Tuesday, April 14, 2015

Beri persatuan sukan bangunkan atlet

Bila aku imbas balik apa yang KJ cakap dulu, SISTEM HARIMAU MUDA SUDAH TIDAK RELEVAN - KJ, aku pun setuju juga dengan apa yang dia cakap.


Cuba kita tengok sekarang ni dan kita ambil apa yang KJ cakap dan kita applykan untuk SEMUA sukan. Bukan sahaja bola sepak. Kita sekarang ni tengah tandus atlet. Kita ambil 2 sukan yang menjadi tumpuan. Bola sepak dan badminton. 

2 sukan ni memang menjadi tumpuan sejak dulu lagi. Dan kerana 2 sukan ni, 2 persatuan ni juga sering menjadi tumpuan. APA YANG TIDAK KENA?

Produk Harimau Muda, di dedahkan dengan liga luar. Tapi masih di takuk lama juga. Produk ni juga di hantar ke luar negara, balik sini sama juga. Buat produk untuk sukan SEA, untuk sukan itu ini, tapi, macam tu juga.

Badminton pula, cuba tengok Ariff Latif, Zulfadli, apa nasib mereka? Bekas juara remaja dan naib juara. Tapi? Lee Chong Wei juga yang di tekannya. Sebab apa? Adakah di sebabkan mereka dari kelab? BAM sepatutnya menghantar seberapa ramai pemain muda kita ke pelbagai kejohanan. Janganlah mengharap orang yang sama sahaja. Bagi peluang 

Bagi aku dan pandangan aku yang tak akan di pandang oleh "mereka" ni mudah je. Bagi dana kepada kelab-kelab untuk bangunkan atlet muda. Kita ada banyak kelab. Kenapa kita nak bebankan bahu kita sedangkan kita ada orang bawahan.

Tugas BAM dan juga FAM sepatutnya sebagai satu badan induk yang mana mereka tak perlu membangunkan atlet muda. Mereka sepatutnya menjadi badan pelaksana sahaja. Kelab-kelab akan menghantar nama-nama pemain yang berpotensi untuk di bawa ke mana-mana pertandingan. Dan 2 persatuan ini perlu memantau nama-nama ini supaya mereka benar-benar layak. Jika ada acara besar, latihan pusat di lakukan di wisma mereka. Dan nama-nama yang di calonkan oleh kelab-kelab ini akan menggunakan nama BAM dan FAM untuk bertanding di luar. Dalam masa yang sama, kelab-kelab ini juga dapat nama.  BAM dan FAM tak payah nak usik pemain. Sedangkan sekarang pun, panggil jurulatih itu ini, hasilnya..........................

Lagi 1, wujudkan liga professional untuk setiap sukan dengan pasukan yang tidak lah sikit dan tidaklah banyak sangat. Tujuannya untuk memastikan liga itu kompetitif. Sebagai contoh, kita ambil Liga Super yang hanya ada 12 pasukan sahaja. Cuba buat 20 pasukan. Baru tough pemain kita. Purple League pula, baru di perkenalkan. Suatu yang bagus. Dan cuba jadikan dia 1 liga yang tetap kelolaan BAM. Takraw pun sudah ada liga, seeloknya jadikan satu liga yang tetap. Baru kita boleh lahir ramai atlet. Ni cadangan je. Nak ikut ke tidak, siapalah kita.

kbai


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget