Thursday, April 16, 2015

Jürgen Klopp meninggalkan Borussia Dortmund.






Terkini, Jürgen Klopp akan meninggalkan kelab Borussia Dortmund dipenghujung musim ini. AKu sebenarnya tak sangka yang Klopp akan meninggalkan Dortmund sebenarnya. Prestasi beliau bersama kelab tersebut sangat-sangat menberangsangkan.

Jürgen Klopp masih mempunyai kontrak bersama Borussia Dortmund sehingga 2018, namun apa yang berlaku, beliau telah meminta agak beliau dilepaskan lebih awal iaitu sehingga hujung musim. Kejayaan beliau membawa kelab terbabit memenangi 2 kejuaraan liga tidak dapat dipertikaikan. Malah berjaya membawa kelab sehingga pusingan akhir liga juara-jura.

Masih tidak dapat dipastikan ke mana Jürgen Klopp selepas ini, dan mungkin ada peminat-peminat bola sepak yang mengharapkan Jürgen Klopp akan ke EPL. Tambahan pula, kini Manchester City dan Pelligrini dilihat akan bercerai tidak lama lagi. Sebenarnya, aku pun harap Jürgen Klopp akan ke EPL tapi bukan masuk kelab Manchester City. Harap dia ambil kelab bawahan, dan jadikan mereka sebagai juara. Kalaulah berlaku macam tue, pergh, memang power gila lah mamat nie.





Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget