Wednesday, April 15, 2015

Malaysia jumpa UAE, Arab Saudi, Palestin dan Timur Leste

Malaysia jumpa UAE, Arab Saudi, Palestin dan Timur Leste


Pasukan kebangsaan Malaysia diundi bersama-sama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste dalam Kumpulan A Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelayakan Piala Asia 2019.

Dollah Salleh (kiri) berbincang dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk

Harimau Malaya yang dibimbing Dollah Salleh akan membuka tirai proses kelayakan timbal-balik ini dengan bertemu Timur Leste pada 11 Jun, sebelum pertemuan dengan Palestin pada 16 Jun. 

Tahun lalu Jawatankuasa Eksekutif AFC meluluskan kelayakan awal Piala Dunia dan Piala Asia digabungkan. 

Juara bagi setiap kumpulan serta empat pasukan terbaik ditempat ke-2 akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2018 dan secara automatik layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019. 

Piala Dunia 2018 akan dilangsungkan di Rusia, sementara UAE akan menjadi tuan rumah Piala Asia 2019 yang menyaksikan 24 pasukan akan berentap daripada 16 pasukan edisi-edisi sebelum ini.

Dollah lega dapat undian seimbang


Dollah, yang ditemui selepas majlis undian pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, tampak tersenyum lega melihat carta undian semalam ke­rana skuadnya tidak akan berdepan dengan gergasi Asia.

“Apa yang saya boleh katakan kumpulan ini memang agak sukar namun yang penting kami dapat mengelak pasukan-pasukan seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan Iran kerana jika tidak, memang sukar buat kami.

“Bertemu Arab Saudi dan UAE, harapan untuk mendapatkan tiga mata itu memang ada kalau bermain di tempat sendiri manakala mengenai Palestin serta Timor Leste, tahap mereka lebih kurang sama dengan kita.

“Saya berpuas hati dengan undian ini, yang saya bimbangkan adalah persiapan kita, kalau boleh saya mahu panggil pemain-pemain kita lebih awal kali ini supaya persiapan kita lebih tersusun, jangan sentiasa harapkan magis saya lagi seperti mana sebelum ini (dalam Piala AFF),” katanya selepas majlis undian semalam.

Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019


Berdasarkan jadual perlawanan, Malaysia akan membuka tirai Kumpulan A dengan berdepan Timor Leste pada 11 Jun di Bukit Jalil atau Shah Alam sebelum meneruskan aksi kedua di tempat yang sama menentang Palestin pada 16 Jun.

Hanya juara kumpulan dan empat pasukan terbaik di tangga kedua kumpulan mara ke pusingan ketiga kelayakan. Asia diperuntukkan empat slot automatik ke Piala Dunia 2018 manakala satu lagi pasukan perlu memenangi play-off dengan pasukan di tempat kelima benua Amerika Selatan.

Untuk kelayakan Piala Asia, 12 pasukan terbabit akan mengesahkan tempat secara automatik bersama UAE selaku tuan rumah, 11 lagi tempat akan menjadi rebutan antara 24 pasukan terbaik daripada saingan peringkat kumpulan.

Sebanyak 24 pasukan itu bakal bersaing dalam pusingan ketiga kelayakan yang akan dipecahkan kepada empat kumpulan, dengan 11 daripadanya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget