trafford terpaksa ditangguhkan disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

FA, dalam email kepada aku telah mengesahkan bahawa perlawanan tersebut telahpun ditangguhkan disebabkan beberapa pemain telahpun dijangkiti penyakit misteri. Eden Hazard dikhabarkan mengalami tekanan jiwa kerana tidak dicalonkan sebagai permain terbaik, manakala Fabregas pula mengalami selsema yang teruk sehinggakan hidungnya yang dulu penyek kini semakin memancung. Matic dan Terry pula dikatakan penin-penin lalat sejak petang semalam kerana tertelan taik cicak sebanyak 2 kilo seorang.

Manakala dari kem Manchester United pula, Rooney kini masih lagi dirawat di unit rawatan rapi disebabkan tidak menerima kenyataan yang beliau akan ditempatkan diposisi keeper. Angel Di Maria pula dilihat masih berkeliaran disekitar kota London, dan dia mati-mati menyangka beliau di kota Manchester. De Gea pula masih lagi keliru sama ada ingin bermain untuk Real Madrid atau Manchester United kerana cek untuk perpindahan ke Real Madrid telahpun mengguna pakai duit itu untuk membeli jam tangan yang mahal seperti bapak-bapak menteri di Malaysia.

Oleh itu, kepada peminat-peminat Manchester United dan Chelsea, diharap akan melupakan perlawanan tersebut pada pukul 12.20 pagi nanti dan lebih menumpukan kepada hal masing-masih seperti membasuh baju kerja, kemas rumah dan membancuh susu anak-anak yang mahu tidur. Untuk yang bujang pula, anda boleh tidur awal malam ini kerana sudahpasti, dengan tertangguhnya perlawanan ini akan merencatkan masa tidur anda.

Sekian dimaklumkan...


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget