Di kesempatan ini, aku nak sangat mengungkap mengenai bola sepak Jepun. Bukan apa, Jepun dah muncul sebagai kuasa utama bola sepak dunia ketika ini. Rasa macam terpanggil untuk korek sedikit rahsia kebangkitan Jepun dalam sukan bolasepak ini.
Jika kita sebut tentang bola sepak Jepun, memang tak sah kalau kita tak sentuh mengenai pengaruh 'Manga' atau 'Anime' dalam sukan no 1 dunia ini. Tanpa kita sedar, manga legend Jepun yang berunsurkan bola sepak, iaitu CAPTAIN TSUBASA telah menjadi inspirasi kanak-kanak Jepun untuk menjadi pemain bola sepak. Manga ni jugak la yang menjadi punca aku habis duit beli buku pastu hilang macam tu ja lepas bagi orang lain pinjam. Hadoi.
Balik ke cerita asal, manga dan anime popular Captain Tsubasa menjadi inspirasi kanak-kanak Jepun dah 3 dekad. Pengaruh Captain Tsubasa ini bukan saja pada kanak-kanak Jepun saja, malah telah menjadi pembuka mata kanak-kanak seluruh dunia untuk menceburi bidang sukan bola sepak ketika itu.
Secara ringkasnya, manga Captain Tsubasa mengisahkan seorang kapten bola sepak pasukan remaja, Tsubasa Oozora yang menempuh segala rintangan dan dugaan dalam merealisasikan impian. Manga ini dialih bahasa ke berpuluh-puluh bahasa dan dieksport ke serata dunia seperti Asia, Eropah serta Amerika Selatan. Anda jangan terkejut, kerana manga Captain Tsubasa ini mempunyai peminat setia yang hebat seperti Hidetoshi Nakata, Alessandro del Piero, Fernando Torres, Zinedine Zidane, Lionel Messi, Alexis Sanchez, Andres Iniesta, Sergio Aguero dan Juan Mata,
Pernah dulu ada satu interview dalam beberapa tahun yang lepas, Fernando Torres mengakui 'Captain Tsubasa' menjadi sebab dia bermain bola sepak. Nampak tak penangan Captain Tsubasa ni? Gila kentang betol.
Di Jepun, pasaran majalah dan manga di Jepun sangat meluas dan tidak tertumpu kepada gosip bola sepak saja, tetapi turut membukukan majalah mengenai teknik bermain bola sepak yang betul kepada masyarakat. Kat Malaysia asyik gossip bola sepak ja yang banyak sebab gossip saja yang boleh menarik minat pembaca. Bagi aku, laporan ilmiah mengenai taktikal bola sepak at least kena ada 1 baru ilmiah sikit.
Kalau korang nak tahu, surat khabar Jepun mempunyai ruangan khas yang membincangkan laporan perlawanan bola sepak tertentu secara terperinci dengan mempunyai rating pembaca yang tinggi. Sememangnya Jepun layak untuk berada di persada dunia ketika ini kerana kerja keras JFA dari zaman 90-an dah jadi hasil.
Dan ketika awal 1990-an, JFA (Japan Football Association) datang berjumpa FAM untuk meniru pelan pembangunan liga mereka, iaitu J-League dan kini hasilnya sangat mantap. Namun, bagaimana dengan negara kita? Itu persoalan yang tiada jawapan setakat ini... krik krik krik...
-bergkamp-
-courtesy of Retro Bola Sepak-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit